Takziah buat keluarga keenam-enam anggota bomba yang terkorban dalam misi mencari dan menyelamat seorang remaja tergelincir dalam sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong malam rabu kemarin. Takziah juga buat keluarga mangsa yang tergelincir itu. Alhamdulillah, mangsa pun dah ditemui petang Khamis tu kira-kira 800m dari lokasi kejadian.
Takziah juga buat semua anggota Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia terutamanya PPDA Selangor yang telah kehilangan anggotanya. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan syuhada. Amiin. Sesungguhnya cara pemergian mereka dicemburui dan kehilangan mereka turut sama dirasai kita semua. Semasa hayatnya tidak dikenali tetapi pemergian ditangisi semua orang. Janganlah kita persoalan kemahiran dan tindakan mereka. Semuanya sudah tertulis di luh mahfuz.
Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul. Marilah kita sama-sama doakan kesejahteraan roh mereka dan memberikan semangat kepada semua waris anggota dan mangsa mereka semoga terus kuat dan tabah hadapi dugaan ini.
Kronologi dan laporan kejadian 6 orang anggota PPDA JBPM yang meninggal dunia (lemas) ketika operasi mencari dan menyelamat di Taman Putra Perdana, Puchong.
Siasatan pihak polis
Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, ketika kejadian kira-kira jam 9.15 malam itu, enam penyelam berkenaan baru lima minit berada dalam air bagi menjejaki seorang remaja berusia 17 tahun, yang dilaporkan terjatuh ke lombong itu jam 5 petang semalam.
"Namun, secara tiba-tiba datang arus deras menyebabkan semua mangsa terbelit tali yang dipasang di antara satu sama lain, yang dipercayai menjadi punca peralatan menyelam dipakai mereka tertanggal," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Abdul Aziz berkata, menyedari detik cemas yang dialami oleh rakan sepasukan itu, beberapa anggota bomba yang berada di tebing, berusaha menarik tali yang mengikat semua mangsa, namun tidak berjaya kerana berdepan tekanan arus yang terlalu kuat.
Katanya, selepas berusaha selama kira-kira 30 minit, mereka berhasil menarik naik mangsa yang pertama, sebelum disusuli yang lain. "Bagaimanapun, ketika dibawa naik ke tebing, semua anggota penyelam berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. "
Anggota paramedik yang berada di lokasi ketika itu turut cuba memberi rawatan kecemasan termasuk bantuan pernafasan (CPR) selama 30 minit, namun semua mangsa tidak memberi sebarang tindak balas sebelum disahkan meninggal dunia," katanya. (Sumber Berita Harian)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera YAS Dato'/Tuan.
ANGGOTA PASUKAN PPDA JBPM SERAMAI 6 ORANG LEMAS KETIKA OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT DI AIR
Alamat: Lombong Taman Putra Perdana Berhampiran Perumahan Lokatish, Selangor
Mangsa: 7 orang (6 pegawai PPDA, 1 awam)
Balai Terlibat: BBP Cyberjaya, BBP Shah Alam, BBP Pelabuhan Klang
Pegawai Operasi: PBK II Nik Mustafa
Catatan: Kejadian melibatkan seorang lelaki terjatuh kedalam lombong. Mangsa belum dijumpai dan terdapat 6 orang pegawai bomba (PPDA) dilaporkan lemas ketika menjalankan operasi pencarian mangsa. Kesemua pegawai tersebut berjaya dinaikkan ke atas dan pasukan Perubatan yang berada dilokasi membuat CPR untuk menyelamatkan kesemua anggota PPDA yang lemas tetapi kesemua 6 orang pegawai bomba disahkan meninggal dunia. Maklumat kejadian akan kemaskini dari masa ke semasa.
Sekian. Terima kasih.
Pegawai Bertugas PPO.
#inforoadblock
Berita kematian enam anggota Bomba kerana ingin menyelamatkan mangsa berakhir dengan terkorban mati lemas menginsafkan kami, serta memberi makna yang mendalam pada maksud pengorbanan dalam tugas. Kami iktibarkan mereka sebagai syahid berasaskan kepada nas hadis:
الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ الْمَطْعُونُ وَالْمَبْطُونُ وَالْغَرِيقُوَصَاحِبُ الْهَدْمِ وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
Maksudnya: “Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah.”
Riwayat al-Bukhari (653)
Tetapi, kepada rakan kita ini, mereka jauh lebih mulia kerana bukan sahaja mereka mati lemas, tetapi menolong dan membantu mangsa sehingga terkorban. Mereka adalah insan-insan terpilih dan mempunyai hati yang suci serta amat memahami tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan, terutamanya dalam kecemasan hingga kepada nafas yang terakhir dan denyut nadi yang terakhir. Inilah syuhada’ kita. Semoga Allah menempatkan mereka bersama para nabi, al-siddiqin dan syuhada’. Amin.
Aamin Rabbi alamin
Aamin Rabbi alamin
S.S Dato' Seri Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
4 Oktober 2018 bersamaan 24 Muharram 1440 Hijrah.
Ya Allah syahid untuk mereka :(
BalasPadamsemoga mereka tergolong dari kalangan orang yang beriman!
BalasPadamInnalillahi wa innailaihirojiun. Memang sedih insiden ni. Moga kesemuanya ditempatkan bersama para solihin. Amin...
BalasPadamAllahu Akhbar.. semoga diberi kekuatan kepada keluarga mangsa dan mudah urusan mereka... berat mata memandang, berat lagi bahu yang pikul +_+
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian.
Saya Pengedar Bebas Shaklee Malaysia yang Berdedikasi
2-3 hari malaysia bersedih.
BalasPadammeskipun byk komen / pandangan negatif netizen, tetap, mereka perwira negara.
syahid akhirat bak kata mufti.