Alhamdullillah ! Dengan secara rasminya, Sultan Pahang - Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ditabal menjadi Yang Di-Pertuan Agong Ke-16 hari ini mengantikan Sultan Muhammad V yang meletakkan jawatan pada 6 Januari lalu.
Baginda yang dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang pada 15 Januari 2019 mengantikan ayahandanya yang gering mencipta sejarah tersendiri kerana menjadi pemerintah negeri paling singkat rasanya tak sampai sebulan sebelum di pilih menjadi Yang Di-Pertuan Agong bagi tempoh 5 tahun (kuatkuasa hari ini- 31 Januari 2019).
Pemilihan baginda telah dibuat dalam Mesyuarat Raja-raja Ke-251 (Khas) pada 24 Januari 2019 di Istana Negara Kuala Lumpur bagi tempoh 5 tahun. Begitu juga dengan jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama yang disandang oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Merafak sembah dan tahniah tuanku semoga dengan limpah dan dibawah payung tuanku negara akan terus makmur dan sejahtera selalu.
Sumber foto :
FB Jabatan Penerangan
alhamdulillah.. bagus pakaian permasuri agong..
BalasPadamDaulat Tuanku! Tahniah Tuanku YDPA
BalasPadamsempat tengok kejap masa pertabalan ni
BalasPadamsemoga dipermudahkan dalam memimpin..
BalasPadam