Isnin, 24 Disember 2018

KOMBINASI 2 IN 1 PORE PURIFYING SERUM CLEANSER

Wahhh, bersinar-sinar mataku ni ! Teruja sangat macam tak percaya pun ada sebenarnya. AltheaKorea ada produk skincare macam ni. Ekslusif lagi korang !! Kalau sebelum ini dah ada dah produk 2 in 1 iaitu Real Fresh Skin Detoxer gabungan diantara pembersih muka dan mask tapi yang ini lagi bestlah. Kombinasi diantara pembersih dengan formula serum !! Dengan ekstrak pudina ia akan menyebabkan kulit kita tetap terasa sejuk dan terhidrat sentiasa. Secara tidak langsung memberikan kelembapan berganda kepada kulit sekaligus menghalang kulit kita dari kekeringan, mengecilkan serta merawat pori-pori kulit, mengimbangi pH kulit kita supaya kulit lebih sihat, menyingkirkan kotoran dan sel kulit mati, menegangkan, melicin serta melembutkan lagi kulit kita. Ciktie dah cuba dah. Memang best !! 



Bukan itu aje tau, ia juga boleh digunakan untuk menanggalkan solekan (make up remover). Kebetulan wet tissue habis ke macamana memang tiada masalah sangatlah dengan adanya Pore Purifying Serum Cleanser ini. Lebih menjimatkan, baunya pun best, segar je..  cara nak guna pun mudah. Nak bawa ke mana-mana pun senang. Memang muat masuk handbag ni.


Kandungan Pore Purifying Serum Cleanser
Air, Peg-7 Glyceryl Cocoate, Cyclomethicone, Isononyl Isononanoate, Dipropylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Ekstrak Daun Melaleuca Alternifolia (Tea Tree), Minmond Seed Chinensis (Jojoba), Mentha Arvensis Leaf Extract, Gliserin, Asam Citric, Hydroxyacetophenone , Disodium Edta, Ethylhexylglycerin, Sodium Citrate, Butylene Glycol, Fragrance

Testurnya jenis cecair berwarna jernih. Cepat meresap seperti air. Bila menggunakannya, ia macam berminyak tapi ia tak melekit tau. Lagi satu bila menggunakannya tu tak menyebabkan kulit kita kelihatan berminyak pun. Jadi jangan risau..ia menyerap je ke dalam kulit kita membuatkan tekstur kulit kita terasa lebih anjal, tegang, warna kulit lebih sihat, segar, lembut dan bersih lagi tau.



Kombinasi 2 dalam 1


Cara penggunaannya

  • Tuangkan ianya ke dalam ketapak tangan / kapas muka
  • Sapukan ke seluruh muka
  • Urut perlahan-lahan dengan gerakan bulat selama 5-10 saat sebelum dibilas dengan air.
Kandungan Pore Purifying Serum Cleanser
  • Ekstrak daun pudina - Bertindak menyejukkan kulit dan menenangkan kerengsaan
  • Minyak benih Jojoba - Bertindak melembapkan dengan teruk apa-apa kekeringan tanpa merasa berat
  • Ekstrak daun pokok teh - Mempunyai sifat antibakteria untuk membersihkan kulit dan menanggalkan sel-sel kulit mati


Sesuai untuk semua jenis kulit. Kalau korang kulit jenis sensitif pun boleh tau sebabnya ia membantu menenangkan kerengsaan kulit dan tidak menyebabkan kulit kita keradangan ataupun kemerah-merahan.

Untuk dapatkannya korang boleh layari https://my.althea.kr/pore-purifying-serum-cleanser ataupun layari je website Althea Korea untuk dapatkan mana-mana produk ekslusif lain. Bab harga dan penghantaran don't worry. Memang cukup berbaloi-baloi ku bab hang.






4 ulasan

  1. bw sambil follow sambil komen kt sini...salam kenal tuan rumah

    BalasPadam
  2. dah cuba ye, AJ belum buka lagi ni hehe tak sabar juga ni

    BalasPadam
  3. k.fiezz pun guna yg ni..letak je dalam bilik air..kalau dh masuk bilik air, malas nk keluar amik wet tissue utk tanggalkan mekap, guna ni je..sonang..kulit rasa fresh lepas bilas..

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.