Sempena Ulang Tahun Ke-65 : Syarikat WD -40® Menggunakan Keselamatan Berperisai untuk Mengalihkan Formula Rahsia ke Lokasi Baharu

Oktober 10, 2018
Sempena Ulang  Tahun  Ke-65 :  Syarikat  WD -40® Menggunakan  Keselamatan  Berperisai  untuk Mengalihkan  Formula  Rahsia  ke  Lokasi  Baharu | San DiegoIa  boleh  dijumpai  dalam  4  daripada  5  isi  rumah  di  Amerika,  namun  bahan-bahan  dalam  keperluan  isi  rumah  hanya  diketahui  oleh  sebilangan  manusia  di  seluruh  dunia  -  itulah  sebabnya  Syarikat  WD-40  hari  ini  dengan  bantuan  kenderaan  berperisai    dan  keselamatan  terkemuka  mengalihkan  formula  rahsia  ke  tempat  keselamatan  bank  baru

Bermula  di  pejabat  Syarikat  WD-40®   Company  di  San  Diego,  Presiden  dan  CEO  Syarikat  WD-40® Garry  Ridge  memberi  amanah  kepada  Brink,  pemimpin  global  dalam  logistik  keselamatan  untuk  menjemput  beliau  yang  digari  berserta  beg  bimbit  membawa  formula  rahsia,  yang  akan  ditempatkan  dengan  selamat  di  bilik  kebal  berhampiran.  Formula  itu  -  belum  pernah  disentuh  oleh  tangan  manusia  berada  di  dalam  syarikat  lebih  15  tahun  sejak  ulang  tahun  syarikat  yang ke -50 -  harta  milik  berharga  syarikat,  mengisi  tin  biru  dan  kuning ikonik  di  176  buah  negara  dan wilayah  di  seluruh  dunia.  Walaupun  "sos  rahsia"  mempunyai  bahan-bahan  asas  yang  sama  sejak penubuhan  syarikat  65  tahun  lalu,  namun  begitu  Syarikat  WD-40®  tetap  melangkah  ke  hadapan dengan  mantap.


Syarikat  WD-40®  ditubuhkan  pada  1953  sebagai  Rocket  Chemical  Company  oleh  tiga  juru teknik  yang mencari  pelarut  pencegah  karat  untuk  melindungi  roket daripada  hakisan  dan formula  pelbagai  guna  itu  telah  berkembang  dengan  baik,͟ kata  Ridge. "Kami  sentiasa  mencari cara-cara  untuk  menjadikannya  lebih  baik  daripada  hari  ini, menyampaikan penyelesaian  yang unik,  bernilai  tinggi  dan  mudah    digunakan  untuk  pelbagai  keperluan  penyelenggaraan. Ini termasuk  bukan  sahaja  cara-cara  baharu  untuk  menggunakan  produk pelbagai  guna  kami, seperti   WD-40® EZ-REACH,  termasuk    straw  boleh  bengkok  untuk  memasuki  bahagian  yang sukar  dicapai,  tetapi  juga  siri  produck  baru  yang  khusus  dibuat  untuk  para  DIY  dan  pengguna profesional ."

Inovasi  berterusan  telah  membantu  Syarikat  WD-40®  mencapai  jualan  bersih  sebanyak  $381 
juta  pada  tahun  fiskal  2017. 

  • 2005:  Syarikat  WD-40®  memperkenal WD-40®Smart  Straw®  kekal  bergabung  yang dapat  menyembur  menerusi  dua  cara  -  sebagai  semburan  lebar  atau  aliran. 
  • 2009:  WD-40® Trigger  Pro,  botol  bukan  aerosol  tahan  lama  yang  menyampaikan  produhebat  yang  sama,  telah  dibawa  ke  pasaran. 
  • 2011:  Syarikat  memperkenalkan  WD-40®  Specialist TM,  barisan  produk  penyelenggaraan yang  terbaik  dalam  kelas  dirumus  khas  untuk  memenuhi  keperluan  pengguna profesional.  Rangkaian  ini  telah  berkembang  kepada  15  produk  termasuk  produk penyelenggaraan  WD-40®  Specialist TM Automotive. 
  • 2012:  Syarikat  WD-40®  melancarkan WD-40® BIKE,  barisan  produk  penyelenggaraan basikal  berprestasi  tinggi  yang  dibangunkan  untuk  penunggang  yang  suka  memastikan perjalanan  mereka  dalam  keadaan  terbaik. 
  • 2015:  Syarikat  WD-40®  memperkenal WD-40®EZ-REACHTMstraw  yang  bengkok  dan mengekalkan  bentuknya  untuk  menjadikan  'EZ'-er  bagi  mencapai  sekitar  sudut  dan tempat  yang  sukar  untuk  dicapai. 
Tambahan  kepada  tumpuan  syarikat  kepada  inovasi  untuk  memenuhi  permintaan  pasaran, Ridge  menganggap  kejayaan  Syarikat  WD-40®  adalah  bergantung  pada  kakitangan  syarikatnya. 

"Sementara  produk  kami  dan  formula  rahsia  adalah  asas  kepada  kejayaan  kami,  begitu  juga dengan  kakitangan  kami,"  kata  Ridge.  "Kami  wujud  untuk  mencipta  kenangan  positif  berkekalan dalam  segala  yang  kami  lakukan,  dan  ini  adalah  tidak  musnasabah  untuk dicapai  tanpa  hampir 500  ahli  kami    yang  berdedikasidi  seluruh  dunia  untuk  menghidupkan  nilai,  menyelesaikan masalah  dan  memastikan  pelaksanaan  kerja  lancar  di  bengkel,  kilang-kilang  dan  rumah." 

MENGENAI  SYARIKAT  

WD-40®Syarikat  WD-40®  adalah    organisasi  pemasaran  global  yang  didedikasikan  untuk mencipta memori  positif  yang  berpanjangan  dalam  membangunkan  dan  menjual  produk  yang mampu  menyelesaikan  permasalahan  di  bengkel,  kilang  dan  kediaman  di  seluruh  dunia. 

Syarikat  dari  Amerika  ini  adalah  pembuat  Produk  Pelbagai  Guna WD-40®  yang  paling dipercayai,  yang  perlu  ada  dalam  setiap  kotak  peralatan  dan kediaman  di  seluruh  dunia yang  juga  dikenali  sebagai  penyelesaian  pantas  untuk  membersihkan dan melindungi, melancarkan  bahagian  berkarat,  memberi  kelembapan,  menghentikan  bunyi  geseran  yang bising  dan  menghilangkan  kesan  melekit  degil. 

Produk  Pelbagai  Guna  WD-40®  ini  menjadi  penyelenggara  profesional  dan  amatur  DIY dalam  pekerjaan  mereka  yang  membabitkan  perkakasan,  perindustrian,  automotif, berbasikal,  sukan  dan  barangan  runcit  besar-besaran.   

Produk  Pelbagai  Guna  WD-40®  boleh  didapati  dalam  pelbagai  saiz  dan  telah  berkembang menjadi  pelbagai  produk  khusus  antaranya  WD-40®  Specialist TM,  WD-40®  BIKE  and  WD-40®  Specialist TM  Automotive Produk  Syarikat  WD-40®  kini  tersedia  di  lebih  daripada  176  negara  dan  wilayah  di  seluruh dunia  termasuk  Malaysia  di  mana  pelbagai  produk  WD-40®  boleh  ditemui  di  kedai-kedai runcit  dan  perkakasan  utama  di  semua  negeri.  Untuk  maklumat  lanjut  tentang  Syarikat WD-40®  atau  barisan  produknya,  boleh  melayari: www.wd40.asia






Share this :

Previous
Next Post »

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com