Pakar perlumbaan juga menggunakan
WD-40® ! | Setiap motorsikal
memerlukan penjagaan dan penyelenggaraan yang tetap untuk memastikan ia
sentiasa berada dalam keadaan terbaik. Tidak
kira sama anda menunggang motorsikal setiap
hari atau bersama
kumpulan motorsikal setiap hujung
minggu, sudah pasti
anda boleh mengharapkan
tin biru kuning
WD-40® bagi memastikan perjalanan
anda berjalan lancar. Malah pelumba motorsikal profesional juga menggunakan WD-40®
ketika mempersiapkan motorsikal mereka dalam setiap kejohanan.
Terdapat beribu-ribu kegunaan Produk Pelbagai Guna WD-40® ini dan menyelenggara motosikal adalah salah satu antara kegunaannya yang popular. WD-40® amat berkesan dalam membersih dan melindungi bateri motosikal, serta memberi pelinciran lancar terhadap kabel dan padel motorsikal.
Bagi
mereka yang menggunakan
tin biru kuning
WD-40® pasti menyukai
produk ini kerana ia berupaya membersih, mengilat dan melindungi
pengisi krom, permukaan enjin
dan sprocket daripada terhakis. Ia juga
boleh digunakan untuk membuka kunci yang
terlalu ketat, atau sukar dibuka.
Adakah
anda tahu bahawa Produk Pelbagai Guna
WD-40® juga
dapat menghilangkan kelembapan daripada palam pencucuh? Formulasinya berfungsi dengan baik
walaupun semasa musim basah seperti banjir,
di mana motorsikal selalunya sukar untuk di hidupkan. oleh itu, hanya sembur produk Pelbagai Guna WD-40® dan biarkan
selama beberapa minit, dan selesai! Kelembapan akan dikeluarkan dan motorsikal dapat dihidupkan dengan
deruan yang vroom! Sebab itu, Pasukan
KMTR Asia, pasukan terkenal di Asia
yang mengecapi banyak kejayaan dalam
litar perlumbaan, turut menggunakan WD-40® untuk mempersiapkan motosikal mereka sebelum Kejuaraan FIM
Asia Supermoto (FIM
Asia Supermoto Championship).
Selain itu, pasukan KMTR juga menggunakan pelbagai
rangkaian produk WD-40® lain bagi mempersiapkan motosikal lumba
mereka supaya dalam keadaan terbaik; WD-40® ini juga berfungsi sebagai Pembersih
Bahagian dan Brek
untuk membersihkan bahagian-bahagian brek
daripada kotoran dan tanah yang terkumpul dari
perlumbaan, Penghapus Kotoran Minyak untuk memberikan
pembersihan yang pantas untuk kotoran dan lumpur
pada badan motorsikal;
Pelincir untuk memberikan pelinciran maksimum kepada
rantai motosikal.
Saksikan
perlumbaan seterusnya di Dataran Merdeka Kuala
Lumpur pada 2 Disember ini. Jika
anda berada di sekitar kawasan tersebut jangan lepaskan peluang menyaksikan sendiri bagaimana profesional melakukannya dan perhatikan perubahan yang dilakukan terhadap motosikal kesayangan mereka
berikutan semuanya menuju
ke arah perlumbaan akhir.
Untuk
maklumat lanjut mengenai Produk Pelbagai Guna WD-40®, boleh melayari https://wd40.asia/. Atau
layari Facebook FIM
Asia Supermoto untuk maklumat lanjut tentang
kejohanan
Produk yang diyakini semua!!!
BalasPadamSetiap rumah selalunya ada WD4o ni
BalasPadamSelalu tengok orang pakai WD40 ni, kita tak pernah cuba lagi..nanti nak riki harga la..
BalasPadamokay, yg ni kena share dgn my brothers. thanks!
BalasPadamMyra | The Grey Lines Between