Jumaat, 18 Januari 2019

Semakan status Bantuan Sara Hidup (BSH) Kini Dibuka

Semakan  status Bantuan Sara Hidup (BSH) Kini Dibuka

Dah boleh semak dah status kelayakan Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi pemohon yang layak menerimanya bagi Fasa Pertama 2019. Nak semak hanya perlu layari https://bsh.hasil.gov.my/ tapi sebelum tu kenalah pastikan no.telefon kita tu telah didaftarkan terlebih dahulu bagi membolehkan nombor TAC dapat dihantar ke nombor telefon kita ye. 

Untuk urusan pengemaskinian atau pendaftaran nombor telefon, ianya sudah boleh dibuat mulai 15 Januari 2018 lagi dengan menghadirkan diri ke LHDNM untuk mengisi borang BK-21, Borang Kemaskini Nombor Telefon Bimbit.

Cara menyemak status kelayakan Bantuan Sara Hidup (BSH)



  • Masukkan no.TAC yang dihantar ke no.telefon kita > Hantar ! Tarikh tamat atau akhir kebolehangunaan no.tac  itu dimaklumkan bersama.

  • Maklumat seperti berikut akan dipaparkan

  • Scroll terus ke bawah dan pilih Semak !  

  • Paparan seperti dibawah akan dipaparkan.


  • Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai pembayaran, pilih Maklumat Bayaran ⬇️ 

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, urusan pengemaskinian dan pendaftaran baru Bantuan Sara Hidup (BSH) masih lagi ditutup dan ianya akan dibuka mulai 01 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019..


4 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.