Sabtu, 27 Oktober 2018

Merawat masalah kulit kering dan pigmentasi dengan produk Dear Klairs

Merawat masalah kulit kering dan pigmentasi dengan produk Dear Klairs | Masalah kulit kering dan pigmentasi !! Semakin meningkat umur semakin menjadi pula masalah kulit kering dan pigmentasi ini. Boleh stress juga sesekali bila terpandang biasan diri di dalam cermin. Buntu tidak tahu nak atasinya macamana. Kena pula kulit ini memang sedikit cerah memang akan nampak ketaralah. Sebenarnya ia boleh diatasi jika kita menjaga kecantikan dengan konsisten sedari awal. Bukan setakat mencuci muka saje tapi juga sapukan toner, krim, serum semua itu tapi nak buat macamana benda dah jadi ! 

Ciktiedotcom

Ciktiedotcom

Baru-baru ini kita telah mencuba produk baru yang diterbangkan khas dari Korea iaitu Dear Klairs !! Produk yang cukup sinonim dengan warna biru. Cuba pun baru lagi tak sampai 2 minggu. Tapi kesannya kita dah boleh nampak dah sikit-sikit terutamanya keesokkan harinya tu. Kulit menjadi lebih lembut, segar, masalah pori-pori terbuka pun semakin mengecil berbanding sebelum ini. Muka pun tiadalah berminyak sangat macam selalu kalau berada dibawah sinar matahari terutamanya masa keluar lunch tengahari tu. Lagi satu yang kita suka produk ini tidak merengsaan kulit sama sekali. Garis-garis halus dekat hujung mata pun dah tiada. Memang berbeza sangat dengan kebanyakan produk yang pernah kita cuba.

Didatangi dengan 3 produk iaitu :-
  1. Supple Preparation Facial Toner Travel Size;
  2. Midnight Blue Youth Activating Drop; dan
  3. Toner Mate 2 in 1 Cotton Pad.
Ciktiedotcom

Kecil-kecil cili padi. Walaupun kecil kesannya cukup besar ! Kalau nak tahu Supple Preparation Facial Toner ini merupakan saiz travel. Maknanya nak bawa ke mana-mana pun mudah. Tak perlukan ruang yang besar. Dalam handbag pun muat. Tak percaya korang boleh cuba tengok saiznya dan rasai sendiri kesan penggunaan produk Dear Klairs ini. Dengan saiz yang macam ini memang cukup senang dibawa kemana-mana.

Untuk mendapatkan kelembapan yang diperlukan oleh kulit wajah dan memastikan tekstur kulitnya menjadi segar dan lembut, pemakaian toner adalah sangat penting.

Dengan Supple Preparation Facial Toner, ia bukan saje bertindak memberikan kelembapan sepenuhnya ke dalam kulit tetapi juga mengimbangi ph kulit kita serta mencegah kekeringan kulit dan kerengsaan kulit.

Ciktiedotcom

Masa mula-mula menggunakannya langsung tak terasa pedih ke apa. Ia memang sesuai untuk semua jenis kulit, baik kulit sensitif, berminyak apatah lagi kulit kering ! Bertindak meresap dengan cepat. Sekali imbas ia macam toner yang lain juga seperti air berwarna jernih tetapi pekat. Lagi 1 ia berbau tau. Bau macam rumput pun ada..macam rempah pun ada juga hehe tapi memang sesuailah dengan kita yang sukakan bau-bauan ini. Baunya pun tiadalah ketara sangat. Biasa-biasa je.

Ciktiedotcom

Ciktiedotcom

Ia terdiri daripada 3 kandungan utama iaitu
  • Phyto-Oligo - membantu melembapkan kulit secara menyeluruh bagi membantu mengatasi kekeringan kulit. 
  • Wheat Amino Asid - membantu mengurangkan keradangan kulit dan memberikan penghidratan yang mendalam kepada kulit.
  • Tidak mengandungi alkohol, wangian tiruan ataupun bahan berbahaya.
Ciktiedotcom

Cara Menggunakannya 
Macam biasa selepas membersihkan muka ! Gunakan toner untuk menyegarkan kulit. Tapi untuk kulit kering digalakkan untuk menggunakannya banyak kali 😍😍
Caranya :-
  • Letakkan toner pada tapak tangan ataupun pada cotton pad.
  • Kemudian sapu lembut ianya ke seluruh wajah macam biasa pakai toner (daripada dalam ke luar contohnya dari tepi hidung ke tulang pipi)
  • Kemudian sapukan sekali lagi toner pada tapak tangan ataupun cotton pad tapi kali ini tepek ke tampal ke tepuk orang panggil ni ye ke seluruh muka. Buat macam kita memakai bedak sejuk (tepek pap..pap..pap camtu je ke seluruh muka)
Ciktiedotcom

Isi kandungan : 30ml
Harga : RM 20

Produk yang ke-2 ini, kita suka sangat !! Dear klairs Midnight Blue Youth Activating Drop.  Ia bertindak sebagai serum di malam hari ! Bukan setakat membantu menghilangkan wajah keletihan / kepenatan terutamanya kalau tak cukup tidur tetapi juga bertindak memperbaiki keadaan kulit. Mengurangkan garis-garis halus di tepi mata, mengecilkan pori-pori terbuka dan yang paling penting mengurangkan pigmentasi dekat wajahku ini.

Ciktiedotcom

Ciktiedotcom

Hadir dalam bentuk botol ! Pada bahagian penutup atasnya itu ada macam pemicit yang boleh penyedup cecair dalam bentuk silinder kaca dari botol Midnight Blue Youth Activating Drop.

Ciktiedotcom

Ciktiedotcom

Digunakan pada sebelah pagi dan malam tapi kita guna malam je. Ia tidak melekit !  Sesuai untuk semua orang. Cecair ianya berwarna biru. Antara kandungannya adalah sh-Oligopeptide-1, sh-Polypeptide-1, Butylene Glycol, Vaccinium Angustifolium (Blueberry) Fruit Extract, Sorbitan Sesquioleate, PEG-60 Hydrogenated Castor Oil, Chlorphenesin, Guaiazulene, Ethyhexylglycerin, Adenosine.


Ciktiedotcom

Keistimewaan Midnight Blue Youth Activating Drop
 ✓ Menganjalkan kulit
✓ Memperbaiki struktur kulit / membina tisu kulit baru
✓ Membantu penghasilkan kalogen
✓ Mengurangkan pigmentasi / bintik-bintik hitam
✓ Mengecilkan pori-pori terbuka
✓ Mengurangkan kedutan/ garis-garis halus
✓ Membantu mengurangkan wajah keletihan/ kepenatan/ kusam/ tidak bermaya

Cara menggunakannya
  • Titiskan beberapa titik Drop Blue pada muka kita
  • Kemudian lakukan sedikit urutan agar ia meresap masuk ke dalam kulit dengan berkesan.
  • Akhir sekali tepuk-tepuk sedikit kulit wajah kita tu. Pap..pap..pap macam tu hahaha
Ciktiedotcom

Kandungan : 20ml
Harga : Rm 122

Yang ini pula Dear Klairs Toner Mate 2 in 1 Cotton Pad ! Tanpanya susah juga kita nak cuba dua produk Dear Klairs tu. Memang special sikit yang ni. Dicipta khas untuk kegunaan Klairs Supple Preparation Facial Toner. Lain dari yang lain. 100% cotton. Tebal dan tak mudah melekat pada wajah terutamanya semasa kita menggunakan toner.

Ciktiedotcom

Sesuai untuk kulit sensitif. Untuk menanggalkan kotoran dan sel-sel kulit mati. Ia juga mudah serap ! Sesuai digunakan semasa mengenakan serum ataupun toner.

Ciktiedotcom
Kiri : Compressed cotton pad
Kanan : sponge cotton pad

Kiri : sponge cotton pad
Kanan : Compressed  cotton pad
Mempunyai 2 jenis iaitu :-
  • Compressed cotton - bertindak untuk menyingkirkan kotoran, minyak berlebihan dan sel-sel kulit mati.
  • Sponge cotton - bertindak meningkatkan penghidratan.

Selepas wajah dibersihkan ! Basahkan Compressed cotton pad dahulu dengan toner untuk menanggalkan kotoran, minyak berlebihan dan sel-sel mati. Seterusnya dengan menggunakan sponge cotton pad pula, basahkan ianya dengan toner untuk memberikan kelembapan kepada kulit wajah kita.

Walaupun kita telah menyingkirkan kotoran dan sel kulit mati menggunakan Compressed cotton pad tetapi sebenarnya  ia juga meninggalkan kelembapan yang berada pada toner yang diserapnya sebelum ini.


Kulit wajah kita pun akan menjadi lebih bersih, licin dan lembut selepas menggunakannya. Kira macam perantaraanlah ! Kita letak toner dekat cotton pad itu. Cotton pad itu  bertindak menarik sel-sel kulit mati ataupun kotoran yang melekat dekat wajah kita. Tetapi dalam waktu yang sama ia meninggalkan kelembapan toner yang berada padanya tu. Ia tidak menyerap sepenuhnya toner tadi tu seperti kebanyakan cotton pad yang biasa kita guna !! Ia juga tidak mengubah bentuk  fizikal cotton pad ini tau. Menarik bukan !

Sekotak ni ada 120 keping ! 60 keping Compressed dan 60 keping lagi Sponge.


Harga : rm 28

Kita dah cuba dah ketiga-tiga produk Dear Klairs yang ini. Memang puas hati sangat. Nanti lepas ini kita nak dapatkan set ia dalam saiz yang besar itu pula. Korang yang mempunyai masalah pigmentasi, garis-garis halus ataupun kulit kering tu memang kita suggest sangatlah guna produk ini. Memang berbaloi tau.

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari

Website 

Facebook 
https://Facebook.com/altheakorea

Instagram 

20 ulasan

  1. bestnyaa! kawan aira ada pakai ni jugak :D

    BalasPadam
  2. I tried Klairs before. The skincare kind of heavy for my skin.But I love their BB cream though.Cant wait to buy again.

    BalasPadam
  3. thanks for sharing this range. I no try yet on what you have.
    Good can online shopping, I like shop for skincare products also.

    BalasPadam
  4. cool. this seems a great product to avoid skin dry and pigmentation. can buy this for my friend on her birthday!!!

    BalasPadam
  5. Sponge and compressed cotton pad tu saya tak berapa nampak perbezaan kalau tengok pada gambar tu. Tapi memang function yang berbeza ye?

    BalasPadam
  6. Ramai yang kata produk Klairs ni bagus, sis belum cuba lagi. Tapi sis memang bermasalah kulit kering..bolehlah nanti cuba produk ni

    BalasPadam
  7. Ramai tengok feesback mereka yang pakai clairs ni serasi dengan kulit. Bgus sangt produk nni. Boleh cuba nanti, nak cari dekat althea

    BalasPadam
  8. Ingatkan produk Kiehl's, rupanya Klairs. Kapas pun ada yang khas dengan fungsi tertentu. Biasa pakai kapas biasa sahaja. Nampak menarik utk dicuba, tambah bab kapas tu. Good product to try!

    BalasPadam
  9. Banyak feedback kata klairs ni bagus.. liez jenis susah nak ikut routine jaga kulit ni.. just basuh muka dgn bersih je.. boleh la cuba klairs ni nnt..

    BalasPadam
  10. So far emi belum pernah cuba produk dari jenama ni. Tapi selalu terbaca sharing pasal brand ni dari kawan2. Teringin jugak nak cuba.

    BalasPadam
  11. Bagusnya produk ni. Merawat pigmentasi pada ms yang sama mengelakkan kulit menjadi keringx boleh rekomen pada kengkawan ni :-)

    BalasPadam
  12. Pertama kali baca info product ni, memang stress kalau muka mengalami masalah jerawat dan jeragat atau warna tidak sekata. naseb ada produk yang dapat membantu untuk mengatasi masalah tu. boleh cuba nanti product ni.. Thanks sharing.

    BalasPadam
  13. wahh sangat aktif lagi produktif Althea! Selalu sangat dengar kawan-kawan promotekan produk daripada Korea ni. Memang sangat bagus katanya. Nanti bolehlah suggestkan tiga produk ni pula pada kakak. Hihi.

    BalasPadam
  14. berkenan dgn cotton pad tu.
    ilmu baru. now aida dok guna kapas yg konvensional tu jer.
    tq for sharing infos.

    BalasPadam
  15. it's great and nice to have found a great series of products, that would solve dry skin and pigmentation.. must be good..

    BalasPadam
  16. This range products looks good and affordable for pricing. Interested the cotton pad. Thanks sharing info!

    BalasPadam
  17. Wah!! AM memang suka product camni.. memang sesuai n dicari utk kulit kering cam AM.. terima kasih atas perkongsian.. AM pun nak cuba la pakai product nie

    BalasPadam
  18. Wow...yg compressed cotton tu mcm best ja...banyak org duk cakap product klairs ni best..nanti nak.try jugak lah

    BalasPadam
  19. ok ke produk ni cik tie.. teringin la nak cuba gak eh

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.