Rabu, 5 Disember 2018

Selamat Malam

Selamat Malam  | Assalamualaikum dan selamat malam korang. Rindunya kita dengan cik blogku ni. Lama sangat rasanya tinggalkan ia tanpa sempat nak menilik apa yang kurang dan apa yang dah tak kena dengannya ni. Pv pun nampak macam perlahan je sejak akhir-akhir ni. Tapi apa boleh buat tak sempat nak update apa-apa lagi. Masih lagi sibuk dengan kerja hakiki. 

Majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki my cousin pun baru je selesai semuanya semalam. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan-Nya. Jalan pun ok walaupun area dalam bandar tu je yang jammed sikit. Jenuh juga nak bagi lepas 3 traffic light tu. Dekat 3/4 kali jugalah sangkut dekat situ je hahaha sape suruh masuk bandar kan masa-masa cuti sekolah macam ni. Kan tak pepasal. Nasib baik hujan gitu-gitu je tak seperti hari ini sepanjang perjalanan tu. Kalau tak lagi haru nak-nak lampu sihitamku ni ada ada masalah sikit. Tak sempat nak bawa jumpa doktornya lagi. Cuba siggah balik kerja tadi, doktornya pula entah ke mana perginya. Tengoklah esok taupun lusa macamana pula. Apapun dah back to normal balik dah. 


Hmmm cerita pasal back to normal ni. Korang yang staf government ni masih ada lagi ke yang belum siapkan my portfolio?? Kalau masih ada maknanya bukan ciktie sorang ajelah yang masih belum siapkannya lagi hehee.. dah buat dah ! Baru je lagi mulanya ni. Itu yang tak pasti berapa peratus dah siap. Apapun ciktie memang jealous dengan korang yang dah siap ni.


Ehhh dah la. Panjang pula ciktie membebel malam ni. Kesian korang terpaksa baca bebelan ciktie pula entri kali ni. Minta maaf  juga ye tak sempat nak balas kunjungan korang lagi. Nanti dah ok sikit kita balas slow-slow.

2 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.