10 Wishlist Top Althea Product

Disember 16, 2018
10 Wishlist Top Althea Product | Hai..hai..haii selamat malam korang. Memalam ni kita cerita sikit pasal wishlist top Althea Product ye. Ialah sebelum inikan ciktie dah pernah cuba dan pernah guna dah produk dari Althea ni. Jadinya kali ini ciktie nak buat 10 senarai ajelah.


Walaupun sebenarnya jika ditanya apakah 10 produk itu. Dengan lajunya ciktie boleh senaraikan satu persatu cuma itulah terlebihlah pula hehe. Tapi tak apa kita genapkan 10 ajelah untuk malam ini. Ada diantaranya yang telah ciktie cuba sendiri dan ada diantaranya yang masih lagi berada dalam senarai wishlist !! Tak taulah samada berjaya atau tak keluarkan ianya dalam wishlist sebelum berakhir tahun ni. Apapun wait and see ajelah, kan..

Perempuan dan kecantikan memang tidak boleh dipisahkan nak-nak lagi bila tengok orang yang teleh menggunakannya ok, sesuai. Lagilah excited hehe lagipun produk Korea ni memang trending, free shipping dan yang paling penting harganya berbaloi. Tengoklah hasil produk skincare dan meka up diorang, nice ! Lawa je tiadalah nampak beria sangat tapi tetap cantik. Simple but i like 😍😍

Oklah inilah antara 10 produk yang menjadi pilihan ciktie. Campur-campur ajelah ye.

10 Wishlist Top Althea Product

Real Fresh Skin Detoxer 


Produk althea 2 in 1 yang memang menjadi kesukaan ciktie ni. Mask merangkak pencuci muka. 10 minit je setiap hari. Memang wajib guna hari-hari. Mudah dan cepat. Review : Unboxing Althea Angel's Welcome Gift Box

Milk Peel Cream Mask


Mask bubble Cream !! Best guna ni.. awal-awal ia macam tanah liat (pekat) camtu lepas tu lama-lama ia bertukar jadi bubble Cream whipped..halus je.

Bertindak menyegarkan dan menghidrat kulit wajah setelah mengingkirkan sel kulit mati secara perlahan-lahan. Best guna ianya ni..Review : The Milk Peel Cream Mask Yang Menyegarkan

Petal Velvet Powder


Yang ini loose powder !! Testurnya halus.  Mudah dibawa kemana-mana. Kecil molek je bendanya. Ciktie suka !! Ia ada 3 kode iaitu beige, white dan pink lavender.

Petal Velvet Sunaway


Yang ini ciktie dah cuba dah. Memang best.. testurnya memang ringan. Lembut dan langsung tiada kesan bercapuk walaupun ia berwarna putih. Bertindak melindungi kulit dari uv dan menyebabkan kulit kita terasa lebih segar dan tak kering. Memang wajib sangat memilikinya ni.

Laneige Water Sleeping Mask


Dah pernah cuba ! Memang sesuai sangat sebab kulit ni kelihatan kering. Lepas pakai malam tu keesokkan harinya kulit muka terasa lebih lembut, segar je. Tiada lagi kesan-kesan kekeringan tu. Lagipun Laneige Water Sleeping Mask ini berfungsi melembapkan dan menutrisikan kulit selain ia mampu memperbaiki sel-sel kulit dan mencerahkan tona kulit.

Lip Sleeping Mask


Yang ini dah lama sebenarnya masuk senarai wishlist cuma masa nak beli hari tu stok tak ada ! Tertarik dengan review yang dibaca untuk merawat dan mengatasi masalah bibir kering, merekah. Selain ia menyebabkan bibir smooth dan kelihatan ala-ala pinky gitu.

Bb Cushion Pore Control

Sebelum ini dah pernah cuba Bb Cushion tapi bukan dari brand ni. Teringin juga nak cuba Bb Cushion Pore Control dari jenama kegemaranku ni. Orang kata ia lebih ringan, mudah digunakan dan hasilnya lebih natural.

Pore Sonic Cleaner


Yang inipun tertarik disebabkan terbaca review kekawan. Ramai yang review pasal tools ni. Teringin juga nak cuba tools ini. Dengarnya menggunakannya lebih berkesan dan cuciannya lebih mendalam berbanding menggunakan tangan. Lembut je ! Itu yang tak sabar hehe.

Buble-buble Lip Mask

Yang ini pun sebenarnya dah masuk wishlist. Tunggu masa untuk dibawa keluar aje..berfungsi untuk menanggalkan kulit mati. Jangan ingat kulit mati tu dekat kulit aje tau..bibir pun ada.

Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask


Tertarik kerana ia mempunyai 6 kelebihan iaitu mampu bertindak mengecilkan pori-pori, mengecutkan Pori,mengawal minyak berlebihan, menanggalkan sel mati (menggelupas dan melicinkan), mencerahkan tona kulit serta penyerapan serumnya yang kuat selain bertindak menyegarkan kulit.

Ok, ini ajelah antara produk Althea yang menjadi pilihan ciktie setakat ini. Lepas ini tak taulah pula yang mana ye. Untuk makluman lanjut mengenai produk althea ini boleh layari






Share this :

Previous
Next Post »

6 ulasan

  1. bubble lip mask tu macam menarik pulak.. hehehe

    BalasPadam
  2. Tahniah kak..kak sekali lagi top komen di blog rabia.rabia design header free je untuk cik tie.

    BalasPadam
  3. pore sonic cleanser tu, ada gak terbaca kat blog CN..macam best..nak masuk dalam wishlist la...

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com