MEDU & ULURAN | 10 Jenis Makanan Yang Perlu Dielakkan

Oktober 02, 2018
MEDU & ULURAN | 10 Jenis Makanan Yang Perlu Dielakkan | Medu bukan madu ye. Karang ada juga yang ingatkan kita typing error ke apa hehe. Sebenarnya setiap orang ada penyakit ni. Bergantung kepada tubuh badan kita banyak ataupun sikit je. Kalau tak banyak, alhamdulillah memang tiada masalah sangatlah cuma tetap kena jaga pemakanan tu. Sebab sekali ia kena aduhaiii memang sakit. Dengan rasa senaknya perut tu. Sesetengah orang selagi tak muntah selagi itu macam tu. Itu kategori yang ok lagilah. Ada sesetengah tu sampai terpaksa tahan berhari-hari sakit. Akhir sekali terpaksa berubat cara kampung !

Apakah Medu / Uluran
Sebenarnya Medu ataupun Uluran ni adalah angin kotor yang terperangkap dalam badan kita. Ia tak boleh nak keluar dan menyebabkan kita sembelit dan rasa senak diperut. Dalam bahasa mudahnya ia berpunca dari masalah kita tidak 'MEMBUANG' !! Makan dan minum tapi tak membuang ada tu sampai berhari-hari. Keadaan ini ada kaitan dengan sembelit dan lama kelamaan ia menyebabkan buasir. Kalau tak silap, kita dalam sehari lebih baik 2 kali membuang. Bila tidak membuang, lama kelamaan buangan yang lebih masa itu akan menghasilkan gas ! Itu yang  menyebabkan perut kita kembung, buncit, badan lemah, letih, tak semangat, lesu dan banyak lagilah. 


Foto : Google

Angin kotor yang terkumpul dalam perut kita akan menyongsong ke atas, menyebabkan kita pedih ulu hati dan mengganggu sistem pernafasan seperti batuk berpanjangan dan juga sesak nafas. Apabila ia naik ke kepala, kita akan mengalami sakit kepala, pelupa, pemarah, murung, sukar tidur, selalu mengantuk atau berserabut tanpa sebab. Angin kotor yang menyongsong ke bawah ini juga akan masuk ke dalam sistem pembiakan. Bagi kaum wanita, mereka berkemungkinan besar akan mengalami senggugut angin dan boleh menyukarkan kehamilan serta ketidakselesaan.

Dan bagi kaum lelaki pula, mereka akan mengalami sakit Uluran, di mana buah zakar mereka akan membesar dan kebiasaannya besar sebelah sehingga boleh mencapai saiz sebesar sebiji buah kelapa.


Foto : Google



Apabila angin kotor tersebut masuk ke dalam urat, sistem peredaran darah pesakit akan terganggu. Segala zat-zat makanan dan oksigen yang di bawa oleh darah tidak akan sampai dengan sempurna kepada organ-organ pengidap sakit ini. Oleh kerana itu, seluruh sistem tubuh mereka akan menjadi lemah dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Mereka juga akan lebih terdedah kepada penyakit angin ahmar atau lumpuh dan pelbagai lagi jenis penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan seumpamanya.

Apa yang kita boleh simpulkan adalah medu dan Uluran ini sebenarnya perkara yang sama iaitu angin kotor yang terperangkap dalam badan kita. Cuma yang membezakannya adalah panggilan. Untuk kaum wanita ia lebih dikenali dengan panggilan MEDU dan untuk kaum lelaki, ia dikenali dengan ULURAN !!

Dan berikut ini antara makanan yang perlu dielakkan oleh mereka yang menghidap penyakit medu / uluran. Antaranya adalah :-

  • Pulut
  • Air batu 
  • Pucuk paku
  • Bayam
  • Terung
  • Kacang Mior aka bendi
  • Air gas
  • Tapai
  • Pisang
  • Teh susu
  • Air nyor aka air kelapa
  • kacang *semua jenis

Sekian untuk kali ini. Jumpa lagi di entri seterusnya ye.

Rujukan Bersama 
Www.mingguanwanita.my
Perubatandrrasid.com







Share this :

Previous
Next Post »

6 ulasan

  1. etuza suka makan semua tu terutama pisang ..

    BalasPadam
  2. tu la tadi masa baca tajuk, ingat kan madu.. lepas tu heran, kenapa pulak madu nak kena elakkan.. hahaha.. rupanya medu...
    nice share..

    BalasPadam
  3. Tq share. at least tahu apa yang perlu dielakkan

    BalasPadam
  4. good sharing cik tie..k.fiezz pun tak tahu pasal medu ni...

    BalasPadam
  5. good sharing cik tie..k.fiezz pun tak tahu pasal medu ni...

    BalasPadam
  6. hmmmm tq for this info.
    ada few feveret food aida kat situ.

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com