Sinopsis Novel Date Me ... for ten times

November 29, 2018 4 Comments
Sinopsis Novel Date Me ... for ten times
Date Me ... for ten times | karya Azura Rasiddin dan terbitan Penulisan2u. Sebenarnya ini dah kali ke-2 ciktie baca novel 652 mukasurat ni. Kali pertama masa mula-mula beli awal tahun lepas dan ini kali pulalah.

Bila dah mula membaca dengan sendirinya tak boleh nak berhenti dah. Bila berhenti terasa macam ia memanggil-manggil je. Tak sabar nak tahu apa kesudahannya.


Sinopsis Date Me

Mengisahkan seorang penulis novel Thriller, ED (Red) yang ingin merebut kembali haknya yang telah diambil oleh kawan baik arwah bapanya merangkak rakan kongsi, Encik Khairul. Encik Khairul mempunyai 2 orang anak, Kaysa Adara dan Khalil Asyraf.

Pertemuan secara tidak sengajanya dengan Kaysa Adara telah menyebabkan Kaysa terasa sesuatu dalam dirinya dan dia mengharapkan akan ada pertemuan yang seterusnya. Menyedari keadaan itu, Ed telah mengambil kesempatan menggunakan Kaysa untuk mencapai matlamatnya. 10 kali date !! Itulah permintaan ED kepada Kaysa sebelum menjalinkan hubungan walaupun mempunyai perasaan bersalah dan ragu-ragu apatah lagi dia tidak mempunyai perasaan sayang ataupun cinta.

Kaysa dilayan sebaiknya. Dia berusaha untuk tidak melukakan hati Kaysa walaupun dia tahu apa yang dilakukannya adalah kejam. Tanpa sedar dia telah terpaut dengan sikap manja dan bersahaja Kaysa. Hatinya yang selama ini dingin dan beku mula dipenuhi bahagia. Dihimpit rasa bersalah dengan rancangannya sendiri, dia memutuskan untuk melepaskan Kaysa dengan membongkar sendiri rahsianya.

Best novel ni.. kadang-kadang apa yang kita lihat di depan mata bukan sepertinya itu. Jauh panggang dari api. Sebab itulah juga kita digalakkan untuk bertanya kan ✌️✌️


Jualan Gudang Buku Karangkraf | Harga Serendah Rm1

November 26, 2018 9 Comments
Jualan Gudang Buku Karangkraf | Harga Serendah Rm1
Jualan Gudang Buku Karangkraf : Harga Serendah Rm1 | Sebelun ini tak pernah lagi join jualan gudang buku Karangkraf ataupun pesta buku dekat Kota Bharu ni. Kalau dekat Kuala Lumpur dulu tu adalah juga sekali dua join. Ini kira firstime join yang diadakan dekat sini. Hari tu ada juga terbaca pasal Jualan Buku juga rasanya dekat Padang Tembak sini ni tapi tah nape tak tergerak hati pula nak sama-sama pergi. Ini kira penutup tahun 2018 tergerak hati pula nak turut sama ke KB Mall.

Ciktie

Ciktie

Itupun pergi sana hari terakhir dah !  Ia  bermula pada hari Khamis, 22 November lagi. Dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam. Walaupun hari terakhir tapi masih ada banyak lagi buku-buku dan majalah dekat sana. Cuma yang mur..mur tu dah tak banyaklah. Kebetulan pula semalam memang kita dah cuti dan warga Kelantan pula kerja. Kira ok sangatlah tiadalah terpaksa bersesak-sesak sangat. Jalan pun ok, parking pun mudah. Orang pun tak adalah ramai sangat cuma lepas asar tu macam dah mula ramai orang. 

Ciktie


Masa sampai semalam tu, novel pun masih banyak lagi. Pilihan pun masih banyak. Siap diorang tambah stok lagi. Ada yang diskaun sehingga 25%, 40%, ada juga yang 4 buah rm20 ! Buku pembelajaran, Al-Quran, majalah, buku resepi dan banyak lagilah. Tapi Al-Quran tu best..ada satu tu yang jenis 1 buku 1 juzud. Harganya tak disilap rm50 je lepas diskaun. Memang berkenan tapi sebab dah ada. Tak bolehlah dua tiga..



Tertarik juga nak rempat dua tiga buah buku novel edisi seram tu terutamanya Topeng Berdarah tapi tak sempat nak rempat pun. Sempat rembat buku yang ini je. Itupun sebab baru teringat buku sepupu hari tu tak pulangkan lagi. Entah tersalah letak kat mana dah !!


Yang ini anak buah punya !!

Diantara novel cinta dengan seram ala-ala misteri, mistik !  Sebenarnya ciktie lebih sukakan cerita yang ala-ala misteri sikit camtu. Eehh sikit ke camtu?? hehee. Ia membuatkan kita tertanya-tanya kenapa dan apa yang berlaku seterusnya. Novel cinta pun sama je sebenarnya cuma hmm biasalah jalan ceritanya macam lebih kurang je. Kalau best sikit esok lusa ia diadaptasi ke kaca televisyen. Jadinya macam lebih kurang je. Tapii ini tak bererti ciktie tak suka ! Ada je novel yang ciktie cari selepas tengok drama yang diadaptasi dari novel ataupun tak sempat nak tengok drama tu. Dan ada juga novel yang telah diadaptasi yang menjadi koleksi ciktie. Dari situ kita juga kita boleh buat perbandingan antara novel dan drama mana lagi best. 



Ok, cukuplah dulu buat kali ini. Inipun dah melalut ke mana dah. Hingga jumpa korang..



Keputusan UPSR 29 November Ini

November 25, 2018 6 Comments
Keputusan UPSR 29 November Ini
Keputusan UPSR 29 November Ini | Macam sekejap je rasanya masa berlalu. Sekarang ini pun dah cuti sekolah. Mana-mana jalan dalam bandar Kota Bharu ini pun dah mula sesak. Para ibu pun ada yang dah mula membuat persiapan persekolahan untuk sesi persekolahan yang akan datang. Masing-masing pun tak mahu membuat persiapan di saat-saat akhir. 

Keputusan UPSR pun bakal diumumkan tak lama lagi. Tinggal lagi beberapa hari je. Apapun ciktie percaya setiap dari adik-adik kita telah pun berusaha sepenuhnya memberikan yang terbaik.  Macamanapun keputusan yang bakal keluar nanti semoga adik-adik kita dan juga ibubapa serta penjaganya itu dapat menerimanya.




Keputusan ini boleh diketahui mulai pukul 10.00 pagi - 29 November 2018 nanti di sekolah masing-masing. Bagi pelajar yang tidak dapat mengambilnya sendiri nanti jangan risau sebabnya waris anda dibenarkan untuk mengambilnya nanti.

Ibubapa dan penjaga juga boleh membuat semakan keputusan UPSR melalui mySMS ke nombor 15888. Perkhidmatan ini akan dibuka / diaktifkan pada 29 November 2018 (10.00 pagi) sehingga 08 Disember 2018 (6.00 petang). Lama tu ianya dibuka tu. Semakan keputusan UPSR dan PASR (Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah) ini juga boleh dibuat melalui portal  lembaga peperiksaan iaitu di lp.moe.gov.my

Cara membuat semakan melalui mySMS

Taip UPSR >jarak< ANGKA GILIRAN dan hantar ke 15888

Contoh :-
UPSR DA09912457 hantar ke 15888





Unboxing Birthday Gift By Althea Korea

November 24, 2018 8 Comments
Unboxing Birthday Gift By Althea Korea
Unboxing Birthday Gift By Althea Korea | O..o.. baru berkesempatan untuk unboxing box sempena my birthday ! I'm so sorry sepatutnya entri ini dah diterbitkan lama dah tapi disebabkan ada masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan terbawa sampai bulan November pula.

Terima kasih Altheakorea sebab hadiah ciktie point kredit sempena ulangtahun kelahiran ciktie tahun ini. I'm so happy nak-nak dapat pilih sendiri hadiah itu. Macam yang pernah ciktie bagitau dekat  >> Sini <<, setiap orang yang terpilih sebagai salah seorang Althea Angel akan mendapat kredit point sebanyak 400 sebagai hadiah sempena ulangtahun kelahirannya. Dan point tersebut akan didebitkan ke akaun althea masing-masing mengikut bulan kelahiran.

Dapat 400 point !! Memang rambang mata tidak tahu nak pilih produk yang mana satu sebabnya semua dekat Althea tu semua menarik.. kalau boleh semua ciktie nak hehe #tamaklahpula tapi dalam banyak-banyak itu sebenarnya ciktie teringin nak dapatkan 1 produk ini tapi kebetulan masa itu tiada stok. Nak buat macamana bukan rezeki ciktielah masa itu tapi nanti ciktie akan cuba untuk dapatkannya juga.

ciktie

ciktie

Amacam banyak tak? Inilah antara produk yang ciktie dah pilih sebagai hadiah ulangtahun kelahiran ciktie sendiri dari Althea Korea. Jauh ia datang..dapatlah juga dalam 2 box parcel super cute ni. Dan korang yang masih lagi tercari-cari barang apakah yang ingin dijadikan hadiah sempena ulangtahun ataupun apa-apa event untuk sendiri ataupun orang lain bolehlah layari website AltheaKorea untuk dapatkan produk skincare ataupun barangan makeup. Dari segi harga memang  tak perlu risau, memang berpatutan punya dan untuk penghantarannya memang cepat walaupun ia berada jauh nun di Korea. Don't worry ok. 

Ini antara senarai barang yang telah menjadi pilihan ciktie sempena ulangtahun baru-baru ini. Inipun rasa macam ada yang tertinggal je ^;^ 
✓Shy Smile Blusher Pearl (Abbamart)_Rose Gold
✓Wonder Shihy Body Scrub (200g)

Ciktie

✓Oatmeal Therapy Cleansing Tissue (Calmia)
✓Perfume In Hand Cream (Calmia)_Secret Pure
✓Colour My Brows (4.5g)_01. Rich Brown
✓Sunprise Must Daily SPF 50+/PA+++ (50g)
✓Super Volcanic Pore Cleansing Set
✓Delight Tony Tint (Tonymoly)_02
✓Super Volcanic Pore Clay Mask 2x_Innisfree
✓W.Lab Blackhead kill pore cleaner 30ml
✓pure vitamin c serum (Purito)
✓Prreti Perfect Cleansing Tissue
✓Nella Black & Black Pore Cleansing Set
✓nature republic shampoo argan (argan essential deep care shamppo) 
✓ natural republic hair pack
✓Wangskin White Flower Mask Pack

Tunggu tau, lapang sikit nanti ciktie review satu persatu ianya ini. Cuma untuk sementara ini, jom cuci-cuci mata dulu di https://my.althea.kr/ jom 😍😍



Domino’s Pizza Dibuka Secara Rasmi di Kota Kinabalu

November 23, 2018 1 Comment
Domino’s Pizza Dibuka Secara Rasmi di Kota Kinabalu
Domino’s Pizza Dibuka Secara Rasmi di Kota Kinabalu
Permulaan yang Kukuh untuk Menembusi Pasaran Sabah

Sejajar dengan komitmen untuk menambat selera danmemenuhi kehendak penggunanya, Domino’s Pizza kini menghidangkan dan membekalkan piza yang dibakar segar di Kota Kinabalu, Sabah. Pembukaannya di Sabah menandakan mercu jaya global bagi Domino’s Pizza dengan bilangan piza paling banyak dijual dalam sehari di Asia Tenggara. Domino’s Pizza Malaysia ialah pasaran ke-15 terbesar di dunia dan juga ke-5 terbesar di Asia Pasifik.

Pembukaan gilang-gemilang ini dirasmikan oleh Steve Pizziol, Naib Presiden, Antarabangsa, Rantau Asia Pasifik, Domino’s Pizza International bersama Dato’ George Ting, Pengerusi Eksekutif, Domino’s Pizza Malaysia & Singapuradan Ba U Shan-Ting, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Domino’s Pizza Malaysia & Singapura. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan daripada Domino’s Pizza International dan pihak pengurusan kanan Domino’s Pizza Malaysia.

Ciktie

Blog ciktie

Cawangan baharu ini yang terletak di Riverson, Kota Kinabalu menandakan pembukaan cawangan ketiga di Sabah berikutan pembukaan dua cawangan terdahulu di Bundusan dan Inanam. Pembukaan Domino’s Pizza yang dinanti-nantikan di Sabah amat dialu-alukan dan mendapat sambutan luar biasa daripada para peminatnya.

Ba U Shan Ting, CEO Domino’s Pizza Malaysia &Singapura berkata, “Kami benar-benar terharu dengan sokongan yang ditunjukkan oleh para peminat kami di sini. Kami dapat merasakan sambutan hebat penduduk Sabah terutamanya dengan hari pembukaan kami yang telah memecah rekod. Cawangan pertama mencatatkan rekod jualan tertinggi minggu pertama pembukaan di Asia Pasifik tahun ini. Selain itu, kami juga memecahkan rekod Malaysia untuk pembukaan minggu terbaik dalam tempoh 20 tahun! Segala usaha gigih untuk menceburi pasaran baharu ternyata membuahkan hasil dengan sambutan luar biasa daripada pelanggan kami."

Ciktiedotcom

“Pembukaan kami di Sabah bukan sahaja menandakan kemasukan kami ke pasaran di sini tetapi juga mencerminkan janji kami ‘It’s All About You’, iaitu pelanggan kami. Kami sentiasa memberi tumpuan terhadap Sabah dan para peminat kami menunjukkan bahawa mereka sudah bersedia untuk menerima kami di sini.  Sebelum pembukaan ini, kami telah membuat pelaburan besar sebanyak lebih daripada RM4 juta untuk menjalankan analisis pasaran, pembangunan infrastruktur, bakat dan teknologi untuk memastikan persiapan dan operasi lancar untuk menyediakan perkhidmatan dan produk berkualiti di Sabah. Berkat sokongan pelanggan kami di sini, kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Domino’s Pizza akan membuka dua lagi cawangan di Sabah menjelang akhir tahun dan berharap akan menembusi pasaran di Sarawak dalam tempoh dua tahun akan datang. Ini adalah sejajar dengan sasaran kami untuk membuka 300 cawangan menjelang 2020.”


Domino’s Pizza Malaysia telah berkembang maju sejak memulakan operasinya di Malaysia lebih 20 tahun lepas. Dengan pembukaan cawangan terkininya, Domino’s Pizza boleh didapati di seluruh negara dengan 227 cawangan dan jumlahnya semakin bertambah.

Ciktie

Dalam ucapannya, Steve Pizziol, Naib Presiden, Antarabangsa, Rantau Asia Pasifik, Domino’s Pizza International berkata, “Malaysia ialah pasaran yang menarik dan pesat berkembangdan langkah membuka Domino’s Pizza baharu di Sabah adalah sejajar dengan rancangan pengembangan global kami. Tahniah kepada pasukan Domino’s Pizza Malaysia kerana mengekalkan momentum untuk terus mengembangkan pasaran. Ini membuktikan keupayaan pasukan ini membangunkan jenama antarabangsa seiring dengan kefahaman mendalam mengenai pasaran tempatan.”

Kejayaan Domino’s Pizza’s di Malaysia dipacu oleh komitmen untuk memberikan nilai dan perkhidmatan hebat kepada pelanggan sambil menambah baik kehidupan pelanggan, kakitangan dan komuniti. Dengan memanfaatkan inovasi dan teknologi, Domino’s berusaha meningkatkan pengalaman pelanggan Domino’s menerusi perkhidmatan pelanggan terkhusus dan pelbagai usaha baharu yang diperkenalkan termasuk janji jenama yang baharu, It’s All About You.

Sempena dengan pembukaan cawangan Domino’s Pizza di Kota Kinabalu dan dalam menjiwai maksud It’s All About You, satu kerjasama dengan MASWings telah dimeterai untuk menghidangkan Domino’s di dalam penerbangan buat julung kalinya dan juga membekalkan piza ke bandar-bandar pedalaman di Sabah. Sebelum pembukaan rasmi, Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Rumah Al Yakin di Sandakan adalah antara yang telah mencuba Domino’s Pizza buat kali pertama. Penerbangan MASWings Domino’s, yang menggunakan logo dan penjenamaan Domino’s diatur khas untuk membawa piza dari Kota Kinabalu ke Sandakan. Di Sandakan, piza ini kemudiannya dihantar secara khusus untuk dinikmati oleh kanak-kanak pusat tersebut!

Ciktie

Mengenai Domino’s Pizza

Dengan penghantaran lebih 1 juta piza sehari di seluruh dunia, Domino’s merupakan syarikat penghantaran piza paling pantas berkembang dan terkenal di dunia dengan komitmen untuk mempelopori industri dari segi kualiti produk dan kecemerlangan operasi. Domino’s Pizza, Inc. mengendalikan rangkaian global 14,000 cawangan miliknya dan francais di seluruh Amerika Syarikat dan lebih 85 pasaran. Di peringkat antarabangsa, Domino’s disenaraikan dalam kumpulan lima syarikat teratas dari segi transaksi dalam talian.

Setakat Suku 2, 2017, Domino’s Pizza Malaysia ialah pasaran Domino’s yang mencapai pertumbuhan paling pesat di Asia Tenggara dan kelima di Asia Pasifik. Ditubuhkan pada 1997, Domino’s Malaysia diuruskan oleh pemegang francais utama, Dommal Food Services Sdn Bhd. Sehingga ini, terdapat 226 cawangan Domino’s Pizza di negara ini.

Di Domino’s Pizza, kami BERBANGGA dengan komitmen kami untuk memperkaya kehidupan pelanggan kami, kakitangan kami, rakan niaga kami, pemegang saham kami dan juga masyarakat. Sebagai salah satu jenama paling digemari di Malaysia, kami akan melakukan lebih lagi untuk mengukir senyuman di wajah anda dan juga menegakkan budaya kami untuk ‘menjual lebih piza, mencetus lebih keseronokan’. Selaras dengan falsafah syarikat kami untuk berusaha secara bijak, Domino’s komited untuk memberikan pengalaman penghantaran piza yang tiada tandingan kepada pelanggan, dengan jaminan kepuasan produknya, jaminan penghantaran dalam masa 30 minit dan jaminan pesanan bawa pulang dalam masa 15 minit.

Melangkah maju sebagai syarikat e-dagang, Domino’s Pizza telah mencipta banyak pencapaian pertama dalam platform digital. Domino’s Pizza Malaysia telah menggunakan dunia digital dengan sebaik mungkin dan ini bermula apabila diiktiraf sebagai syarikat QSR pertama yang menyediakan platform pesanan dalam talian oleh Buku Rekod Malaysia dengan pelancaran laman webnya pada 2003. Sejak itu, platform pesanan dalam taliannya telah diperluas dan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pengguna.

Domino’s Pizza Malaysia merupakan pemenang Anugerah Gold Franny 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2016, iaitu Anugerah Pencapaian yang disanjung tinggi daripada Persatuan Francais Antarabangsa di Perhimpunan Sedunia Domino’s Pizza. Berbekalkan keyakinan yang ditunjukkan oleh pengguna Malaysia, Domino’s Pizza telah memenangi Anugerah Gangsa dalam kategori “Restoran & Makanan Segera” di Anugerah Jenama Putra 2014, Perak pada 2015, Gangsa pada 2016, Perak pada 2017 dan Gangsa pada 2018.






Salam Maulidur Rasul : Peristiwa Luar Biasa Ketika Junjungan Kita Nabi Muhammad SAW Dilahirkan

November 20, 2018 4 Comments
Salam Maulidur Rasul : Peristiwa Luar Biasa Ketika Junjungan Kita Nabi Muhammad SAW Dilahirkan
Salam Maulidur Rasul | Hai, assalamualaikum dan selamat bercuti semua. Alhamdulillah, ciktie pun dapat off  juga hari ini. Dan ikutkan perancangan hari ini ciktie nak pergi satu tempat ni tapi tak taulah jadi ataupun tak. Tengoklah macamana nanti. Korang cuti hari ini tak kemana-mana ke?? 

Tapi hari ini bukan sebarang hari tau. Ia tak  sama dengan hari lain yang bakal kita tempuh dan lalui. Bukan sebab hari ini Hari Selasa ataupun cuti jatuh pada hari ini yang boleh kita isi dengan pelbagai aktiviti tetapi sebenarnya kerana tanggal tarikh hari ini sendiri, 12 Rabiulawal !! Satu tarikh keramat yang sentiasa ditunggu-tunggu, dirai dan disambut dengan pelbagai aktiviti ibadat seperti ceramah agama, selawat perdana dan sebagainya.  Salam Maulidur Rasul 1440H korang..

Cikte dot COM


Tak kenal maka tak cinta !! Dah tahu nak lagi tahu. Lagi, lagi dan lagi.. Itulah yang boleh digambarkan bila membaca ataupun mendengar sirah nabi kan? Tak jemu nak tahu dan terus ambil tahu. Semoga keinginan ini terus berkekalan dan bermanfaat untuk kita semua. In Shaa Allah, aamiin

Ribuan tahun yang lalu, pada tanggal 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan 20 April 571M lahirnya seorang utusan Allah sebagai pembawa rahmat kepada seluruh alam dan juga merupakan Nabi Akhir Zaman di perkampungan Bani Hasyim, Makkah. Dunia yang dulunya hidup dalam kegelapan, jahil, zalim dan suka menindas akhirnya berubah. Kelahirannya disambut dengan penuh gembira oleh seluruh alam termasuklah bapa saudaranya Abu Lahab. Dan bertitik tolak dari tanggal tarikh hari kelahiran junjungan besar kita inilah pelbagai program/aktiviti ibadah dilakukan contohnya macam program Maulidur Rasul, Nuzul Al-Quran dan sebagainya.

Peristiwa luar biasa ketika junjungan Kita Nabi Muhammad SAW Dilahirkan
  • Muncul satu cahaya yang sangat terang , yang dapat menerangi istana-istana di negeri Syam (Lebanon, Jordan dan Palestin)
  • Patung-patung berhala jatuh 
  • Istana Raja Rom bergegar dan 14 tiang besarnya runtuh.
  • Api yang disembah oleh orang Majusi di Parsi padam tiba-tiba sedangkan ia tidak pernah padam sejak dari 1000 tahun dahulu.
  • Air tasik di Sawat, Iran menjadi surut 

Subhanallah, bertuahnya kita tergolong dalam golongan kaum Nabi Muhammad SAW ini. Sebelum keluar tu jangan lupa berselawat dan berdoa ye semoga kita beroleh syafaat darinya nanti. In Shaa Allah, Aamiin.

Hingga jumpa lagi 👋👋

Rujukan
Buku Kelahiran Teragung, Ustaz Muhadir Haji Joll, terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd



Lazada 11.11 - Unboxing Time !!

November 19, 2018 14 Comments
Lazada 11.11 - Unboxing Time !!
Lazada 11.11 - Unboxing Time !! | Time to unboxing !! Seronok tengok kawan-kawan dekat Facebook terutamanya yang berjaya rebut peluang shopping di Lazada sempena 11.11 hari tu. Shopping dekat sana memang best tapi yang tak bestnya kena berebut-rebut nak dapatkan satu-satu barang tu. Kalau dah dapat sangkut pula masa nak buat pembayaran tu. Rasanya macam dah cepat tapi rupanya ada orang lain yang lagi cepat. Dalam duk remind tu tengok-tengok dah sold out !! Entah bila dan macamanalah diorang semua ini shopping sebenarnya #taksempatakaknakshoppingdikoii aduhai ! Sabar ajelah.

Ciktiedotcom

Blog ciktie

Nak kata tak buat wishlist awal-awal dah buat dah tapi kebanyakan barang yang masuk wishlist tu harganya macam tak berubah jadinya terpaksalah rajinkan jari-jemari ini cari barang lain sebagai gantinya. 

Kalau ikutkan hari tu, Lazada bukan setakat offer barangnya sehingga 90% tapi siap offer voucher dan free shipping lagi untuk sesetengah barang. Lepas tu dia buat games, shake it dan banyak lagilah. Ciktie dengar kata ada yang berjaya dapat tu. Bertuah orang tu. Tahniah ye kita cuba juga tapi hahaha

Blog ciktie

Sempena jualan 11.11 Lazada baru-baru ini, yang ini ajelah yang sempat ciktie beli hari tu. Nak juga dapatkan Milo tu tapi tak berjaya. Tapi kira oklah, berjaya juga tambahkan satu lagi koleksi Powerbank Pineng ini walaupun sebenarnya nak yang lain. Yang ini pun dah ok ! Dengan harga tak sampai rm30 termasuk pos memang berbaloi sangatlah. Penghantaran pun memang tip top. Cepat dan amat-amat memuaskan. 

Blog ciktie
Blog ciktie



Sebenarnya kalau diikutkan memang ada banyak jenis Powerbank ni tapi kalau nak tahu kenapa Powerbank Pineng jenis yang ini menjadi pilihan adalah kerana ianya :-
  • Senang, ringan dan nipis - mudah dibawa kemana-mana. Kalau malas bawa handbag boleh masuk poket seluar je.
Blog ciktie

Powerbank Pineng

  • Cable dah sediada disebelahnya - memang dia didatangi dengan 2 cable ! 1 yang panjang dan 1 yang pendek (warna kuning) yang disambungkan terus kepadanya. Jadi tiada masalah sangatlah kalau tertinggal ataupun tercicir cable yang putih itu dekat rumah ataupun pejabat.
Lazada 11.11

Blog ciktie

Apapun tak sabar nak tunggu jualan Lazada sempena 12.12 tu nanti. Harap-harap berjayalah keluarkan 2 barang dari wishlist tu nanti kan. Apakah ianya itu ?? Sabarrrr ye ! Berjaya nanti ciktie bagitau apakah ianya itu 😜😜


Juara Gegar Vaganzar Musim Ke-5 - Noryn Aziz

November 19, 2018 4 Comments
Juara Gegar Vaganzar Musim Ke-5 - Noryn Aziz
Juara Gegar Vaganzar Musim Ke-5 - Noryn Aziz | Tahniah !!! Akhirnya terjawab sudah siapa juara Gegar Vaganzar Musim Ke-5 selepas 8 minggu bersiaran. Untuk persembahan pertama duet tu suka dengar suara Amelina nyanyi lagu The Power Of Love tu. Lainlah suara dia memang wowww sangat-sangatlah. I like you 😍😍 tapi untuk battle tu hmmm jadi lengok dangdutlah pula hikhik. Apapun memang tak boleh lawan vokal Noryn Azizlah. Bagi ciktie vokal dia memang power ! Konsisten je.. 

Ciktie

Ciktie

Tapiii yang lagi ciktie tak sangka battle tu. Zamani boleh buat 👏👏 !! Cayalah walaupun dapat tempat ke-3. Apapun tahniah kepada semua.. dapat nombor berapa pun hakikat sebenarnya adalah uolls memang mendapat tempat pertama dihati setiap peminat uolls tau 😍😍

Ciktie


Untuk musim ini, setiap pemenang mendapat wang tunai sumbangan dari Astro, pakej penginapan tajaan dari Royal Chulan Hotel & Resort serta sebuah trofi Gegar Vaganzar. 

Senarai Pemenang Gegar Vaganzar Musim Ke-5
Ciktie

Rm 100,000 (Juara) - Noryn Aziz
Rm 50,000 (Naib Juara) - Dia Fadila
Rm 30,000 (tempat ke-3) - Zamani
Rm 20,000 (tempat ke-4) - Amelina
Rm 15,000 (tempat ke-5) - Maya
Rm 10,000 (tempat ke-6) - Billy Zulkarnain





Dettol ProFresh - Rangkaian Perlindungan Diri Dari Bau Badan Selama 12 Jam

November 18, 2018 5 Comments
Dettol ProFresh - Rangkaian Perlindungan Diri Dari Bau Badan Selama 12 Jam
Deltol Melancarkan Semula Rangkaian Pembersihan Diri - Dettol ‘ProFresh' | Melihat anak-anak buah bergelak ketawa dan riang bermain sesama sendiri memang menyeronokkan. Sesekali membawa mereka bermain diluar memang jelas terpancar sinar keceriaan di mata setiap daripada mereka. Tapi tak bolehlah selalu. Paranoid juga sebenarnya kita ini. Bukan apa takut juga mereka terdedah kepada pelbagai jenis kuman yang berada berhampiran. Nak-nak lagi bila dah terjatuh, terguling semua itu. Alahaii hati sape yang tak risau.

Blog ciktie

Tapi sejak mendapat tahu Dettol telah melancarkan semula rangkaian Pembersihan Diri untuk melindungi kita yang hampir 1.97 juta isi rumah di Malaysia ini daripada 100 kuman berbahaya. Dah lega dah rasa dalam dada ini sikit. Anak-anak buah pun dah boleh bermain dengan tenang. Tiadalah terbatas sangat diorang nak bermain. Ini tak boleh, itu tak boleh hahaha cuma perlukan pengawasan je supaya tidak pergi jauh dari satu-satu kawasan. Biasalah budak-budak kecil..suka bermain kejar-kejar.

Blog ciktie

Blog ciktie

Haa bila bercerita tentang main kejar-kejar ni, biasalah sesiapa pun akan berpeluh. Tak main kejar-kejar pun dah berpeluh, ini kan pula anak-anak kecil yang bermain. Sudah berpeluh tu mulalah badan tidak selesa. Dengan baunya yang kurang menyenangkan, melekit dan ada masa-masanya terasa macam gatal-gatal camtu, mulalah masing-masing nak tanggalkan baju. Tapi sejak menggunakan Dettol Profresh ini, ianya tak berulang dah 😍😍

Hadir dengan 5 variasi yang menyegarkan iaitu Cool, Lasting Fresh,  Re-energize, Fresh dan Skincare. Tapi ciktie baru cuba  2 variasi iaitu Fresh dan Cool dah. Dua-dua  ciktie suka, best tau ! Tak percaya korang boleh cuba sendiri.



Dettol ProFresh - Rangkaian Perlindungan Diri Dari Bau Badan Selama 12 Jam 

Setiap ibu sudah semestinya gembira melihat anak-anak mereka membesar dengan sihat. Namun, semakin anak-anak meningkat umur para ibu bertambah risau apabila anak-anak mereka mula menerokai dunia sekitar dan berdepan dengan risiko pendedahan kepada pelbagai jenis kuman.

Blog ciktie

Ciktie dot COM

Mendengar keluhan para ibu, maka Dettol sebagai jenama perlindungan kuman No.1 di dunia kini telah melancarkan semula seluruh rangkaian produk pembersihan diri baru-baru ini bagi melindungi semua keluarga di Malaysia daripada 100 jenis kuman berbahaya. Tahniah Dettol !!

Kalau korang nak tahu, Dettol ‘ProFresh’ telah dirumuskan untuk memberi ‘perlindungan daripada bau badan selama 12 jam’ bagi memastikan kesegaran sepanjang hari walaupun dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap. Manakala Dettol ‘ProSkin’ pula bertindak menyediakan ‘kelembapan selama 8 jam’ untuk mengekalkan perlindungan kulit bagi seisi keluarga yang selama ini sering terdedah kepada persekitaran yang memudaratkan seperti sinaran mentari yang terik atau dalam persekitaran dengan penyaman udara yang berterusan.

Blog ciktie

Sejak dilancarkan lebih 80 tahun yang lalu, Dettol telah menjadi peneraju perlindungan daripada kuman dan juga menjadi rakan aktif para ibu yang mahu melindungi keluarga masing-masing. Jenama Dettol komited untuk menambahbaik kesihatan keluarga menerusi kebersihan ini sentiasa memperbaharui penyelesaian untuk melawan kuman yang sering berevolusi dalam zaman ini. Komitmen ini  sekaligus meningkatkan lagi mutu dan keberkesanan produk bagi melindungi kesejahteraan pengguna seperti kita semua. Jadi, tidak hairanlah kenapa jenama ini sentiasa mendapat kepercayaan daripada para ibu di seluruh dunia bagi membantu keluarga mereka mengekalkan kebersihan diri dan seterusnya kesihatan mereka. 

Dan, inilah juga sebab kenapa Dettol lebih dikenali dengan jenama perlindungan kuman No. 1 di Malaysia sejak sekian lama dalam usaha jenama  ini mencari penyelesaian yang sesuai bagi melindungi setiap keluarga di Malaysia daripada kuman. Dettol telah mengenal pasti keperluan yang berbeza bagi produk pembersihan diri. Dua keperluan utama yang dikenal pasti adalah ‘perlindungan bau’ dan ‘perlindungan kulit’.

Blog ciktie

Kita mandi untuk membersihkan badan. Selain daripada keperluan asas ini, terdapat keperluan yang lebih versatil dan lebih mendalam yang sangat bergantung kepada gaya hidup sesebuah keluarga.  Bagi keluarga Malaysia, keperluan mereka selalunya bergantung kepada dua keperluan iaitu :-
  • ‘perlindungan bau’  - yang selalunya dikaitkan dengan kuman penyebab bau badan yang terdapat pada kulit dan perpeluhan sering berlaku dalam cuaca tropika yang panas, dan 
  • ‘perlindungan kulit’ - yang mengekalkan kulit agar sentiasa sihat dan tidak kekeringan. Ini merupakan satu cabaran di negara ini disebabkan pendedahan kepada cahaya matahari dan kelembapan yang menyebabkan habuk dan kuman melekat pada kulit. 


Produk pembersihan diri Dettol yang baharu ini dirumuskan untuk memberikan ‘perlindungan daripada 100 kuman bahaya’ bagi memenuhi kedua-dua keperluan ini. ‘ProFresh’ diperkembangkan untuk mengawal kuman penyebab bau dan memberikan perlindungan bau selama 12 jam, manakala ‘ProSkin’ memberi tumpuan kepada kulit yang sihat dengan menyediakan ciri pelembap selama lapan jam. Kedua-dua rangkaian ini telah diuji secara dermatologi dan terbukti sesuai untuk kegunaan harian keluarga,” jelas Kim Minyoung, Pengurus Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura.
Kim Minyoung, Pengurus Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura
Kim Minyoung
Pengurus Pemasaran Dettol Malaysia & Singapura

Dr. Steven Chow, Pakar Perunding Dermatologi menjelaskan bahawa para ibu pada masa kini lebih berhati-hati tentang cara untuk mengekalkan kebersihan badan dan kesihatan kulit keluarga.

"Para ibu berasa gembira apabila melihat anak-anak mereka aktif dan menikmati masa yang menyeronokkan dengan bermain di luar. Namun pada masa yang sama mereka juga turut bimbang tentang kuman-kuman yang tidak kelihatan yang boleh melekat pada badan mereka. Bau badan mereka pula sukar digambarkan! Bayangkan anak-anak anda pulang daripada melakukan aktiviti fizikal di sekolah dan bau badan mereka apabila masuk ke dalam rumah. Produk pembersihan diri yang berkesan di bilik mandi adalah solusi untuk seluruh keluarga. Oleh sebab kulit anak-anak mudah terdedah kepada kebahayaan, penyelesaian yang telah diuji secara dermatologi amatlah penting" kata Dr. Steven.
Blog ciktie

Blog ciktie

Dr. Steven menjelaskan bahawa ramai orang mempunyai tanggapan yang salah bahawa peluh menyebabkan bau badan.

Peluh sebenarnya tidak berbau. Kuman pada permukaan kulit bertindak balas kimia dengan peluh dan mengeluarkan sisa asid yang sebenarnya menjadi penyebab bau. Oleh itu penting untuk menghapuskan sumber kuman pada peluh dengan menggunakan produk khas dan bukannya menggunakan produk pembersihan biasa. Ini bukan sahaja memastikan anda dan keluarga berbau segar sepanjang hari, tetapi juga meningkatkan kesihatan secara keseluruhan,” tambahnya lagi. 

Kekalkan tahap kebersihan keluarga dan lindungi mereka daripada kuman ketika mereka menjalani gaya hidup yang aktif dan sihat! Rangkaian pembersihan diri Dettol terdapat dalam lima varian yang menyegarkan iaitu Cool, Lasting Fresh,  Re-energize, Fresh dan Skincare.

Blog ciktie

Blog ciktie

Blog ciktie

Blog ciktie

Blog ciktie

Dan kesemua produk rangkaian pembersihan diri ini boleh didapati dan dijual di pasar raya dan farmasi utama di seluruh negara pada harga RM6.90 untuk botol 250ml, RM12.46 untuk botol 500ml, RM20.25 untuk botol 950ml, dan RM15.67 untuk pek isi semula 900ml.

Yang Harus Kita Tahu Tentang Dettol 
Dettol telah menjadi jenama antiseptik yang dipercayai semenjak tahun 1932 dan merupakan jenama antiseptik yang terkenal di seluruh dunia dan merupakan juara kesihatan keluarga yang dipercayai. Produk-produk Dettol juga menawarkan kadar pembunuhan kuman yang tinggi dan disarankan oleh pakar kesihatan berdasarkan keberkesanannya yang terbukti dalam mengekalkan kesihatan keluarga.

Jenama ini telah kekal kontemporari menerusi pelancaran produk-produk baru dan menawarkan para pengguna pelbagai jenis produk merangkumi pelbagai jenis kategori bagi melindungi mereka daripada kuman. Ini termasuklah gel mandian, sabun, pembasmi kuman, sabun pencuci tangan dan tisu basah anti-bakteria. Dettol merupakan jenama yang dipercayai oleh para ibu untuk melindungi keluarganya sepanjang hari.


Real Fresh Skin Detoxer Collaboration With Korea's Top Programme, Get It Beauty

November 17, 2018 7 Comments
Real Fresh Skin Detoxer Collaboration With Korea's Top Programme, Get It Beauty
Real Fresh Skin Detoxer Collaboration With Korea's Top Programme, Get It Beauty | Hai, korang !! Ingat lagi tak ciktie pernah share dengan korang tentang produk Althea Korea 2 in 1 hari tu. Mask merangkak pencuci muka tu ?? Alah yang  cuma perlukan 10 saat je tu. Detox ! Haa betullah tu 😀😀 tapi kalau korang tak ingat, korang boleh tengok dekat sini ye

Blog ciktie


Kalau nak tahu produk itu merupakan kerjasama diantara Althea Korea dengan rancangan TV terkemuka Korea, Get It Beauty ! Jadi bukan setakat kita-kita je yang menggunakan produk Real Fresh Skin Detoxer ini, sekarang ini bintang K-Pop, Jeonghwa yang merupakan ahli EXID dan  beauty influencer, Minsco pun dah menggunakannya juga !! Suka tengok gelagat Jeonghwa dalam tu tau.


Dekat rancangan itu juga, banyak tips-tips menarik yang diperkenalkan. Dan bagi ciktie sendiri pun, ciktie suka produk Real Fresh Skin Detoxer ini. Cepat dan mudah ! Malam guna je yang hijau dan sebelah pagi pula guna yang rose.

Nyaman je rasa. Kulit pun terasa lebih licin, segar dan berseri. Jom dapatkan sekarang set Real Fresh Skin Detoxer dan alami sendiri kesegeraannya hanya dari Althea Korea https://my.althea.kr/real-fresh-skin-detoxer-set


My Ping in TotalPing.com