#2018Bestnine

Disember 31, 2018 8 Comments
#2018Bestnine
#2018Bestnine | Tinggal lagi beberapa detik je tahun 2018 akan meninggalkan kita semua. Pelbagai cerita suka dan duka yang telah kita lalui sepanjang 365 hari ini. Seperti tahun sudah ciktie tak melepaskan peluang untuk membuat #2018bestnine !!  Ada peningkatan nampaknya bilangan like ciktie tahun ni. Alhamdulillah !!  Haa inilah 9 picture yang telah berjaya mencuri perhatian sepanjang tahun ini. Tak adalah gempak dan banyak macam blogger lain tapi ini pun sudah cukup bermakna dah. Ada juga insan lain yang sudi turut sama mewarnai.. menemani hari-hari sepanjang tahun ini.

Sebenarnya bukan jumlah like itu yang menjadi isunya tetapi cerita disebaliknya. Tapi kalau dapat like nya tu banyak-banyak seronok juga. Tipulah kalau tak seronok.. tak suka !! Susah-payah kita seting dan pilih posisi nak snap gambar tu haha lain pula ceritanya ni. 

Daripada 9 gambarnya ni.. apa yang boleh ciktie simpulkan sebenarnya adalah semuanya bermula dengan langkah pertama !! Untuk melangkah kita perlukan kekuatan dan sokongan walaupun tak banyak. Kekuatan itu pula sebenarnya kena lahir dari dalam diri kita sendiri. Orang push macamana pun kalau kita tak berani, tak kuah susah juga.. Tapi kalau dah ada kekuatan itu dalam diri kita, apapun yang diperkatakan orang ataupun sebanyak mana kita diperlekehkan semua itu tidak menjadi duri dalam daging kita.

Ditambah pula dengan dorongan dan sokongan dari orang sekeliling ataupun mereka yang telah lama berkecimpung dalam bidang tu pula, terasa terharu pula. Secara automatik kita akan cuba buktikan kemampuan diri dan buat terbaik demi mereka !!

Oklah cukup setakat ini dulu. Selamat menyambut tahun baru semua. Semoga tahun 2019 yang bakal mewarnai hidup kita lebih baik lagi. In Shaa Allah, Aamiin. Hingga bertemu lagi



Resepi Mudah : Puding Roti Kukus Menggunakan Packet Susu 2 in 1

Disember 30, 2018 8 Comments
Resepi Mudah : Puding Roti Kukus Menggunakan Packet Susu 2 in 1
Resepi Mudah : Puding Roti Kukus Menggunakan Packet Susu 2 in 1 | Susu packet kecil-kecil 2 in 1 camni kita jangan tak tahu dengannya kita boleh gantikan susu segar ataupun santan untuk sediakan dessert ataupun menu utama makanan seharian kita ! Ialah kadang-kadang tu kita terbeli susu dalam paket 2 in 1 kekonon nak cuba. Lepas tu tak boleh nak terima. Dari membazir macam tu lebih baik guna untuk buat hidangan lain 😘Cuma sukatannya tu bergantung kepada kita ajelah nak banyak mana. Macam ciktie sendiri, ciktie guna 3 packet susu Orgalac ala-ala 2 in 1 ini untuk buatkan puding roti kukus ini. Ianya cair sikit disebabkan sukatan air terlebih sikit. 

Sebenarnya ini kali pertama ciktie guna susu packet kecil-kecil camni penganti susu cair. Alhamdulillah, hasilnya pun tidak mengecewakan sama sekali. Boleh tahan sedap juga. Kat sini ciktie nak kongsikan cara penyediaan Puding Roti Kukus Menggunakan Paket Susu 2 in 1 ala-ala Orgalac ! Lagipun kat sini senang nak rujuk bila diperlukan nanti. Nak-nak bahan-bahannya pun simple je. Memang tak susahlah nak buat..


Resepi Mudah : Puding Roti Kukus Menggunakan Packet Susu 2 in 1 

Bahan

10 keping roti Gardenia - potong cube / carik-carik kecil-kecil
3 packet kecil susu 2 in 1
1 sudu kecil esen vanilla
3 biji telur
1 sudu besar gula
1 liter air
Secubit garam
Sedikit mentega - untuk disapu pada loyang

Cara Penyediaan

  1. Roti yang telah dipotong/ dicarik kecil-kecil disusun dalam loyang yang telah disapu mentega disekelilingnya dan ketepikannya.
  2. Susu kambing, air, secubit garam, esen vanilla, gula dan telur di blend  semuanya  sehingga sebati.
  3. Kemudian tuangkan bahan 2 (bahan yang di blend) ke atas potongan roti tadi.
  4. Seterusnya taburkan kismis / almond 
  5. Dan, kukus ianya selama 30 minit. 
Dah siap ! Senang je kan 😄😄
Selamat mencuba !!



Sempurnakan Harimu Dengan Haruman Kesegaran Dari Stay Fresh Body Sparkling Mist Althea X Titi Kamal

Disember 29, 2018 10 Comments
Sempurnakan Harimu Dengan Haruman Kesegaran Dari Stay Fresh Body Sparkling Mist Althea X Titi Kamal
Sempurnakan Harimu Dengan Haruman Kesegaran Dari Stay Fresh Body Sparkling Mist Althea X Titi Kamal | Wahh..wah..dah macam iklan dalam tv dah tajuk entri ciktie kali ni. Tapi seriously memang wangi sangat body mist ni. Segar je rasa. Bau ala-ala sweet fruit camtu. Memang bestlah terbayang-bayang baunya ni. Ianya tak adalah kuat sangat. Tapi sedap !! Lembut je baunya dan tak berubah pun walaupun kita spray banyak-banyak.

Tak sangka pula Althea ada produk body mist macam ni. Althea lagi !! Hehee entahlah Althea ni dari satu, satu dia keluarkan produk dia. Semuanya best-best dan terbaik pula tu. Itu yang tak henti-henti duk cerita pasal produknya ni. Jangan jemu ye korang sebab produk keluaran Althea ni semuanya terbaik ! Itu yang kadang-kadang ciktie sendiri pun pening nak pilih bila terpaksa membuat pilihan.

Oklah berbalik pada body mist ni. Ini yang terbaru ciktie terima !! Terima bersama Pore Purifying Serum Cleanser sebenarnya. Cerita pasal Pore Purifying Serum Cleanser ni korang boleh baca dekat sini --> Kombinasi 2 in 1 Pore Purifying Serum Cleanser



Sempurnakan HariMu Dengan Haruman Kesegaran Dari Stay Fresh Body Sparkling Mist Althea X Titi Kamal


Iya betul !! Tak sempurna rasanya hari-hari ni tanpa haruman kesegaran dari Stay Fresh Body Sparkling ni. Ciktie suka sangat dengan harumannya ni. Baunya yang lembut, tak melekit dan tahan lama betul-betul memikat hati. Selesa je rasa nak-nak lagi bila guna selepas mandi tu. Nyaman sangat ! 

Kadang-kadang tu bila keluar rumah/ lunch tengahari tu. Dengan cuaca panas macam sekarang ni. Berpeluh dan badan bercampur-campur dengan baunya tu, kita sendiri tak selesa. Spray je dengan Stay Fresh Body Sparkling ni terus hilang.  Nak jumpa orang pun terasa lebih yakin.




Body mist pertama keluaran Althea ini merupakan kolaborasinya bersama Titi Kamal iaitu seorang pelakon dan penyanyi Indonesia yang lebih dikenali dengan rambutnya yang hitam dan cantik ! Mempunyai bakat dalam bidang fesyen dan gaya yang juga merupakan ikon kecantikan yang menawan hati peminat-peminatnya di seluruh Asia Tenggara.

Diilhamkan dari gaya dan keanggunannya yang elegan, segar dan manis berasaskan buah dan bunga kegemarannya sendiri iaitu buah oren dan peach manis yang diikuti oleh bunga ros yang segar.
Kandungan Utama Stay Fresh Body Sparkling Mist Althea X Titi Kamal
Damask rose water - Menghidupkan kulit terhidrat dan memberi aroma lembut
Orange Flower extract - Menyegarkan deria
Elder flower extract - Menyejukan dan melegakan kulit, sambil memberikan aroma feminin

Cara penggunaannya memang mudah !! Hanya spray aje dengan ringan pada badan /mana-mana anggota yang kita suka sebelum keluar rumah atau bila-bila masa bila kita perlukannya. Disebabkan ciktie pun dah guna dan dah suka jadi ciktie akan pastikan ianya sentiasa berada dalam mana-mana bag yang ciktie bawa tak kira kemana pergi. Bukan apa senang nak guna ni.


Kandungan lain Stay Fresh Body Sparkling Mist Althea X Titi Kamal 
Minyak Castor Hidrogenasi, Air Bunga Rosa Damascena, Butylene Glikol, 1,2-Hexanediol, Ekstrak Bunga Sambucus Nigra, Ekstrak Bunga Citrus Aurantium Dulcis (Orange), Ekstrak Bunga Plumeria Rubra, Ekstrak Lilium Tigrinum, Etilheksilgliserin

Jadi kalau korang nak dapatkan Stay Fresh Body Sparkling Mist Althea X Titi Kamal ini korang boleh layari website Althea Korea ataupun terus je ke pautan https://my.althea.kr/stay-fresh-body-sparkling-mist




Cara Renew / Perbarui Domain

Disember 28, 2018 8 Comments
Cara Renew / Perbarui Domain
Cara Renew / Perbarui Domain | Wahhh !! Macam tak percaya dah hampir setahun dah rupanya berblog menggunakan domain sendiri. Kira  ini pengalaman pertama ciktie renew domain guna rangkaian Netkl la. Senang je rupanya walaupun sebelum ini macam teragak-teragak je  nak buat hikhik. Patutlah ramai yang gtau senang je caranya  ye. Selagi tak buat sendiri memang tak percayalah. Tapi yang bestnya guna domain netkl ni sebelum expired domain kita, diorang dah hantar notification siap-siap untuk ingatkan kita. Jadi tiada isu domain tak renew sebab terlupa ke apa la. 



Kebetulan pula malam tadi mata tak mengantuk jadi terus ajelah renew. Sekejap je buatnya lepas tranfer duit, emailkan resit pembayaran, terima nombor tiket yang mengesahkan pihak Netkl dah terima e-mail yang dihantar kemudian tunggu pengesahan yang menyatakan diorang sudah renew domain kita. Dah siap.. mudah je kan?? Dan sekiranya kita ada masalah boleh je terus berhubung dengan pihak Netkl. Diorang sedia membantu 24 jam 7 hari seminggu. 
Hotline : +6019-248 3858 (Call Only) (No.SMS/Whatsapp)
Fax: +603-7966 5675
Email: sales@netkl.com or support@netkl.com
Website: http://www.netkl.com
Working Days : Monday to Sunday (including Public Holidays)
Working Hours : 10am - 12 midnight (Email & Phone Support)

Pembayaran pula bukan dalam talian je boleh buat tau, tranfer melalui mesin ATM, Deposit Tunai, Kredit Tersedia, Pembayaran Happy, Billplays atau PayPal pun boleh. Memang bestlah tidak terikat dengan satu-satu kaedah/ cara je. Cepat pula tu.

Tinggal beberapa hari je lagi sebelum tirai 2018 dilabuhkan dan tirai 2019 dibuka. Ini bermakna domain ciktiedotcom juga bakal memasuki tahun yang ke-2 ! Tahniah ciktiedotcom. Semoga lepas ini ciktie berjaya naikkan kembali pv blog dengan cerita dan info terkini seperti awal-awal tahun hari tu. In Shaa Allah, aamiin.

Cara Renew / Perbarui Domain 

  • Kemudian klik Saving Account-i > Tranfer Funds > Transfer To > Other Accounts > Maybank and other bank > New Transfer > pilih Maybank 
  • Masukkan details berkenaan
MAYBANK   
Nama Akaun: Rangkaian NetKL
Nombor Akaun: 5644 0900 2675
E-mel penerima: sales@netkl.com
Rujukan penerima: [nyatakan Invois No. atau Nama Domain di sini]

CIMB Bank

Nama Akaun: Rangkaian NetKL
Nombor Akaun: 8000 7552 26
E-mel penerima: sales@netkl.com
Rujukan penerima: [nyatakan Invois No. atau Nama Domain di sini]


  • Klik Transfer > Request > isi nombor TAC XXXXXX diruangan yang disediakan.
  • Confirm 
  • Save Receipt


Kemudian kita akan terima email daripada Netkl mengatakan diorang dah renew domain blog kita. Dah siap !!

Amacam?? Tak susah kan renew domain ni..


Sinopsis Aku Cinta Dia Slot Lestary Di TV3

Disember 27, 2018 7 Comments
Sinopsis Aku Cinta Dia Slot Lestary Di TV3
Sinopsis Aku Cinta Dia Slot Lestary TV3 | Dah main dah cerita ni dekat tv semalam. Sebelum ini dah tengok dah iklannya. Nampak best nak-nak hero dan heroinnya favourite kita pula. Tapi drama 20 episode yang menghiasi slot Lestary setiap Rabu-Jumaat, 9.00pm sekarang ini bukan setakat menampilkan hero dan heroin favourite kita je tau tapi kalau nak tahu kebanyakan pelakonnya adalah artis favourite kita juga antaranya Zul Huzaimy, Fauzi Nawawi, Elly Mazlein. Jadi, memang rugilah kalau tak tengok.

Lagipun sebenarnya dah lama tak tengok Aiman Hakim berlakon ni !! Last tengok rasanya tak ingatlah cerita apa. Tapi ciktie suka tengok dia tu..iyalah mana nak suka kalau dah kita ni dah peminat dia kan. Hannah Delisha tu pun kita minat juga. Comel je dia tu..tapi gandingan dia dengan Syafiq Kyle dalam Mencintaimu Mr. Photographer tu lagi kena rasanya. Suka tengok gandingannya masa tu tapi sekarang ni pun suka juga. Dua-dua hero dan heroin favourite kita ni korang. Mana boleh tak suka kan

Oklah korang jom layan drama ni pula jomm


SINOPSIS AKU CINTA DIA

Mengisahkan perjalanan hidup seorang gadis yang bernama Laila (Hannah Delisha) yang meneruskan kehidupannya selepas cinta yang dibina bersama bakal suaminya, Ikhwan (Fahad Imanputus di tengah jalan.

Akibat terpaksa menanggung malu dan kecewa dengan tindakan Ikhwan tidak menghadiri majlis pernikahan mereka menyebabkan dia membawa diri ke luar negara, Amsterdam. Tapi dalam waktu yang sama, dia masih bernasib baik sebab masih lagi mendapat sokongan daripada ibunya.


Setibanya di Amsterdam, antara cabaran yang terpaksa dihadapinya adalah tersalah membuat penempahan bilik. Setelah mendapatkan tempat tinggal dia keluar bersiar-siar. Kemudian dia berkenalan dengan Sarina (Nadia Brian), seorang gadis yang peramah dan popular di media sosial - Instagram. Dia kemudiannya menyewa bilik di rumah kediaman Sarina setelah menceritakan apa yang telah berlaku.

Pertemuannya dengan Affan (Aiman Hakim) yang baru tiba dari Malaysia untuk melawat Sarina telah menemukan Laila dengan instacrushnya. Hubungan mereka bertiga semakin rapat walaupun masing-masing tidak mengetahui sebab sebenar dia kesana. Dia kemudiannya membuka cerita kedatangannya ke Amsterdam kerana tertarik dengan posting Instagram yang dimuat naik oleh Affan. Tanpa diduga Affan menawarkan diri untuk membawa Laila ke tempat-tempat tersebut.


Seperti yang dijanjikan, Affan menunaikan janjinya. Laila hampir terlupa dengan kisah yang telah ditinggalkannya di Kuala Lumpur dan dia berasa amat gembira dengan semuanya yang dilaluinya sehinggalah dia dikejutkan dengan berita perkahwinan Ikhwan bersama rakan serumahnya sendiri iaitu Nel. Berita itu mengundang rasa sedihnya dan dia akhirnya menceritakan perkara itu kepada Affan.

Perasaan suka mula timbul, Affan kemudian memutuskan untuk melamar Laila dan ingin bernikah secepat mungkin. Laila terkejut dengan lamaran itu. Tetapi mereka akhirnya berkahwin di Amsterdam. Pada masa yang sama, Sarina ingin mencari ayah kandung mereka di Malaysia tetapi tidak mendapat persetujuan dari Affan. Kenapa agaknya ye?? 

Laila pula runsing memikirkan penerimaan keluarganya. Dapatkah Sarina berjumpa dengan ayah kandungnya? Dan bagaimanakah reaksi Dr. Azhar dan Puan Zaity tentang perkahwinan anak mereka di Amsterdam? Aihhh ini yang buat tak sabar nak tengok.  



Sinopsis drama Pujaan Hati Kekanda

Disember 27, 2018 10 Comments
Sinopsis drama Pujaan Hati Kekanda
Sinopsis Pujaan Hati Kekanda | Wowww !! Bestlah promo Pujaan Hati Kekanda ni. Bukan promo je ni jalan cerita dan lagu ostnya Pujaan hati by Adira Suhaimi pun best. Cuma itulah tak sempat nak layan lagii walaupun ianya dahpun bersiaran mulai 20 Disember lagi. Setiap hari Isnin hingga Jumaat, 7.00 malam  yang menghiasi slot akasia.

Remy Ishak

Drama 28 episode yang diadaptasi dari novel karya Aulia Iman ini menampilkan gandingan mantap Remy Ishak dan Mira Filzah sebagai peneraju utama. Sebelum ini dah tengok dah gandingan keduanya dalam drama Lelaki Kiriman Tuhan. Sesuailah gandingan keduanya tu 😍😍 nampak sepadan !!


Sinopsis drama Pujaan Hati Kekanda

Mengisahkan Danny (Remy Ishak), seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru. Namun semasa hari pernikahannya, dia menerima satu hadiah iaitu bayi yang diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sijil kelahiran. 

Calon isterinya, Nadine (Sarah Hildebrand) enggan meneruskan pernikahan mereka selagi misteri kehadiran bayi itu tidak terungkai. Majlis pernikahannya dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab ke atas bayi itu. Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqi sementara dia menyiasat siapa sebenarnya ibu kepada Rizqi dan benarkah Rizqi anak kandungnya. 

Dalam kesulitan dan secara tak sengaja, Danny bertemu dengan Tiara (Mira Filzah), pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri. 


Tanpa diduga, cinta mula berputik diantara keduanya. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya.  Tiara yang telah tamat pengajian pula terpaksa pulang ke kampung bersama bayi itu dengan memberitahu keluarganya yang dia kini mengasuh anak kepada duda yang kematian isteri.  

Berjayakah Danny menjejaki siapa ibu bapa kandung Rizqi dan macamana pula hubungan cintanya dengan Tiara ?? Nanti kita sama-sama tengok ajelah ye

Sinopsis Drama Jibril

Disember 26, 2018 5 Comments
Sinopsis Drama Jibril
Sinopsis Drama Jibril | Walaupun drama ni dah ditayangkan sejak bulan Oktober lagi tapi sekarang baru sempat nak layan. Entah nape tak sempat nak layan episode awal-awal ia ni. Tapi drama ni best. Disebabkan ciktie baru je layan 2 episode jadi taktau sangat apa sebenarnya yang telah berlaku. Yang jelas Lisa Surihani dalam drama ni musuh dalam selimut. Lontar batu sembunyi tangan camtulah. Apa sebenarnya yang telah berlaku disebalik pembunuhan itu masih lagi tertanya-tanya ni. Tapi takpe tunggu ajelah sambil-sambil tu boleh sama-sama layan dengan family. Betul tak??

Lisa Surihani

Bersiaran di TV9 setiap hari Selasa 11.00 malam. Siapa yang tak tengok lagi bolehlah berbuat demikian sambil-sambil mengisi masa terluang bersama keluarga.

Dibintangi oleh Aeril Zafrel, Lisa Surihani, Zahiril Adzim, Sangeeta Krishnasamy, Rusdi Ramli, Nadia Aqilah, Fezrul Khan


Sinopsis Drama Jibril

Mengisahkan seorang peguambela, Jibril Azym yang memiliki kepintaran luar biasa, ketampanan dan kelebihan melakukan kesimpulan. Terdapat juga kisah lampau yang menunjukkan bagaimana Jibril memilki sifat luar biasa tersebut. Urutan peristiwa ini membawa kepada beberapa kes kematian dan pembunuhan.

Jibril dipanggil untuk membela seorang daripada suspek dan maka bermulalah pendedahan mengenai pertubuhan rahsia, Zerkala yang melakukan keganasan dan pemburuan terhadap ketuanya yang licik menyembunyikan diri. Jibril dibantu oleh pembantunya yang juga seorang peguam iaitu Jackie.


Tiada Sambutan Punca ADAM50 ditamatkan

Disember 25, 2018 3 Comments
Tiada Sambutan Punca ADAM50 ditamatkan
Tiada Sambutan Punca ADAM50 ditamatkan | Hanya 12 bulan je Program Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) berkuatkuasa. Ia akan ditamatkan pada 31 Disember ini berikutan tiada sambutan. Macamana pun untuk pendaftaran bayi yang lahir sepanjang tahun 2018 ini, ianya dilanjutkan sehingga 31 Mac 2019 Jadi para ibubapa yang mana mempunyai anak yang lahir dalam tahun ini-Januari hingga Disember 2018 boleh membuat pendaftaran segera sekiranya belum berbuat demikian.  

Cara memohon Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) ---> Cara memohon Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) <---
Menurut Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Dr Zeti Aziz berdasarkan maklum balas yang diterima hanya 25% bayi yang dilahirkan pada tahun ini yang mendaftar bagi program itu. Peruntukkan kerajaan RM10 juta untuk program ini juga sudah digunakan sepenuhnya. Memandangkan kedudukan kewangan kerajaan semasa perlu dikuhkan, ia tidak dapat memperuntukkan dana tambahan. Katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Nasional pada Jumaat lalu. 


ADAM50 adalah program yang telah diperkenalkan kerajaan dengan kerjasama PNB untuk semua bayi warganegara Malaysia yang lahir dalam tempoh dari 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022 dengan dana tabungan permulaan sebanyak RM200. 

Objektif utama ADAM50 adalah untuk menggalakkan budaya menyimpan dan pelaburan oleh rakyat Malaysia daripada usia seawal baru lahir.






KOMBINASI 2 IN 1 PORE PURIFYING SERUM CLEANSER

Disember 24, 2018 4 Comments
KOMBINASI 2 IN 1 PORE PURIFYING SERUM CLEANSER
Wahhh, bersinar-sinar mataku ni ! Teruja sangat macam tak percaya pun ada sebenarnya. AltheaKorea ada produk skincare macam ni. Ekslusif lagi korang !! Kalau sebelum ini dah ada dah produk 2 in 1 iaitu Real Fresh Skin Detoxer gabungan diantara pembersih muka dan mask tapi yang ini lagi bestlah. Kombinasi diantara pembersih dengan formula serum !! Dengan ekstrak pudina ia akan menyebabkan kulit kita tetap terasa sejuk dan terhidrat sentiasa. Secara tidak langsung memberikan kelembapan berganda kepada kulit sekaligus menghalang kulit kita dari kekeringan, mengecilkan serta merawat pori-pori kulit, mengimbangi pH kulit kita supaya kulit lebih sihat, menyingkirkan kotoran dan sel kulit mati, menegangkan, melicin serta melembutkan lagi kulit kita. Ciktie dah cuba dah. Memang best !! 



Bukan itu aje tau, ia juga boleh digunakan untuk menanggalkan solekan (make up remover). Kebetulan wet tissue habis ke macamana memang tiada masalah sangatlah dengan adanya Pore Purifying Serum Cleanser ini. Lebih menjimatkan, baunya pun best, segar je..  cara nak guna pun mudah. Nak bawa ke mana-mana pun senang. Memang muat masuk handbag ni.


Kandungan Pore Purifying Serum Cleanser
Air, Peg-7 Glyceryl Cocoate, Cyclomethicone, Isononyl Isononanoate, Dipropylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Ekstrak Daun Melaleuca Alternifolia (Tea Tree), Minmond Seed Chinensis (Jojoba), Mentha Arvensis Leaf Extract, Gliserin, Asam Citric, Hydroxyacetophenone , Disodium Edta, Ethylhexylglycerin, Sodium Citrate, Butylene Glycol, Fragrance

Testurnya jenis cecair berwarna jernih. Cepat meresap seperti air. Bila menggunakannya, ia macam berminyak tapi ia tak melekit tau. Lagi satu bila menggunakannya tu tak menyebabkan kulit kita kelihatan berminyak pun. Jadi jangan risau..ia menyerap je ke dalam kulit kita membuatkan tekstur kulit kita terasa lebih anjal, tegang, warna kulit lebih sihat, segar, lembut dan bersih lagi tau.



Kombinasi 2 dalam 1


Cara penggunaannya

  • Tuangkan ianya ke dalam ketapak tangan / kapas muka
  • Sapukan ke seluruh muka
  • Urut perlahan-lahan dengan gerakan bulat selama 5-10 saat sebelum dibilas dengan air.
Kandungan Pore Purifying Serum Cleanser
  • Ekstrak daun pudina - Bertindak menyejukkan kulit dan menenangkan kerengsaan
  • Minyak benih Jojoba - Bertindak melembapkan dengan teruk apa-apa kekeringan tanpa merasa berat
  • Ekstrak daun pokok teh - Mempunyai sifat antibakteria untuk membersihkan kulit dan menanggalkan sel-sel kulit mati


Sesuai untuk semua jenis kulit. Kalau korang kulit jenis sensitif pun boleh tau sebabnya ia membantu menenangkan kerengsaan kulit dan tidak menyebabkan kulit kita keradangan ataupun kemerah-merahan.

Untuk dapatkannya korang boleh layari https://my.althea.kr/pore-purifying-serum-cleanser ataupun layari je website Althea Korea untuk dapatkan mana-mana produk ekslusif lain. Bab harga dan penghantaran don't worry. Memang cukup berbaloi-baloi ku bab hang.






Mister Potato Crips Edisi Terhad Perisa Ketam Cili Yang Betul-betul Menyengat

Disember 23, 2018 4 Comments
Mister Potato Crips Edisi Terhad Perisa Ketam Cili Yang Betul-betul Menyengat
Wowww !! Menyegat juga rasa potato crips edisi terhad perasa ketam api ni. Mula-mula cuba tak terasa lagi bila dah pekena 3/4 keping dah terasa dah ia punya crispy tu. Rasanya pun boleh tahan sedap juga. Memang terasa perisa ketamnya ni. Berbaloilah juga beli dengan nilai Rm 2.89 ni. Kandungannya pun lebih banyak berbanding yang sebelum ini. Inipun terpaksa berebut dengan si kakak kecil ni. Dia ni memang pengemar mister potato. Itu yang kadangkala terpaksa main sembunyi-sembunyi.


Mana-mana perisa dia belasah aje tapii biasanya kalau untuk dia kita bagi yang perisa ubi purple itu je. Kira perisa tu je yang paling sesuai untuknya. Tak masin dan tawar sikit berbanding dengan perisa yang lain. Budak-budak katakan itupun dia makan share dengan dengan sorang lagi anak buah. Hari ni tinggal dia sorang..berebut dengan kita ajelah jawabnya.


Tapii yang peliknya boleh pula dia makan berkeping-keping potato crips ni. Tak rasa pedas ke lidah dia tu..

Potato crips yang ni rasanya bukan yang terbaru dekat pasaran sebab tiada pula cop bagitau ia keluaran terbaru ke apa. Edisi terhad tu betul ! Inipun beli kebetulan keluar pasaraya petang semalam. Ingatkan nak beli yang perisa kentang purple tu sekali ini je yang berada berdekatan pun. Malas nak berjalan masuk ke dalam lagi. Rembat aje mana yang berada berdekatan. Walaupun dah beli benda lain untuk dia still nak berebut juga potato crips ni dengan kita. Kakak..kakak.. dah besar dah rupanya anak buahku sorang ni. Esok lusa dah nak dapat adik tapi manjanya tetap juga macam ni.



Korang dah rasa ke potato crips perisa yang ni?? Macamana ada yang tak boleh terima ke??





Review : Petal Velvet Sunscreen Yang Betul-betul Mengujakan

Disember 21, 2018 6 Comments
Review : Petal Velvet Sunscreen Yang Betul-betul Mengujakan
Review : Petal Velvet Sunscreen Yang Betul-betul Mengujakan | Siapa tak teruja bila tiba-tiba dapat mesej daripada ninja, kemudian selang beberapa jam ataupun sehari kemudian, kita terima parcel pink pula. Nak-nak pula ia diterbangkan khas dari jauh semata-mata untuk kita. Memang teruja habislah.

Dah hampir sebulan dah rasanya mencuba produk ekslusif keluaran Althea Korea ni. Ini bukan dikategorikan mencuba dah sebenarnya tetapi memang dah menang memakai dah pun. Bukan main berbunga-bunga rasa dalam hati bila sudah mengenakannya. Barang elok mana tak seronok. Itu yang syok sangat sampaikan terlupa dah share ataupun belum dengan korang semua.


Review : Petal Velvet Sunaway SPF 50+ PA++++ Yang Begitu Mengujakan

Kalau nak tahu, Petal Velvet Sunaway ini adalah produk terbaru Althea Korea. Ia bertindak sebagai sunscreen yang berupaya melindungi kulit kita daripada sinar UV sepanjang hari. Sebelum kita keluar rumah ataupun sebelum mengenakan apa-apa makeup pada kulit wajah kita pastikan kita mengenakan perlindungan terlebih dahulu. Ini penting untuk melindungi kulit kita dari menerima terus-menerus pancaran UV masuk ke dalam kulit tanpa sebarang perlindungan. Taknaklah nanti kulit kita terbakar (sunburn) ataupun terdedah kepada pancaran uv macamtu je walaupun kita jarang-jarang berada di luar.

Kepentingan mengenakan sunscreen setiap hari
Sunscreen !! Memang amat penting untuk melindungi kulit kita. Ia lebih kurang dengan sunblock. Tapi ia bukan sunblock.


Perbezaan sunscreen dengan sunblock

Sunscreen
Tabir suria atau tabir surya adalah losyen kimia kimiawi yang berfungsi sebagai penyaring sinar matahari. Lotion sunscreen masuk ke dalam kulit dan akan menyerap UV radiation sebelum mencapai lapisan kulit dan merosaknya. Namun, tetap akan ada bagian sinar matahari yang terserap oleh tubuh. Tekstur pelindung matahari lebih tipis dan akan kelihatan tidak kelihatan ketika diaplikasikan.

Sunblock
Mengandung mineral seperti zink oksida atau titanium dioksida yang membina lapisan di atas kulit permukaan, berfungsi sebagai dinding penghalang kulit dari sinar matahari. Tekstur losyen sunblock lebih kental, berwarna putih susu, dan boleh terlihat jelas oleh mata. Sunblock adalah perlindungan terbaik jika anda mempunyai jam berjam-jam di bawah matahari, seperti berenang atau bermain di pantai.


Dirumus dari formula pelembap dan damask rose extract yang bertindak menghidrat dan mengekalkan kelembapan sepanjang masa sekaligus membuatkan kulit kita tetap kelihatan lebih segar, awet muda, licin dan tak mudah kering. Ia  juga mempunyai SPF sebanyak 50+ dan PA ++++, jadi kulit kita akan dilindungi sepanjang hari. Tapi penggunaannya tak bolehlah sekali sehari je. Mana mampu ianya nak cover aktiviti kita sepanjang hari macamtu. Paling sikit penggunanya pun 2 kali sehari kot.




Kandungan Petal Velvet Sunaway

Damask rose Extract - membantu menghidrasi dan menenangkan kerengsaan kulit secara mendalam menjadikan kulit berasa sihat. 
Minyak geranium - membuatkan kulit lebih berseri serta mampu menyembuhkan jerawat.
Formula pelembap - Menyediakan penghidratan kulit yang mendalam



Apa yang ciktie suka dengan produk ekslusif terbaru Althea ini adalah teksturnya ringan, tidak pekat dan tidak juga terlalu cair selain ia cepat meresap. Sesuai untuk semua jenis kulit, tidak berminyak ataupun bercapuk. Nampak biasa aje tak nampak macam kita pakai apa-apa pun pada warna tona kulit walaupun ia sebenarnya berwarna putih. Sesetengah sunscreen itu menyebabkan tona kulit kita berbeza selepas memakainya, nak-nak lagi kalau ianya berwarna putih macam ni. Ada tu memang nampak ketara sangat perbezaannya tu. Dengan berminyak dan bercapuk pula alahaiui itu yang ciktie tak gemar dan  cuba elakkan sebenarnya.

Lagi yang bestnya Petal Velvet Sunaway yang berharga Rm43 ini adalah baunya tu. Best, lembut je. Bau dia macam green tea pun ada..macam bau herba pun ada juga sebenarnya 🤔🤔. Tapi bestlah bau dia, lembut je. Packaging ia pun menarik, comel je memang senang nak bawa ke mana-mana. Masuk kocek pun boleh. Nak travel lagilah mudah nak bawa ni tau.



Nak guna pun mudah je. Just goncang dulu sebelum tekan. Sapu dekat muka beberapa titik (kalau boleh janganlah sikit sangat takut cepat habis ke macamana. Nanti ia tak melindungi kulit kita sepenuhnya) dan ratakan camtu. Memang lembut je testurnya ni. Bila mengenakan bedak langsung tak bercapuk.


Hadir bersamanya adalah Petal Velvet Powder !! Iaitu loose powder kegemaran ciktie. Ada 3 kode iaitu translucent, warm beige dan juga pink lavender. Ciktie dah cuba dah ketiga-tiga loose powder ni. Best !! Setiap daripada mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Bau pun lain-lain. Kalau nak tahu, ianya macam bedak debu/serbuk yang kebanyakan kita guna sebagai sentuhan terakhir untuk mengekalkan solekan ataupun menaikkan seri wajah. 




Tapi ciktie guna sebagai bedak biasa je. Tak tebal sangat biasa-biasa je. Testurnya lebih halus. Packagingnya pun menarik. Comel sangat..Yang pink lavender ni lagi best sebenarnya dan  ia keluaran khas sempena ulangtahun Althea Korea yang ke-3 tahun ini.



Kandungan Petal Velvet Powder
Ekstrak biji Althea - kaya dengan antioksidan, melindungi kulit dari luar negeri dan memastikan ia tetap baik dan terhidrat.
Polyphenols - Memelihara kulit yang dilindungi dari sinaran UV
Saponarin - Pembaikan sel-sel yang rosak dan mengembalikan keanjalan kepada kulit yang menua




Kandungan Petal Velvet Powder #PinkLavender
Ekstrak Lavender Soothes irritations membantu memperbaiki kulit. Ia juga mempunyai ciri aromaterapi untuk menenangkan deria
Lecithin terhidrogenasi - Conditions dan melembapkan kulit
Glycerin - Humectant yang menarik kelembapan pada kulit, mencegah dehidrasi





Mana nak dapat?? Boleh dapatkan dari website AltheaKorea. Tapi untuk penjimatan kedua-dua produk ini, ciktie cadangkan korang dapatkan Set Petal Velvet di website ia tu ataupun klik je >> https://my.althea.kr/althea-exclusives/petal-velvet << Sekarang ini ada diskaun 10% tau.  Jangan lambat-lambat tau nanti tak dapat !! Penghantaran memang cepat !! Order sekarang sebelum tahun baru korang dah dapat pesanan korang ni..




Tidak perlu berpeluh bagi menghilangkan kesan minyak degil, hanya dapatkan pakar ini! WD-40®

Disember 20, 2018 3 Comments
Tidak perlu berpeluh bagi menghilangkan kesan minyak degil, hanya dapatkan pakar ini! WD-40®
Tidak perlu berpeluh bagi menghilangkan kesan minyak degil, hanya dapatkan pakar ini! WD-40® | Kini bulan baharu telah tiba sebelum menuju ke akhir tahun dan sesuatu yang baharu pula akan bermula. Ini menunjukkan lebih banyak musim perayaan akan berlangsung sepanjang bulan ini!
  
Bermakna anda perlu bersedia untuk memastikan rumah, tempat anda bekerja atau peralatan anda berada dalam keadaan bersih dan berkilat serta menarik sempena musim perayaan akan datang, dan juga bagi membolehkan anda bersedia untuk sesuatu permulaan yang baik sempena permulaan tahun baharu yang bakal menjelma tidak lama lagi.


Bagaimanapun, perkara yang mengecewakan kebanyakkan orang adalah apabila mereka perlu membersihkan kesan kotoran atau minyak (gris) degil. Mereka sedih apabila pemilik dianggap kurang teliti untuk membersihkan- atau pemalas untuk membersihkan- dan ini mampu menjejaskan suasana yang bermakna untuk diabadikan di media sosial Instagram.

Pernahkah anda mencuba membuang kesan kotoran minyak degil dan akhirnya kepenatan kerana tidak mampu membersihkannya? Nah, jika anda serius untuk melakukannya, anda hanya perlu membawa pakarnya iaitu WD-40® Specialist™ Fast Acting Degreaser (Pakar Penghapus Kesan Minyak Pantas WD-40®) . Penyelesaian berasaskan air yang bertindak pantas menanggalkan kesan berminyak, gris, kotoran, sabun dan sisa kotoran degil. 


Buihnya mempunyai fungsi terbaik dan cepat bertindak serta menyerap di atas permukaan yang anda mahu bersihkan, dan ia juga mudah dibersihkan. Dan ia boleh digunakan pada pelbagai jenis permukaan, termasuk besi, penutup ekzos dan lantai. Dan, paling penting ia adalah selamat digunakan untuk besi, kaca, plastik, getah, aluminium, termasuk permukaan bercat!

Bagi kesan minyak degil, hanya perlu biarkan beberapa saat untuk membolehkan formula ini  menembusi bahagian yang hendak dibersihkan, sebelum anda lap. Produk ini juga bagus untuk membersihkan roda aloi, rim tayar dan komponen enjin.



Penghapus kesan minyak ini juga mematuhi arahan Sekatan Bahan Berbahaya (RoHS), yang bertujuan untuk melindungi kesihatan manusia dan alam sekitar yang bertindak menghalang bahan terlarang dan berbahaya seperti logam berat dan bahan kimia persisten Brominated Flame Retardants (BFR).

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pakar Penghapus Kesan Minyak Pantas WD-40®, boleh melayari http://wd40.asia/wdsp-degreaser.




My Ping in TotalPing.com