Bila Yang Dirancang Tidak Menjadi

November 08, 2018
Bila Yang Dirancang Tidak Menjadi | Alahaii baru semalam terbaca post seseorang dekat FB tup-tup hari ini ianya terjadi dekat kita pula. Stress pula rasanya ini, kononnya tengahari tadi snap lah gambar lukisan dinding dekat satu lorong dalam bandar kota Bharu tu. Sebab ia lawa naklah tampal dekat sini sebagai kenang-kenangan tapii sekali gambar yang kita snap banyak-banyak tu takde. Yang ada sikit je..tak ke stress dibuatnya !! Itupun dah keluar sampai ke mana tah baru sibuk nak tengok balik semua gambar-gambar tu.

Apapun nak juga share lukisan dinding bertemakan penderitaan rakyat Palestin yang diabadikan dekat salah satu lorong belakang Bangunan Syarikat Jaffar Rawas itu. Nanti kalau kebetulan kita ke sana lagi kita update semula gambar-gambarnya ini ye. Dan kalau korang nak tahu, sepanjang sekitar jalan area kawasan depan bangunan Syarikat Jaffar Rawas ini cukup meriah kalau setiap Pagi Jumaat tau. Ia kira macam pasar pagilah, ada banyak barang yang dijual dekat situ macam telekung, anak tudung, tudung, songkok, baju, buku. Apa lagi ye?? banyak lagi la tapi kebanyakan barang yang ciktie nak cari kalau tiada dekat tempat lain mesti mai cari dekat situ. Dan pagi tu juga ada tazkirah pagi ataupun dekat sini kitorang panggil 'ada orang mengajar'.

Blog ciktie

Blog ciktie

Amacam?? Kreatif bukan. Bagi ciktie tema lukisannya ini lain daripada yang lain. Rasanya tiada dekat tempat lain kot. Akibat daripada peperangan yang melanda banyak nyawa yang terkorban. Dengan kerosakan harta bendanya lagi. Anak-anak kecil hilang tempat bergantung, tempat berteduh. Kesusahan dan penderitaan itu turut terasa. Semoga mereka semua diberi kekuatan dan ketabahan, aamiin. Dan kita, marilah sama-sama berdoa untuk mereka.

Blog ciktie

Blog ciktie

Blog ciktie

Blog ciktie


Blog ciktie

Blog ciktie

Blog ciktie


Share this :

Previous
Next Post »

7 ulasan

  1. Dulu g sokmo dengae ceramah beli barang masa tu xde lagi gambar dinding tu

    BalasPadam
  2. Subhanallah cantiknya lukisan2 tu. Memang temanya lain dari yang lain. Boleh menginsafkan kita yang melihatnya.

    BalasPadam
  3. cantik gambar2 tu..unikkk sangat... lain dari yang lain...cam kat penang & johor tuu...

    BalasPadam
  4. lama doh x gi jaafar rawas tu. nanti la bila free nak ke sana gak.

    BalasPadam
  5. wowww nice entry lawa2 gambar dia ek...
    sy yg kat penang art street pun xjumpa2 lg.asyik sesat je ni kan plak kat KB .
    done following ur blog sis ...jemput singgah my blog ya.... salam perkenalan...

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com