Khamis, 8 November 2018

Tips Memilih Warna Pakaian

Tips Memilih Warna Pakaian | Selalu sangat terjadi iron baju lain lepas tu nak pakai baju lain terutamanya masa bersiap nak pergi kerja. Itu yang kadangkala stress nak pergi kerja pun ada. Ialah dah bangun awal tapi bila masa nak bersiap tu. Lama ya amat! Lepas tu mulalah tekan pedal minyak selaju yang boleh 😔 dan inilah juga sebab kenapa malas sangat nak iron baju kerja berderet seminggu tu. Elok-elok je dah ada baju yang dah siap gosok seminggu terus tup-tup tiada mood nak pakai. Terasa macam malap je warna baju je 😪😪 macam terselit perasaan sedih pun ada juga. Jadi, nak tak nak terpaksalah iron baju lain. Korang pernah alami tak perasaan ini?? Perasaan macam tak best je pakai baju warna tu.


Blog ciktie
Foto : Google

Ada terbaca satu artikel ini, berkaitan pemilihan warna pakaian dalam kehidupan seharian kita. Rasanya semua orang memang dah tau warna ni memang memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Ia umpama mengambarkan apa yang ingin kita sampaikan. Ingin kita tonjolkan..umpama aura yang tersembunyi dalam diri kita. Tapii janganlah pula takut untuk mencuba pelbagai jenis warna pula. Tak semestinya warna pudar itu mengambarkan kehidupan kita seakan malap, lemah, tidak bermaya apatah lagi tiada serinya. Kadangkala pemilihan warna itu mengambarkan pemakainya tidak ingin menonjolkan siapa dirinya yang sebenar. 


Apapun jom ketahui maksud disebalik pemilihan 10 warna pakaian kita hari ini.


Merah 

  • Warna merah bererti ia mampu membangkitkan tenaga, aksi, suasana dan motivasi yang tinggi.
  • Warna ini sangat disarankan untuk dipakai ketika kita kurang suntikan tenaga. Jika kita rasa malas untuk bekerja, apa kata cubalah pakai baju warna merah. 
  • Selalunya warna merah ini juga digunakan untuk menyampaikan mesej mengenai keberanian, semangat dan kuasa. Jika korang berani bolehlah cuba pakai baju warna merah. 

Oren Atau Jingga 

  • Merupakan warna yang baik untuk menunjukkan komunikasi dengan orang lain. Warna ini menunjukkan sikap optimis. 
  • Warna oren ini juga menunjukkan kebahagiaan dan kehangatan bagi pemakainya. Warna oren juga membawa keinginan yang positif. Jika korang mahu ceria cubalah pakai baju warna oren. 

Hijau 
  • Warna hijau memberi makna tentang keseimbangan dalam tubuh. Saat kita berasa sibuk dengan deadline atau tarikh akhir pekerjaan, pakailah baju berwarna hijau untuk membuatkan koranf lebih bersemangat menyiapkan kerja.
  • Bagi wanita hamil pula, bolehlah memakai baju berwarna hijau kerana ia warna yang tenang dan paling santai dalam spektrum warna. Salah satu tip kehamilan menganjurkan wanita hamil mengenakan warna hijau untuk mendapatkan kesan menenangkan dalam tubuh. 

Blog ciktie
Foto : Google

Pink Atau Merah Jambu 
  • Warna ini mampu membuatkan orang yang sedang marah menjadi lebih tenang. Oleh itu, ketika korang mengakui kesalahan, pakailah baju warna pink atau merah jambu untuk membuatkan orang lain mudah memaafkan anda. 

Kuning 
  • Ketika anda sedang mahu memulakan presentation atau penyampaian kerja atau tugasan, anda disarankan untuk memilih pakaian berwarna kuning. Ini adalah kerana warna kuning itu menyimbolkan kebahagiaan dan keceriaan serta rasa bahagia bagi pemakainya. Dengan memakai baju kuning, penyampaian anda bakal disampaikan dengan lebih mudah.
Biru
  • Warna biru menunjukkan sikap kesetiaan dan kewibawaan. Ketika anda menghadiri temuduga, disarankan untuk memakai baju berwarna biru. Selain itu, warna biru juga mampu membuatkan anda lebih mudah untuk berunding dengan lebih baik. 
  • Ketika anda ditemuduga kerja, memakai baju warna biru sangat disarankan. Selain itu warna biru membuat kamu lebih mudah untuk bernegoisasi dengan orang lain.
Blog ciktie
Foto : Google


Putih

  • Ia melambangkan polos, suci lagi murni. Warna putih juga dikatakan dapat memberi keyakinan dan ketenangan buat si pemakainya. 
  • Warna suci ini sesuai dipakai ketika anda berziarah ke masjid atau majlis agama. Memakainya bukan sahaja sunnah bahkan menampakkan ciri orang yang tenang.

Kelabu

  • Warna kelabu melambangkan serius, matang dan kebolehpercayaan. Contoh terdekat yang boleh kita lihat adalah Mark Zuckerberg, pengasas Facebook yang memakai baju berwarna kelabu setiap hari untuk menampakkan kesungguhannya dalam meningkatkan nilai kepercayaan pengguna Facebook terhadap isu keselamatan maklumat peribadi.

Hitam
  • Warna hitam melambangkan keunggulan, kukuh dan canggih. 
  • Jika anda memakai baju warna hitam ini bermakna anda memilih warna klasik dan universal. Di suatu sudut, warna ini menggambarkan watak jahat dan murung. Kena pandai bermain warna apabila memilih baju hitam.

Ungu
  • Warna ungu melambangkan kebenaran, rohani, mewah, mendominasi, misteri, bijaksana, bermaruah dan berkualiti. Anda boleh memakai baju ungu jika mahu menyampaikan mesej pemikiran yang mendalam. 

Ok, sudah tahu dah bukan maksud disebalik pemilihan warna baju korang ni. Lepas ini jangan tersalah memilih pula ye 😀😀 

Sumber : mingguan wanita


5 ulasan

  1. As'kum cik tie, salam perkenalan...
    Tq share tip utk pilih warna pakaian ni, mmg kekdg dah tak tau nak pakai yg mana, ada baju yang warna nya terlalu suram yg membuatkan kita rasa tak semangat utk hari tu...

    BalasPadam
  2. Asalam singgah sini..tersenarai di laman blogger terkenal Mia.

    BalasPadam
  3. sha paling takyakin nak pakai kuning huhuhu

    BalasPadam
  4. Nice sharing ciktie. Nanti nak pakai baju kelabu la

    BalasPadam
  5. Bagus tips ni terima kasih cik tie

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.