Jumaat, 23 November 2018

Domino’s Pizza Dibuka Secara Rasmi di Kota Kinabalu

Domino’s Pizza Dibuka Secara Rasmi di Kota Kinabalu
Permulaan yang Kukuh untuk Menembusi Pasaran Sabah

Sejajar dengan komitmen untuk menambat selera danmemenuhi kehendak penggunanya, Domino’s Pizza kini menghidangkan dan membekalkan piza yang dibakar segar di Kota Kinabalu, Sabah. Pembukaannya di Sabah menandakan mercu jaya global bagi Domino’s Pizza dengan bilangan piza paling banyak dijual dalam sehari di Asia Tenggara. Domino’s Pizza Malaysia ialah pasaran ke-15 terbesar di dunia dan juga ke-5 terbesar di Asia Pasifik.

Pembukaan gilang-gemilang ini dirasmikan oleh Steve Pizziol, Naib Presiden, Antarabangsa, Rantau Asia Pasifik, Domino’s Pizza International bersama Dato’ George Ting, Pengerusi Eksekutif, Domino’s Pizza Malaysia & Singapuradan Ba U Shan-Ting, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Domino’s Pizza Malaysia & Singapura. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan daripada Domino’s Pizza International dan pihak pengurusan kanan Domino’s Pizza Malaysia.

Ciktie

Blog ciktie

Cawangan baharu ini yang terletak di Riverson, Kota Kinabalu menandakan pembukaan cawangan ketiga di Sabah berikutan pembukaan dua cawangan terdahulu di Bundusan dan Inanam. Pembukaan Domino’s Pizza yang dinanti-nantikan di Sabah amat dialu-alukan dan mendapat sambutan luar biasa daripada para peminatnya.

Ba U Shan Ting, CEO Domino’s Pizza Malaysia &Singapura berkata, “Kami benar-benar terharu dengan sokongan yang ditunjukkan oleh para peminat kami di sini. Kami dapat merasakan sambutan hebat penduduk Sabah terutamanya dengan hari pembukaan kami yang telah memecah rekod. Cawangan pertama mencatatkan rekod jualan tertinggi minggu pertama pembukaan di Asia Pasifik tahun ini. Selain itu, kami juga memecahkan rekod Malaysia untuk pembukaan minggu terbaik dalam tempoh 20 tahun! Segala usaha gigih untuk menceburi pasaran baharu ternyata membuahkan hasil dengan sambutan luar biasa daripada pelanggan kami."

Ciktiedotcom

“Pembukaan kami di Sabah bukan sahaja menandakan kemasukan kami ke pasaran di sini tetapi juga mencerminkan janji kami ‘It’s All About You’, iaitu pelanggan kami. Kami sentiasa memberi tumpuan terhadap Sabah dan para peminat kami menunjukkan bahawa mereka sudah bersedia untuk menerima kami di sini.  Sebelum pembukaan ini, kami telah membuat pelaburan besar sebanyak lebih daripada RM4 juta untuk menjalankan analisis pasaran, pembangunan infrastruktur, bakat dan teknologi untuk memastikan persiapan dan operasi lancar untuk menyediakan perkhidmatan dan produk berkualiti di Sabah. Berkat sokongan pelanggan kami di sini, kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Domino’s Pizza akan membuka dua lagi cawangan di Sabah menjelang akhir tahun dan berharap akan menembusi pasaran di Sarawak dalam tempoh dua tahun akan datang. Ini adalah sejajar dengan sasaran kami untuk membuka 300 cawangan menjelang 2020.”


Domino’s Pizza Malaysia telah berkembang maju sejak memulakan operasinya di Malaysia lebih 20 tahun lepas. Dengan pembukaan cawangan terkininya, Domino’s Pizza boleh didapati di seluruh negara dengan 227 cawangan dan jumlahnya semakin bertambah.

Ciktie

Dalam ucapannya, Steve Pizziol, Naib Presiden, Antarabangsa, Rantau Asia Pasifik, Domino’s Pizza International berkata, “Malaysia ialah pasaran yang menarik dan pesat berkembangdan langkah membuka Domino’s Pizza baharu di Sabah adalah sejajar dengan rancangan pengembangan global kami. Tahniah kepada pasukan Domino’s Pizza Malaysia kerana mengekalkan momentum untuk terus mengembangkan pasaran. Ini membuktikan keupayaan pasukan ini membangunkan jenama antarabangsa seiring dengan kefahaman mendalam mengenai pasaran tempatan.”

Kejayaan Domino’s Pizza’s di Malaysia dipacu oleh komitmen untuk memberikan nilai dan perkhidmatan hebat kepada pelanggan sambil menambah baik kehidupan pelanggan, kakitangan dan komuniti. Dengan memanfaatkan inovasi dan teknologi, Domino’s berusaha meningkatkan pengalaman pelanggan Domino’s menerusi perkhidmatan pelanggan terkhusus dan pelbagai usaha baharu yang diperkenalkan termasuk janji jenama yang baharu, It’s All About You.

Sempena dengan pembukaan cawangan Domino’s Pizza di Kota Kinabalu dan dalam menjiwai maksud It’s All About You, satu kerjasama dengan MASWings telah dimeterai untuk menghidangkan Domino’s di dalam penerbangan buat julung kalinya dan juga membekalkan piza ke bandar-bandar pedalaman di Sabah. Sebelum pembukaan rasmi, Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Rumah Al Yakin di Sandakan adalah antara yang telah mencuba Domino’s Pizza buat kali pertama. Penerbangan MASWings Domino’s, yang menggunakan logo dan penjenamaan Domino’s diatur khas untuk membawa piza dari Kota Kinabalu ke Sandakan. Di Sandakan, piza ini kemudiannya dihantar secara khusus untuk dinikmati oleh kanak-kanak pusat tersebut!

Ciktie

Mengenai Domino’s Pizza

Dengan penghantaran lebih 1 juta piza sehari di seluruh dunia, Domino’s merupakan syarikat penghantaran piza paling pantas berkembang dan terkenal di dunia dengan komitmen untuk mempelopori industri dari segi kualiti produk dan kecemerlangan operasi. Domino’s Pizza, Inc. mengendalikan rangkaian global 14,000 cawangan miliknya dan francais di seluruh Amerika Syarikat dan lebih 85 pasaran. Di peringkat antarabangsa, Domino’s disenaraikan dalam kumpulan lima syarikat teratas dari segi transaksi dalam talian.

Setakat Suku 2, 2017, Domino’s Pizza Malaysia ialah pasaran Domino’s yang mencapai pertumbuhan paling pesat di Asia Tenggara dan kelima di Asia Pasifik. Ditubuhkan pada 1997, Domino’s Malaysia diuruskan oleh pemegang francais utama, Dommal Food Services Sdn Bhd. Sehingga ini, terdapat 226 cawangan Domino’s Pizza di negara ini.

Di Domino’s Pizza, kami BERBANGGA dengan komitmen kami untuk memperkaya kehidupan pelanggan kami, kakitangan kami, rakan niaga kami, pemegang saham kami dan juga masyarakat. Sebagai salah satu jenama paling digemari di Malaysia, kami akan melakukan lebih lagi untuk mengukir senyuman di wajah anda dan juga menegakkan budaya kami untuk ‘menjual lebih piza, mencetus lebih keseronokan’. Selaras dengan falsafah syarikat kami untuk berusaha secara bijak, Domino’s komited untuk memberikan pengalaman penghantaran piza yang tiada tandingan kepada pelanggan, dengan jaminan kepuasan produknya, jaminan penghantaran dalam masa 30 minit dan jaminan pesanan bawa pulang dalam masa 15 minit.

Melangkah maju sebagai syarikat e-dagang, Domino’s Pizza telah mencipta banyak pencapaian pertama dalam platform digital. Domino’s Pizza Malaysia telah menggunakan dunia digital dengan sebaik mungkin dan ini bermula apabila diiktiraf sebagai syarikat QSR pertama yang menyediakan platform pesanan dalam talian oleh Buku Rekod Malaysia dengan pelancaran laman webnya pada 2003. Sejak itu, platform pesanan dalam taliannya telah diperluas dan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pengguna.

Domino’s Pizza Malaysia merupakan pemenang Anugerah Gold Franny 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2016, iaitu Anugerah Pencapaian yang disanjung tinggi daripada Persatuan Francais Antarabangsa di Perhimpunan Sedunia Domino’s Pizza. Berbekalkan keyakinan yang ditunjukkan oleh pengguna Malaysia, Domino’s Pizza telah memenangi Anugerah Gangsa dalam kategori “Restoran & Makanan Segera” di Anugerah Jenama Putra 2014, Perak pada 2015, Gangsa pada 2016, Perak pada 2017 dan Gangsa pada 2018.






1 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.