Jumaat, 2 November 2018

Tips mudah supaya lulus Menghadiri Panggilan Temuduga (Interview) dalam sektor awam dan swasta

Woww ! Dapat panggilan temuduga !! Ini bukan sesuatu yang mudah. Setelah beberapa kali mohon akhirnya ia menampakkan sedikit hasil. Kalau sebelum ini tiada sebarang jawapan ataupun maklum balas dari agensi permohonan yang kita buat kan. Opss salah, ada bukan tiada tapi setakat maklum balas mengatakan permohonan kita telah  berjaya diterima dan akan dihubungi semula sekiranya kita menepati syarat dan kriteria yang diorang kehendaki. Terselit kekecewaan juga bila sampai ke sudah tiada apa-apa yang berlaku.


Tips Menghadiri Panggilan Temuduga (Interview)

Tapi bila dah dapat panggilan temuduga ini, ia merupakan satu kejayaan buat kita. Dalam banyak-banyak permohonan, akhirnya permohonan kita disenarai pendekkan. Ada keterujaannya dekat situ. Panggilan temuduga ini mungkin step ke-2 ataupun ke-3 korang selepas lulus dalam saringan peperiksaan ataupun selepas membuat permohonan sebelum sesuatu perkerjaan itu diperolehi.

Tips mudah menghadapi temuduga

Dalam keterujaan, kegembiraan itu terselit perasaan gementar dan konfius untuk menghadiri panggilan temuduga itu. Dekat sini Ciktie nak kongsikan beberapa tips yang pernah ciktie amalkan sebelun ini dan semoga ianya bermanfaat buat kita semua.

>> Tips Mudah Lulus Temu duga (interview) goverment / Swasta <<

Tips mudah | lulus Menghadiri Panggilan Temuduga  (Interview) dalam sektor awam dan swasta

13 Tips berjaya temuduga swasta goverment

  1. Cetak surat panggilan temuduga dan pastikan semua dokumen lengkap sepertimana yang tercatat di dalamnya - resume, gambar berukuran passport,  kad pengenalan, lesen memandu dan sijil yang berkaitan ada dan dibawa bersama
  2. Pastikan semua salinan sijil dan dokumen telah disahkan / diakui dari salinan asal.
  3. Datang awal untuk mengelakkan sebarang kemungkinan terutamanya penemuduga menunggu kita.
  4. Ketahui tempat dan masa interview itu dijalankan. Penting tau !! Jangan sampai tersalah tempat ataupun masa pula.
  5. Berpakaian lengkap ! Baju kemeja, seluar slak, bertali leher, kasut tertutup lengkap berstokin bagi lelaki. Bagi perempuan pula pakaian  sopan dan tidak menjolok mata. Pemilihan warna pakaian itu sekurang-kurangnya tidak melebihi 3 warna. Sementara bagi yang telah berkhidmat ataupun dah berkerja pastikan mempunyai name tag !
  6. Jangan mengganggu ketenteraman orang lain. Nak sembang boleh sementara menunggu giliran itu tapi janganlah sampai membuat bising apatah lagi menggangu orang sebelah kalau iapun kita nak berbincang ataupun nak bertanya soalan apa yang ditanya oleh penemuduga. Bertambah nervous tau ! 
  7. Rilex jangan nervous sangat ! Yang ini mojaritinya siapa-siapa pun akan nervous. Tapi kalau boleh coverlah sikit. Risau juga lain orang tanya lain pula kita jawab. Sementara menunggu giliran itu, amalkan membaca Bismillah ataupun apa-apa zikir sebanyak 33 kali sebelum melangkah masuk ke bilik penemuduga.
  8. Senyum !! Tanggapan pertama orang terhadap kita penting tau. Bila kita senyum dengan sendiri orang akan senyum kembali kepada kita. Kita pun akan rasa lebih tenang, senang dan mudah. Dan cuba kekalkan aura positif itu. Tapii kalau ada yang tak balas balik senyuman kita itu, anggap ajelah orang itu memang dah macam tu. Susah nak senyum !!
  9. Ketuk dahulu pintu bilik penemuduga. Dah dapat keizinan baru masuk !! Jangan main serbu pula walaupun memang dah kenal lama siapa penemuduga itu. 
  10. Bagi salam dan minta keizinan terlebih dahulu sebelum duduk !!
  11. Bila bercakap jangan lupa pandang penemuduga. Jangan melilau je mata tu. Tapi sesekali senyumlah ketika menjawap soalan tu, tiadalah diorang pun tengok kita stress sangat.
  12. Kalau tak tahu nak jawab jangan sesekali jawab tak tahu !  Tapi jawablah kurang pasti !! Tak tahu itu nampak sangat korang tak berusaha nak ambil tahu. Lepas tu korang ulaslah sikit tentang soalan yang diorang bagi tu. Jangan senyap je camtu, kalau tak boringlah beb !! 
  13. Ambil tahu tentang isu perkembangan semasa samada dalam dan luar negara contohnya masalah sosial dari segi kesannya, punca dan penyelesaiannya macamana. Kalau kebetulan interview itu dibuat pada bulan kemerdekaan, ketahui sejarah penubuhan negara, hari kemerdekaan, tokoh negara, sumbangannya, jalur gemilang, maklumat tentang pemimpin, Yang Dipertua Agong dan lain-lain yang berkaitan isu semasa lagi - bila, di buat, oleh siapa, kenapa, bagaimana 
  14. Buat kajian (reseach) juga tentang skop kerja  dan jawatan panggilan interview yang diterima ini. Kod skim, jabatan, gred dan tugasannya macamana.
  15. Tunjukkan minat untuk mengetahui tentang jawatan yang ditemuduga itu. Bukan penyibuk tapi cubalah ambil tahu dengan bertanyakan bilakah keputusan temuduga itu dapat diketahui walaupun mungkin kita dah mengetahuinya sebelum ini.

Oklah, inilah antara tips-tips yang boleh ciktie kongsikan buat kali ini.


3 ulasan

  1. Tips yg sangat berguna dan membantu :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih berkongsi tips ni ciktie

    BalasPadam
  3. Nice tips..husniey dah banyak kali cuba nasib hadiri temuduga kerja di sektor kerajaan tapi tak pernah berpeluang dapat. Hahaa 😌

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.