Sabtu, 13 Oktober 2018

Hadiah Utama Honda City Untuk Direbut : Domino’s Pizza & Pepsi Black Memberi Ganjaran Hadiah Bernilai RM130,000 kepada Pelanggannya

Hadiah Utama Honda City Untuk Direbut : Domino’s Pizza & Pepsi Black Memberi Ganjaran Hadiah Bernilai RM130,000 kepada Pelanggannya| Nikmati pizza Domino’s kegemaran anda yang dipadankan bersama Pepsi Black tanpa kalori semestinya tidak akan pernah mengecewakan. Domino's Pizza telah bekerjasama bersama rakan kongsi syarikat perniagaan minuman, iaitu Etika dalam menjayakan satu peraduan baharu yang menarik buat semua pencinta pizza yang menawarkan peluang untuk memenangi hadiah bernilai lebih daripada RM130,000!

En. Shamsul Amree, Encik Santharuban T. Sundaram, Pn Linda Hassan semasa pembentangkan Bold Combo baru yang boleh didapati dari 8 Oktober hingga 4 November 2018

Berpegang pada janjinya untuk terus mempertingkatkan pengalaman buat pelanggannya, Domino’s Pizza telah melancarkan peraduan yang dinamakan sebagai Setiap Orang Adalah Pemenang, ‘Everyone’s A Winner’, yang dicipta khas untuk pencinta pizza tegar dengan hadiah-hadiah yang menakjubkan untuk dibawa pulang. Hadiah utama merupakan sebuah kereta baharu, Honda City bernilai RM80,000. Selain itu, terdapat sejumlah hadiah bernilai sehingga RM130,000 untuk direbut. 

Antara hadiah lain adalah tiga buah Samsung Galaxy S9, 10 unit Logitech G560 Speakers Gaming, 20 unit Samsung Gear VR berserta Alat Kawalan, 50 baucer pizza Domino’s bersaiz besar berserta Breadstix / Cinnastix percuma tanpa had dengan pembelian minimum, sah selama 2 minggu. Peraduan ini akan bermula pada 8 Oktober hingga 4 November 2018 dan dengan setiap pembelian Domino's Bold Combos, pelanggan akan layak menyertai peraduan ini.


Pada pelancaran peraduan ini, Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino's Pizza Malaysia dan Singapura berkata, "Peraduan ini adalah satu peluang yang baik untuk kami memberi ganjaran kepada para pelanggan dengan pelbagai hadiah untuk dimenangi. Semua orang mempunyai peluang yang luas untuk menang! Kami berasa amat berbesar hati dengan sokongan berterusan yang diberikan oleh pelanggan kami selama ini dan peraduan ini adalah cara kami untuk memberi penghargaan buat mereka." 

"Minuman ringan memang sepadan bila digabungkan bersama pizza. Bekerjasama dengan Pepsi Black melalui Etika adalah satu bonus untuk kami. Dalam persekitaran yang dinamik dan berubah-ubah ini, pelanggan sentiasa mencari sesuatu yang baru dan menarik. Oleh itu, kami menggunakan inovasi untuk memberi tawaran dan perkhidmatan yang lebih maju ke hadapan. Domino's Pizza menekankan pendekatan yang berpandangan jauh ke hadapan apabila membangunkan produk baharu serta meningkatkan perkhidmatan kami untuk memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah-ubah. Ini melengkapi ciri-ciri Pepsi Black sebagai minuman masa hadapan. Sebagai rakan kongsi, mereka memahami visi kami dan sejajar dengan aspirasi yang sama untuk menggerakkan jenama ke hadapan, "kata Linda.

"Kami telah bekerjasama dengan Domino's Pizza dan menerusi kolaborasi ini, kami telah menyediakan pelanggan dengan platform yang menarik untuk memberikan satu pengalaman yang berbeza buat mereka. Resipi kola yang unik kami dibangunkan berdasarkan sentimen pengguna dengan kemajuan teknologi inovatif. Demi memahami gaya hidup pengguna yang mendambakan produk harian yang sihat, Pepsi Black adalah satu pilihan ideal bagi mereka yang ingin menikmati kola tanpa sebarang kalori, dengan penuh rasa padat. Kami mempunyai ciri-ciri yang sama dengan Domino’s kerana kami berkongsi segmen pengguna bersama. Kerjasama seperti ini mewujudkan peluang yang berharga untuk pengguna nikmati, " kata Santharuban T. Sundaram, Naib Presiden Pemasaran di Etika Sdn Bhd.

Sebagai jenama yang sentiasa menawarkan nilai hebat kepada pelanggan, mulai 8 Oktober dan seterusnya pelanggan Domino’s Pizza boleh merebut Bold Combos yang terdiri daripada Bold Buddy Combo pada RM35.90 dan Bold Super Combo pada RM55.90. Di samping itu, pelanggan boleh menikmati 2 Pizza Deals yang boleh didapati dari RM28.30 untuk dua pizza bersaiz biasa, RM47.15 untuk dua pizza bersaiz besar dan RM66.05 untuk dua pizza bersaiz Xtra besar. 

Untuk ganjaran yang lebih banyak, pelanggan boleh memilih 2 Pizza Deals dengan Keju Ekstra daripada hanya RM30.65 untuk dua pizza bersaiz biasa dengan 50% ke atas Keju Ekstra, RM50.45 untuk dua pizza bersaiz besar dengan 50% Keju Ekstra dan RM70.30 untuk dua pizza bersaiz Xtra besar dengan 50% ke atas Keju Ekstra.

Penyertaan untuk peraduan ini adalah mudah. Dengan pembelian sebarang pizza berserta Pepsi Black 1.5L pelanggan layak menyertai peraduan. Pelanggan kemudian hanya perlu menyertai permainan ‘Kira Pepsi Black dan Pizza yang tersembunyi’ dan letakkan slogan yang paling kreatif menerusi laman web www.dominos.com.my/EveryoneIsAWinner. Pelanggan yang mempunyai mata terkumpul tertinggi semasa tempoh peraduan akan memenangi sebuah kereta. Di samping itu, bagi setiap pembelian sebarang pizza yang berserta dengan sebotol 1.5L Pepsi Black, pelanggan akan mengumpul 1 mata dengan setiap RM1, manakala dengan setiap pembelian 2 Pizza Deals berserta Pepsi Black 1.5L atau Bold Combos, pelanggan akan mendapat 2x mata ganjaran. Peraduan terbuka kepada semua pelanggan di Semenanjung Malaysia. Bagi pencinta Domino’s Pizza di Malaysia Timur, tunggukan pengumuman selanjutnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peraduan Domino's Pizza Malaysia's Everyone’s A Winner serta sebarang promosi yang akan datang, sila layari laman web kami di www.dominos.com.my/EveryoneIsAWinner.

Mengenai Domino’s Pizza 
Dengan penghantaran lebih 1 juta piza sehari di seluruh dunia, Domino’s merupakan syarikat penghantaran piza paling pantas berkembang dan terkenal di dunia dengan komitmen untuk mempelopori industri dari segi kualiti produk dan kecemerlangan operasi. Domino’s Pizza, Inc. mengendalikan rangkaian global 14,000 cawangan miliknya dan francais di seluruh Amerika Syarikat dan lebih 85 pasaran. Di peringkat antarabangsa, Domino’s disenaraikan dalam kumpulan lima syarikat teratas dari segi transaksi dalam talian.

Domino’s Pizza Malaysia adalah pasaran Domino’s yang mencapai pertumbuhan paling pesat di Asia Tenggara dan kelima di Asia Pasifik. Ditubuhkan pada 1997, Domino’s Malaysia diuruskan oleh pemegang francais utama, Dommal Food Services Sdn Bhd. Sehingga ini, terdapat 217 cawangan Domino’s Pizza di negara ini.

Di Domino’s Pizza, kami BERBANGGA dengan komitmen kami untuk memperkaya kehidupan pelanggan kami, kakitangan kami, rakan niaga kami, pemegang saham kami dan juga masyarakat. Sebagai salah satu jenama paling digemari di Malaysia, kami akan melakukan lebih lagi untuk mengukir senyuman di wajah anda dan juga menegakkan budaya kami untuk ‘menjual lebih piza, mencetus lebih keseronokan’. Selaras dengan falsafah syarikat kami untuk berusaha secara bijak, Domino’s komited untuk memberikan pengalaman penghantaran piza yang tiada tandingan kepada pelanggan, dengan jaminan kepuasan produknya, jaminan penghantaran dalam masa 30 minit dan jaminan pesanan bawa pulang dalam masa 15 minit. 

Melangkah maju sebagai syarikat e-dagang, Domino’s Pizza telah mencipta banyak pencapaian pertama dalam platform digital. Domino’s Pizza Malaysia telah menggunakan dunia digital dengan sebaik mungkin dan ini bermula apabila diiktiraf sebagai syarikat QSR pertama yang menyediakan platform pesanan dalam talian oleh Buku Rekod Malaysia dengan pelancaran laman webnya pada 2003. Sejak itu, platform pesanan dalam taliannya telah diperluas dan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pengguna. 

Domino’s Pizza Malaysia merupakan pemenang Anugerah Gold Franny 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2016, iaitu Anugerah Pencapaian yang disanjung tinggi daripada Persatuan Francais Antarabangsa di Perhimpunan Sedunia Domino’s Pizza. Berbekalkan keyakinan yang ditunjukkan oleh pengguna Malaysia, Domino’s Pizza telah memenangi Anugerah Gangsa dalam kategori “Restoran & Makanan Segera” di Anugerah Jenama Putra 2014, Perak pada 2015, Gangsa pada 2016 dan Perak pada 2017.

Mengenai Syarikat Kumpulan Etika 
*Syarikat Kumpulan Etika dan anak-anak syarikatnya terlibat terutamanya dalam pembuatan, pengedaran dan pemasaran beberapa minuman halal terkemuka di Malaysia. Hari ini, Kumpulan adalah salah satu syarikat FMCG terkemuka di negara ini dengan kedudukan kepimpinan pasaran dalam industri minuman dan tenusu. Beribu pejabat di Kuala Lumpur, pasaran Kumpulan dan mengedarkan beberapa jenama global PepsiCo seperti Pepsi, Sting, Evervess, Mirinda, 7Up, MUG, Revive Isotonic, Gatorade, Lip Ice Ice, Tropicana dan Mountain Dew secara eksklusif di Malaysia. Etika juga mengilang, mengedar dan memasarkan WONDA Coffee dan Calpis yang dicetak oleh Asahi, Jepun, serta pelbagai jenis minumannya di bawah cap dagang Chill Asian Drinks, Frost, Bleu Water, Kickapoo, Goodday Milk dan Dairy Champ.

*Etika Beverages Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Permanis Sdn Bhd) (15978-V), Etika Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Permanis Sandilands Sdn Bhd) (17296-P), Champs Water Sdn Bhd (540703-V), Etika Vending Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Permanis Vending Sdn Bhd) (493666-X), Etika Distributions Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Permanis Distributions Sdn Bhd) (770956-P), Etika Dairies Sdn Bhd (380823-U), Etika Foods Marketing Sdn Bhd (720089-H), Etika Global Resources Sdn Bhd (712752-M), Golden Difference Sdn Bhd (913987-H), Etika Fresh Milk Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Susu Lembu Asli Marketing Sdn Bhd) (127844-D), Etika Fresh Milk Manufacturing Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Susu Lembu Asli (Johor) Sdn Bhd) (87970-X), Etika Consumer Sdn Bhd (972407-M) dan General Packaging Sdn Bhd (3488-V) (secara kolektif dirujuk sebagai “Syarikat Kumpulan Etika”)


1 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.