Rabu, 9 Januari 2019

Resepi Mudah : Bubur Kacang Hijau Yang Sedap & Ringkas

Dah lama tak makan bubur kegemaranku yang satu ni. Suka sangat nak-nak dapat makan dengan roti ataupun buat aiskrim. Nyum..nyummm..nyummm sedap beb memang tak tipu.

Dalam mudah-mudah nak masak bubur kacang ni. Kalau ter miss satu bahan tak best juga. Sesetengah orang suka kalau bubur kacang hijau ini ditaruh sekali dengan sagu ! Ciktie tak gemar sangat macam tu. Tapi sesekali dapat sedap juga cuma ciktie tak pernah cuba masak macamtu. Makan pernah la 🙈🙈

Resepi Mudah : Bubur Kacang Hijau

Bahan-Bahan:

  • 300 gram kacang hijau *direndam terlebih dahulu.
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair *dari 1/2 biji kelapa 
  • 1 1/2 senduk gula pasir
  • 1/2 ketul gula melaka
  • garam secukup rasa
  • 2 helai daun pandan



Cara-cara

  1. Rebus kacang hijau yang telah direndam sehingga empuk.
  2. Masukkan santan cair, gula pasir, gula melaka dan daun pandan ke dalam periuk kacang hijau tadi dan masak sehingga mendidih di atas api perlahan.
  3. *Kalau nak masukkan apa-apa bahan tambahan lain seperti sagu (3 sudu besar) boleh masukkan selepas bahan 2 mendidih. 
  4. Seterusnya masukkan santan pekat dan kacau perlahan-lahan supaya santan tidak berketul.
  5. Akhir sekali masukkan sedikit garam supaya kuahnya dapat menyeimbangi rasa manis dan lemak santan.
  6. Tambahkan air jika kuahnya terlalu pekat. Dah siap !! Angkat dan hidangkan.

8 ulasan

  1. Sedapnya bubur kacang hijau. Alamak teringin pulak! Huhu

    BalasPadam
  2. lama tak makan bubur kacang ni..sedapppnya

    BalasPadam
  3. alahai sedapnya.. letak durian lagi lah sedap kan

    BalasPadam
  4. feveret k.fiezz gak ni..kalau hari cuti, selalu gak buat..hehe

    BalasPadam
  5. ini kalu buat.
    sejuk kan dulu dlm fridge.
    makan sesejuk! wow terbaik, ciktie.

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.