Selamat Tahun Baru Masihi

Januari 01, 2019
Selamat Tahun Baru Masihi 2019 | Alhamdulillah, bertemu lagi kita hari ini !! Pembuka tahun 2019 nampaknya sana sini orang kongsikan tentang azam baru. Impian baru dan tak kurang juga yang mengambil kesempatan mengimbau kembali kenangan sepanjang tahun 2018 yang baharu sahaja melabuhkan tirainya semalam. Azam ciktie masih lagi sama !! nak buat sesuatu itu sehabis baik dan jangan cepat putus asa. Cuma untuk tahun ni nak tambah lagi satuuu nak ubah dan jaga penampilan supaya lebih sempurna. Sebelum ini bukan tak sempurna cuma bab aurat ni gitu-gitu je sikit. In Shaa Allah, pelan-pelan kita perbaikinya. 


Selamat Tahun Baru Masihi 2019

Dan semestinya tahun 2018 menyimpan kenangan pahit buat anggota pasukan bomba. Bermula dengan tragedi meragut nyawa 6 anggotanya semasa operasi di  lombong di Taman Putra Perdana, Puchong. Diakhiri pula dengan tragedi kematian anggotanya, Muhammad Adib Mohd Kassim 3 minggu selepas rusuhan di tapak kuil Sri Maha Mariamman yang terletak di USJ 25, Seafield Subang Jaya.


Bukan itu saje, tragedi kapal terbang Lion Air terhempas di Perairan Karawangan di Laut Jawa, Indonesia beberapa minit selepas pesawat model Boeing 737 berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta yang mengorbankan kesemua penumpang dan anak kapalnya betul-betul mengejutkan banyak pihak. Begitu juga dengan tsunami di Peru dan selat sunda yang melanda Tanjung Lesung Beach Resort, Pandeglang yang turut mengorbankan ahli kumpulan popular indonesia, Seventeen termasuk isteri Ifan yang satu-satunya ahli kumpulan band itu yang terselamat.



Sesungguhnya setiap kejadian ini amat-amat menyayat hati. Dan semalam kita dikejutkan pula dengan kejadian 3 beradik lemas sewaktu bercuti bersama nenek dan ibu saudaranya di Dungun, Terengganu. Astaghfirullahalazim.. hebatnya ujian-Mu. Semoga kedua ibu dan ayah 3 beradik ini kuat dan tabah hadapinya. Berat mata yang memandang tak seberat bahu yang memikul. Sama-samalah kita ringankan tangan hulurkan bantuan setakat mana yang termampu. 

Apa yang diharapkan semoga negara kita akan sentiasa dalam keadaaan aman damai jauh dari pepecahan. Harmoni sentiasa walaupun berbeza pendapat. Dan semoga negara kita dan jiran terdekat sentiasa dalam keadaan baik. Dijauhkan dari segala bencana. Warganya aman, saling berkerjasama, bertolak ansur dan sefahaman selalu. Lidah mana tak tergigit..cili mana yang tak terasa pijarnya. Begitulah hidup kita..semoga kita semua kuat jalani kehidupan kita selepas ini. Hingga jumpa lagi korang 😘😘

#janganserikbacabebelanku


Share this :

Previous
Next Post »

10 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com