Ahad, 14 Oktober 2018

Terbang Bersama AirAsia

Terbang Bersama AirAsia | Pengalaman pertama terbang bersama AirAsia ! Kelakar dan memenatkan. Tapi itulah pengalaman namanya kan. Tak penat, tak tersilap, tak susah bukan pengalaman yang pertama namanya tu hikhik. Ini barulah boleh dikira belajar dari pengalaman betul ni hikhik tapii ok jugalah.. kalau sorang-sorang mau pening juga nasiblah berteman. Hari ini kita sambung lagi rentetan cerita kenapa kita tak beli terus tudung bawal viral tu masa pergi Kuala Lumpur hari tu. 






Macam biasa pergi sana memang atas urusan kerja. Orang kata sambil menyelam tu minum air. Pergi sana sehari awal dan esoknya tu terus balik dah. Kononnya nak merasa naik baslah dari KLIA2 ke KL Sentral la sebab flight tu tengahari lagipun tak pernah naik lagi kan. Sekali terpaksa kejar masa gara-gara tersilap floor  selepas ambil tiket tu hikhik nasib baik tak kena tinggal dengan bas. Dan nasib baik juga ada auntie cleaner dengan abang polis tu 😚😚 yang sudi membantu.



sshhhh nak gtau ni kalau nak tahu ini kali pertama kita naik flight AirAsia ke sana. Sebelum ini dah merasa dah naik flight lain. Dan ini juga bermakna keempat-empat flight ke Kuala Lumpur kita dah merasa dah. AirAsia, MAS, Firefly dan juga Malindo. Kesemuanya mempunyai keistimewaan tersendiri. Disebabkan kawasan dalam KLIA2 tu besar dan luas jadi memang penatlahh sikit nak kena jalan sampai keluar tu. Nak menapak dekat tempat bas tu tapii kalau nak naik erl memang tiada masalah sangatlah. Ia tetap ke KL Sentral juga dan kali terakhir kita naik tiket dia dalam rm30 rasanya.


Dari KLIA2 ke KL Sentral dalam 1 jam camtulahh. Sempatlah juga terlelap. Sampai sana terus ambil tiket lrt ke Setiawangsa !  Turun je sana terus cari makan tak sanggup nak tahan lagi walaupun plan asal memang  nak singgah makan dekat #SemuaHouse Jalan TAR tu.  Lagipun sebelum terbang tu hanya minum je. Mana tak kerocong perut comel ni. Lepas check in dan solat tu terus pi Sogo. Kebetulan hari tu lastday promosi kasut handbag. Sempatlah rembat sepasang kasut selepas operasi cuci-cuci mata. Duduk dalam tu memang tak sedar masa korang berjalan. Ambil yang itu, ambil yang ini, cuba yang ini dan cuba yang itu. Dah berkenan barulah boleh ke kaunter buat pembayaran! Tapii kalau tak berkenan hmmm cukup sekadar cuba ajelah.



Dari Sogo terus ke stesen Lrt Masjid Jamek. Masa ni memang dah terasa penat sangat dah. Dah tak sanggup nak berdiri tapi teruskan juga kononnya nak beli tudung. Dari satu gerai ke satu gerai last-last dah dekat depan Mydin. Hmmm tak sanggup nak patah balik lagipun masa tu banyak gerai tutup sementara untuk solat maghrib. Terus ambil teksi pergi Setiawangsa.





Esoknya pagi-pagi dah bersiap-siap untuk attend kelas dekat office lama. Dah habis kelas terus ke KLIA2.. tapii kali ini ambil teksi terus! Kira berjalan masuk ke balai berlepas ajelah masa tu. Tapiii hahaha kali ini tersilap balai berlepaslah pula. Nasib baik datang awal tiadalah racing sangat hikhik. Kelakar betullah pengalaman pertama bersama AirAsia ni. Penat yang bukan dibuat-buat. Terfikir juga macamanalah korang boleh langkah laju-laju tu ye..


Alhamdulillah juga flight kita tu tak patah balik ke KL gara-gara tak boleh mendarat ribut mula-mula tu. Kalau tak alahaiii lagi penat. Sekian saje untuk kali ini hikhik. jumpa lagi kita untuk entri yang lain pula ye








5 ulasan

  1. pengalaman tu pnting cik tie..:)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah selamat pergi dan balik..naik flight kena beratur kan ..dalam kapal kena tenang agar tak ganggu jiran2 kan..

    BalasPadam
  3. wahhh bestnya naik kapal terbang... cik ash lama dah tak naik last tahun 2010 hahahaha

    BalasPadam
  4. terbaek.. lama tak naek 'belon' hehe

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.