Khamis, 27 Disember 2018

Sinopsis Aku Cinta Dia Slot Lestary Di TV3

Sinopsis Aku Cinta Dia Slot Lestary TV3 | Dah main dah cerita ni dekat tv semalam. Sebelum ini dah tengok dah iklannya. Nampak best nak-nak hero dan heroinnya favourite kita pula. Tapi drama 20 episode yang menghiasi slot Lestary setiap Rabu-Jumaat, 9.00pm sekarang ini bukan setakat menampilkan hero dan heroin favourite kita je tau tapi kalau nak tahu kebanyakan pelakonnya adalah artis favourite kita juga antaranya Zul Huzaimy, Fauzi Nawawi, Elly Mazlein. Jadi, memang rugilah kalau tak tengok.

Lagipun sebenarnya dah lama tak tengok Aiman Hakim berlakon ni !! Last tengok rasanya tak ingatlah cerita apa. Tapi ciktie suka tengok dia tu..iyalah mana nak suka kalau dah kita ni dah peminat dia kan. Hannah Delisha tu pun kita minat juga. Comel je dia tu..tapi gandingan dia dengan Syafiq Kyle dalam Mencintaimu Mr. Photographer tu lagi kena rasanya. Suka tengok gandingannya masa tu tapi sekarang ni pun suka juga. Dua-dua hero dan heroin favourite kita ni korang. Mana boleh tak suka kan

Oklah korang jom layan drama ni pula jomm


SINOPSIS AKU CINTA DIA

Mengisahkan perjalanan hidup seorang gadis yang bernama Laila (Hannah Delisha) yang meneruskan kehidupannya selepas cinta yang dibina bersama bakal suaminya, Ikhwan (Fahad Imanputus di tengah jalan.

Akibat terpaksa menanggung malu dan kecewa dengan tindakan Ikhwan tidak menghadiri majlis pernikahan mereka menyebabkan dia membawa diri ke luar negara, Amsterdam. Tapi dalam waktu yang sama, dia masih bernasib baik sebab masih lagi mendapat sokongan daripada ibunya.


Setibanya di Amsterdam, antara cabaran yang terpaksa dihadapinya adalah tersalah membuat penempahan bilik. Setelah mendapatkan tempat tinggal dia keluar bersiar-siar. Kemudian dia berkenalan dengan Sarina (Nadia Brian), seorang gadis yang peramah dan popular di media sosial - Instagram. Dia kemudiannya menyewa bilik di rumah kediaman Sarina setelah menceritakan apa yang telah berlaku.

Pertemuannya dengan Affan (Aiman Hakim) yang baru tiba dari Malaysia untuk melawat Sarina telah menemukan Laila dengan instacrushnya. Hubungan mereka bertiga semakin rapat walaupun masing-masing tidak mengetahui sebab sebenar dia kesana. Dia kemudiannya membuka cerita kedatangannya ke Amsterdam kerana tertarik dengan posting Instagram yang dimuat naik oleh Affan. Tanpa diduga Affan menawarkan diri untuk membawa Laila ke tempat-tempat tersebut.


Seperti yang dijanjikan, Affan menunaikan janjinya. Laila hampir terlupa dengan kisah yang telah ditinggalkannya di Kuala Lumpur dan dia berasa amat gembira dengan semuanya yang dilaluinya sehinggalah dia dikejutkan dengan berita perkahwinan Ikhwan bersama rakan serumahnya sendiri iaitu Nel. Berita itu mengundang rasa sedihnya dan dia akhirnya menceritakan perkara itu kepada Affan.

Perasaan suka mula timbul, Affan kemudian memutuskan untuk melamar Laila dan ingin bernikah secepat mungkin. Laila terkejut dengan lamaran itu. Tetapi mereka akhirnya berkahwin di Amsterdam. Pada masa yang sama, Sarina ingin mencari ayah kandung mereka di Malaysia tetapi tidak mendapat persetujuan dari Affan. Kenapa agaknya ye?? 

Laila pula runsing memikirkan penerimaan keluarganya. Dapatkah Sarina berjumpa dengan ayah kandungnya? Dan bagaimanakah reaksi Dr. Azhar dan Puan Zaity tentang perkahwinan anak mereka di Amsterdam? Aihhh ini yang buat tak sabar nak tengok.  



7 ulasan

  1. cik ash last tengok aiman berlakon pengantin 100 hari. hannah tu pulak filem langsuir hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Filem Langsuir tu baru lagi kan ?? Pengantin 100 hari haha

      Padam
    2. Kena tengok pengantin 100 hari trending gak drama ni kat samarinda aritu..

      Padam
  2. Balasan
    1. Oo yake?? It's ok free² nanti bolehlah layan kot

      Padam
  3. macam cerita kan ku kejar cinta kamu pulak kawen oversea.hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oo yake? Memang cerita #kkck tu dia kawin kat oversea ye hehe

      Padam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.