Selasa, 25 Disember 2018

Tiada Sambutan Punca ADAM50 ditamatkan

Tiada Sambutan Punca ADAM50 ditamatkan | Hanya 12 bulan je Program Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) berkuatkuasa. Ia akan ditamatkan pada 31 Disember ini berikutan tiada sambutan. Macamana pun untuk pendaftaran bayi yang lahir sepanjang tahun 2018 ini, ianya dilanjutkan sehingga 31 Mac 2019 Jadi para ibubapa yang mana mempunyai anak yang lahir dalam tahun ini-Januari hingga Disember 2018 boleh membuat pendaftaran segera sekiranya belum berbuat demikian.  

Cara memohon Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) ---> Cara memohon Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) <---
Menurut Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Dr Zeti Aziz berdasarkan maklum balas yang diterima hanya 25% bayi yang dilahirkan pada tahun ini yang mendaftar bagi program itu. Peruntukkan kerajaan RM10 juta untuk program ini juga sudah digunakan sepenuhnya. Memandangkan kedudukan kewangan kerajaan semasa perlu dikuhkan, ia tidak dapat memperuntukkan dana tambahan. Katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Nasional pada Jumaat lalu. 


ADAM50 adalah program yang telah diperkenalkan kerajaan dengan kerjasama PNB untuk semua bayi warganegara Malaysia yang lahir dalam tempoh dari 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022 dengan dana tabungan permulaan sebanyak RM200. 

Objektif utama ADAM50 adalah untuk menggalakkan budaya menyimpan dan pelaburan oleh rakyat Malaysia daripada usia seawal baru lahir.






3 ulasan

  1. nice post :)
    jemput singgah blog
    https://sweetsourtheworld.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Mrs pip dah apply utk baby Nami...

    BalasPadam
  3. Zaman ni agak sukar untuk menyimpan bagi yang dapat income cukup-cukup makan

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.