Sabtu, 20 Oktober 2018

Review Jumiso Chewy Elasticity Mask Sheet

Jumiso Chewy Elasticity Mask Sheet | Haii, assalamualaikum dan selamat pagi korang. 3 hari dah tak update blog dan hari ini kita berjumpa lagi. Sebenarnya sekarang ini ciktie tengah seronok baca novel - Date MeKarya Azura Rasiddin dan terbitan Penulisan2u. Itu sampai terabai sekejap blog kesayangan ni. Ni pun dah baca separuh dah tapi taktau lagi apa sebenarnya yang telah dilakukan oleh bapa Kaysa Adara sampai Ed berdendam camtu. Nanti bila dah dapat jawapan dan ciktie pun dah habis baca, ciktie review ye. Tapii sebelum itu, nak juga tahu, korang dah baca ke novel ni?? Macamana?? Seronok tak?? 

Semalam dah penutup hari bekerja untuk minggu ini. Sekejap je masa berlalu bulan Oktober pun dah masuk pertengahan. Pejam celik pejam celik dah habis bulan. Pastu masuk bulan lain.. tahun lain 😅😅 harapnya semua job yang diterima dan yang diamanahkan mampu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. In Shaa Allah, amiin. Jom semua lakukan pekerjaan kita dengan penuh rasa tanggungjawab. Jangan tangguh-tanguh lakukan ianya sekarang cewahhh hahaha tengok-tengok kita ni yang tertangguh 😂😂


Parcel altheakorea

Baru-baru ni ciktie dapat 2 parcel pink yang diterbangkan khas dari Korea sana tu. Dari mana lagi kalau bukan dari Althea kan 😅 Ini pun baru je sempat buka 1 parcel tu, comel sangat isi dalamnya tu - Jumiso Chewy Elasticity Mask Sheet. Semestinya menerima kejutan hadiah ini mengembirakan sesiapa pun termasuklah ciktie. Dapat 5 keping semuanya. Suka sangat warna ia ni ! Red colour.. 




Mask ni sebenarnya mengandungi membran cengkerang telur yang kaya dengan kolagen dan mampu meningkatkan keanjalan kulit ditambah pula dengan bahan anti penuaan didalamnya. Memang terbaiklah. Bau ia pun sedap, wangi dan menyenangkan je tapi tiadalah kuat sangat baunya ni sampai menganggu kita ke apa. Bila usia sudah meningkat dan rutin harian seringkali berubah-ubah kena pula tak cukup tidur dan sering kali terdedah kepada penghawa dingin dan pancaran cahaya matahari  yang tidak menentu memang ciktie perlukan sesuatu untuk kembalikan semula kelembapan dan keanjalan kulit wajah. Tiadalah kusam dan tak bermaya sangat kulit wajah ini. Nak berhadapan dengan orang pun terasa lebih yakin.

Mask ini special sikit bagi tau !! Ia tebal dan pati ke apa kita panggil air yang ada bersama mask ni?? Serum?? Ia banyak lepas tu tak mudah kering. Hadir dengan 2 lapisan, cotton (100% cotton) dan jejaring. 


Sebelum digunakan

Mask korea
Selepas digunakan

Ciktiedotcom

Mask korea

Masa memakainya tu tangan ini tak sibuk-sibuk nak cepat pegang ataupun nak rasa cotton tu dah kering ke apa walaupun dah pakai 10-20 minit camtu. Masa tanggalkan tu pun ia masih lagi basah ! Kulit pun terasa lebih segar, lembut, lembap, bahagian bawah mata pun dah ok, rilex je rasa. Cuma masa pakai mask ini kena hati-hati masa nak tanggalkan lapisan jejaring atas tu jangan sampai tertanggal lapisan cotton tu dari muka kita je sebaik memakainya. 


Cara memakai topeng muka

Untuk parcel yang 1 lagi tu tak sempat nak tengok lagi. Mungkin kejap lagi ataupun esok kita boleh unboxing. Yang ini next entri kita cerita ye. Sekarang ini ada produk baru lagi tau dekat website althea - Petal Velvet Sunaway ! Nak tahu apakah sebenarnya ianya itu, korang boleh terus ke sesawang Althea Korea untuk ketahui maklumat lanjut mengenainya. Sambil-sambil itu bolehlah cuci-cuci mata ataupun segar-segarkan angin tengok produk skincare dan barangan mekaup yang menarik dekat situ sementara tunggu hari gaji minggu depan. Dari segi harga memang berpatutan dan berbaloi sangat-sangat kita dapatkannya. Penghantaran jangan risau memang cepat sangat.



3 ulasan

  1. patutlah bagus ada membran cengkerang telur. produk korea mmg skrg ni berkualiti kan

    BalasPadam
  2. mesti rasa segar & fresh kulit lepas guna mask kan? besttt!!! :D

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.