Daya Tarikan Baru Domino's Pizza Dengan Piza Daging Carik Terbaharu ! Alami Pengalaman berpizza bertaraf 5 bintang |

November 16, 2018
Daya Tarikan Baru Domino's Pizza Dengan Piza Daging Carik Terbaharu ! Alami Pengalaman  berpizza bertaraf 5 bintang | Seiring dengan menunaikan janjinya untuk menawarkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti, serta nilai tinggi dan kemudahan kepada pelanggan, Domino’s Pizza memperkenalkan tambahan terbaharu kepada menunya dengan rangkaian piza ‘Pulled-Meat’. Diilhamkan oleh cita rasa barat yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia apabila menjamu selera dan merayakan detik-detik istimewa, piza ‘daging carik’ menawarkan cara paling menarik untuk menikmati kelazatan sajian makanan barat. 

Majlis pelancaran Piza ‘Pulled-Meat’ terbaharu Domino’s telah ditaja dan dianjurkan oleh Evolve Concept Mall yang terletak di Ara Damansara.

Blog ciktie

Selaras dengan usaha untuk menghidangkan hanya yang terbaik kepada pelanggan, daging lembu terbaik dan berkualiti tinggi dari Australia dengan ciri-ciri yang menepati piawaian Domino’s telah dipilih sebagai focus utama piza baharu ini. Piza ‘Pulled-Beef’ baharu menggunakan daging dada lembut diselaputi sos Chipotle yang lazat, digandingkan dengan lada benggala dan cili merah untuk memberikan rasa manis dan pedas yang pasti menambat selera anda. Rahsia kelembutan daging ialah prosedur memasak selama lima jam. Penyediaan bahan bermula dengan proses memerap daging untuk meresapkan perasa ke dalam pori-pori daging, diikuti oleh proses ‘menggaul’ untuk ‘mengurut’ daging selama 15 minit. Daging kemudian dipanggang secara perlahan-lahan dalam ketuhar sekurang-kurangnya untuk lima jam sehingga daging berderai, sedia untuk disiat-siat atau ‘dicarik’.  

Rangkaian produk terbaharu ini juga membawakan Piza ‘Pulled-Chicken’ baharu dibuat daripada daging dada ayam disiat-siat, digandingkan dengan sos Chipotle, tomato ceri dan gegelang nanas berkaramel untuk memberikan kombinasi rasa manis dan perisa yang seimbang. Disesuaikan dengan cita rasa barat, Golden Chicken Tenders baharu melengkapkan rangkaian piza. Isi ayam yang lembut terlebih dahulu diperap, disalut tepung dan kemudian dibakar dalam ketuhar (tidak pernah digoreng) hingga sempurna supaya setiap gigitan terasa rangup di luar tetapi lembut di dalam. Ia dihidangkan dengan Zesty Coleslaw baharu dibuat daripada campuran kubis ungu dan putih, lobak merah manis dengan kuah limau masam, ditaburi biji bijan hitam pedas.

Blog ciktie

Dalam ucapan di majlis pelancaran produk terbaharu Domino’s, Shamsul Amree, Timbalan Presiden, Operasi, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, berkata, “Dalam usaha menunaikan tuntutan pengguna kami yang sentiasa berubah, kami berusaha untuk melakukan segala-galanya untuk memberikan tawaran terbaik dalam industri. Misi kami adalah untuk mencipta nilai menerusi segala titik hubungan pelanggan. Kami melakukan segala-segalanya dengan sedaya upaya kami, dari segi menawarkan pelbagai produk dalam menu kami mahupun menyediakan hiasan dalaman yang kontemporari dan menambah baik perkhidmatan kami. Kami tetap fokus pada empat tunggak jenama kami, iaitu kehebatan produk, kehebatan perkhidmatan, kehebatan nilai dan kehebatan kemudahan. Ini termaktub dalam janji jenama kami. Oleh itu, Domino’s sentiasa berusaha untuk menambah baik pengalaman pelanggan menerusi setiap tunggak jenama di pelbagai titik hubungan pelanggan.”

“Sungguhpun kami beroperasi dalam industri Restoran Perkhidmatan Segera (QSR), ia tidak menghalang kami daripada menyediakan produk bermutu tinggi yang biasanya dihidangkan di restoran berkualiti tinggi. Kami bersungguh-sungguh dalam segala yang kami lakukan. Kerana itu, kami telah berusaha dan menghabiskan banyak masa untuk menjadikan ini satu realiti. Menu kami kini menawarkan lebih banyak pilihan daripada sebelumnya tetapi tetap mengambil kira kemampuan pelanggan. Kami bukan sahaja menawarkan lebih banyak pilihan tetapi juga menawarkan produk bermutu tinggi yang diperbuat daripada bahan bermutu tinggi untuk dinikmati oleh pelanggan bersama mereka yang tersayang. Kami sentiasa mendampingi dan mendengar kemahuan pelanggan dan kami faham bahawa mereka mahukan bahan yang berkualiti. Pelancaran ini benar-benar mencerminkan janji baharu jenama kami ‘It’s All About You’ – untuk sentiasa menunjukkan kepada pelanggan bahawa kami menghargai mereka,” tambahnya. 

Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, berkata, “Pelancaran pada hari ini menjadikan Domino’s Pizza sebagai QSR pertama di Malaysia yang menawarkan sajian daging carik dalam menu. Menawarkan produk baharu dalam menu nampak mudah, tetapi produk ini diilhamkan secara khusus dengan teliti untuk memastikan ia memberi pengalaman 5 bintang kepada pelanggan. Daging diperap dan dimasak perlahan-lahan selama berjam-jam untuk memastikan daging lembut, menyelerakan dan lazat untuk disajikan di atas piza. Kami berbangga menawarkan piza bermutu paling tinggi dengan penyediaan terperinci untuk meningkatkan pengalaman pelanggan kami.”

“Tiada yang dapat menyatukan keluarga dan kawan-kawan untuk menyambut perayaan selain daripada sajian makanan lazat di atas meja. Dengan Domino’s Pizza, setiap saat menjanjikan keceriaan dan keseronokan. Menjelang musim perayaan hujung tahun, kami dengan sukacitanya menawarkan bukan sahaja pilihan yang lazat tetapi lebih penting lagi, produk istimewa bermutu tinggi yang diperbuat daripada bahan dan ramuan berkualiti untuk dinikmati oleh pelanggan bersama keluarga tersayang. Pelanggan kami ialah sumber inspirasi kami. Kami sedar bahawa daging tarik yang empuk, lembut dan berair bukan murah dan tidak mudah didapati di pasaran. Oleh itu, sepanjang enam bulan proses pembangunan produk ini, kami berusaha gigih untuk memastikan kelazatan rasa dan juga ketepatan teksturnya supaya kami dapat menghidangkan piza paling lazat kepada pelanggan, kerana kami melakukan segala-galanya untuk mereka. Produk terbaharu ini benar-benar memperlihatkan komitmen kami dan janji baharu jenama It’s All About You,” jelasnya. 

Untuk memperlihatkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pelanggan yang sentiasa diutamakan, video baharu jenama ‘Its All About You’ telah juga dipertontonkan di majlis pelancaran pada hari ini. 

Untuk mendapatkan lebih nilai, pelanggan boleh memilih Wild West Buddy Combo dengan mana-mana piza Pulled-Meat baharu pada harga hanya RM41.90 dan Wild West Super Combo pada harga hanya RM61.90. Di samping itu, pelanggan boleh menambah RM12.75 atau secara  ala-carte RM13.70 untuk menikmati Golden Chicken Tenders baharu. Pelanggan boleh memilih tambahan RM6.50 untuk Zesty Coleslaw saiz Besar atau RM2.90 untuk Zesty Coleslaw saiz kecil yang juga boleh didapati dalam menu ala-carte, masing-masing pada harga hanya RM 7.90 dan RM3.90. 

Piza Pulled-Meat dan Golden Chicken serba baharu boleh didapati di restoran Domino’s Pizza di Malaysia Barat mulai 5 November 2018. Pelanggan boleh mengunjungi restoran Domino’s, membuat pesanan dalam talian di http://www.dominos.com.my/, atau menghubungi 1300-888-333 untuk membuat pesanan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk cita rasa barat baharu Domino’s Pizza Malaysia dan juga promosi semasa, sila ke http://www.dominos.com.my/.

Mengenai Domino’s Pizza 
Dengan penghantaran lebih 1 juta piza sehari di seluruh dunia, Domino’s merupakan syarikat penghantaran piza paling pantas berkembang dan terkenal di dunia dengan komitmen untuk mempelopori industri dari segi kualiti produk dan kecemerlangan operasi. Domino’s Pizza, Inc. mengendalikan rangkaian global 14,000 cawangan miliknya dan francais di seluruh Amerika Syarikat dan lebih 85 pasaran. Di peringkat antarabangsa, Domino’s disenaraikan dalam kumpulan lima syarikat teratas dari segi transaksi dalam talian.

Domino’s Pizza Malaysia adalah pasaran Domino’s yang mencapai pertumbuhan paling pesat di Asia Tenggara dan kelima di Asia Pasifik. Ditubuhkan pada 1997, Domino’s Malaysia diuruskan oleh pemegang francais utama, Dommal Food Services Sdn Bhd. Sehingga ini, terdapat 226 cawangan Domino’s Pizza di negara ini.
Di Domino’s Pizza, kami BERBANGGA dengan komitmen kami untuk memperkaya kehidupan pelanggan kami, kakitangan kami, rakan niaga kami, pemegang saham kami dan juga masyarakat. Sebagai salah satu jenama paling digemari di Malaysia, kami akan melakukan lebih lagi untuk mengukir senyuman di wajah anda dan juga menegakkan budaya kami untuk ‘menjual lebih piza, mencetus lebih keseronokan’. Selaras dengan falsafah syarikat kami untuk berusaha secara bijak, Domino’s komited untuk memberikan pengalaman penghantaran piza yang tiada tandingan kepada pelanggan, dengan jaminan kepuasan produknya, jaminan penghantaran dalam masa 30 minit dan jaminan pesanan bawa pulang dalam masa 15 minit. 

Melangkah maju sebagai syarikat e-dagang, Domino’s Pizza telah mencipta banyak pencapaian pertama dalam platform digital. Domino’s Pizza Malaysia telah menggunakan dunia digital dengan sebaik mungkin dan ini bermula apabila diiktiraf sebagai syarikat QSR pertama yang menyediakan platform pesanan dalam talian oleh Buku Rekod Malaysia dengan pelancaran laman webnya pada 2003. Sejak itu, platform pesanan dalam taliannya telah diperluas dan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pengguna. 

Domino’s Pizza Malaysia merupakan pemenang Anugerah Gold Franny 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2016, iaitu Anugerah Pencapaian yang disanjung tinggi daripada Persatuan Francais Antarabangsa di Perhimpunan Sedunia Domino’s Pizza. Berbekalkan keyakinan yang ditunjukkan oleh pengguna Malaysia, Domino’s Pizza telah memenangi Anugerah Gangsa dalam kategori “Restoran & Makanan Segera” di Anugerah Jenama Putra 2014, Perak pada 2015, Gangsa pada 2016, Perak pada 2017 dan Gangsa pada 2018.

Pelanggan boleh menghubungi Domino’s melalui telefon 1-300-888-333 atau kunjungi laman webnya di www.dominos.com.my untuk membuat pesanan mereka. Untuk maklumat terkini, sila ikuti laman Facebook Domino’s Pizza Malaysia di https://www.facebook.com/DominosMY/ atau Instagram di https://www.instagram.com/dominosmy/
                                                                       

Share this :

Previous
Next Post »

3 ulasan

  1. nampak iklan pizza sero nak pergi makan pizza la

    BalasPadam
  2. k.fiezz & asben pun feveret domino's pizza ni...order pizza je, mesti pilih domino's...

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com