Balm Kunyit Hitam by Najlaa Baby Skincare | Alhamdulillah, mujarab juga balm kecil ni. Kecil-kecil cili padi ianya ni, kalau dalam bahasa lainnya kecil bukan sebarang kecil. Sapu bukan sebarang sapu. Sapu untuk hangatkan badan! Cewahhh haha
Balm Kunyit Hitam! Ini bukan pertama kali ciktie cuba balm keluaran Najlaa Baby Skincare. Produk yang dirumus khas daripada minyak kelapa dara dan ekstrak herba perubatan tanpa sebarang bahan kimia berbahaya. Sedap rasanya. Mula-mula sapu tu memang tak berapa nak terasa apa-apa lepas tu baru terasa sedikit hangatnya tu tapi tiadalah terasa kuat sangat. Dekat baby pun kita boleh tolong sapukan. Tiadalah kembung sangat perut si kecil anda tu. Mula-mula ciktie dapatkan produk ini untuk kegunaan anak buah je. Produk mula-mula ciktie dapatkan hari tu adalah herba oil dengan baby balm!
Anak buah ciktie sorang tu memang ada penyakit lelah. Itu yang ciktie dapatkan Baby Balm tu. Herbal oil pula untuk membantu bayi tidur lebih lena dan juga mengatasi kembung bayi.
Kali kedua ciktie repeat order ciktie ambil 1 set termasuk sabun, herba oil, baby balm, lotion, serum, minyak zaitun rasanya. Tapi masa ni balm kunyit tak keluar lagi rasanya. Lepas tu baru ciktie order balm kunyit hitam ni. Dan masuk kali ini dah 4 kali repeat dah rasanya. 3 kali dengan ex-my boss dan sekali dengan member office. Dan kalau nak tahu balm ini memang laku keras !! Selalu sangat habis stok
Dua tiga menjak ni cuaca panas je. Bila dah panas ni mulalah berpeluh. Bila dah berpeluh tu ada kalanya mulalah gatal-gatal! Bila dah gatal tu sedaplah mengaru.Garu punya garu tak sedar dah luka hmmm bila dah luka ni. Baru nak cari ubat. Sapu balm ni nipis-nipis dekat luka tu malam tu sebelum tidur, esok pagi tengok luka tu dah ok dah. Gatal-gatal pun dah ok dah.
Balm Kunyit Hitam diperbuat daripada extra virgin coconut oil, olive oil, essential oils, menthol, herb extracts, kunyit hitam, Vitamin A &E !
Sesuai untuk semua orang tak kira muda atau dah berusia aka warga emas.
Cara gunanya senang je! Sapu macam balm biasa dekat belakang tubuh, tulang keringat. Kalau kena cuaca sejuk sedap guna balm ni. Rasanya hangat je. Tidur pun lebih lena. Bukan kita je anak-anak kecil pun sama. Bila diorang dah lena kita pun senang hati. Nak buat kerja pun ok sikit. Tiada lagi dengar diorang merengek sangat pun kan hehe
Antara kegunaan lain balm Kunyit Hitam ini ialah untuk selsema, batuk, resdung, gatal-gatal kulit, digigit serangga, merawat luka kecil, pening kepala, buang angin dalam badan dan banyak lagi.
Untuk info yang lebih jelas boleh dapatkan dari stokis ataupun ejen-ejen sah Najlaa berdekatan sekarang ataupun boleh Whatsapp hubungi Puan Marini >>KLIK SINI<< ataupun Tengku Faizan >>KLIK SINI<<
bagus balm ni banyak kegunaan..:)
BalasPadamTahniah kerana anda menjadi top komen di blog rabia. Ada hadiah header untuk anda.
BalasPadamtq for sharing, ciktie.
BalasPadamaida suka produk gini.
izzat da lebih kurang sebulan free 100% from selsema, setelah 2-3 bulan mengidap tau.
masa tu kan cuaca sejuk malaysia ni hi hi hi hi...
kesian kat dia asyik telan ubat klinik, aida amalkan sapu2 gini tau.
alhamdulillah. sambil sapu, sambil doa dan selawat nabi. sihat.
until now selang 2-3 hari, mlm, maintain amalkan meskipun dia tak selsema batuk dah.
cegah lebih baik, kan :)
bahan - bahan pun dari organik yer
BalasPadamKali pertama tahu ada balm kunyit hitam ni, mmg mouse mommy tahu kunyit byk khasiat dan juga kegunaan. Nnt sy nak beli satu utk cuba. Terima kasih.
BalasPadamdah makin popular jugak yea Najlaa baby balm ni hehe..before ni ada nampak kawan jual, tapi belom sempat try lagi mana2 item sebab still bnyk lg stock lain yg sedia ada. mm tp ada menthol tu pulak yea, kalau semua bahannya natural lagi menarik ni hehe. overall not bad jugak tgk balm ni punya range 😊
BalasPadamBagus balm ni sebab guna guna bahan organik je ..akak mmh mencari balm sebab rajin kena semput...kalau yg panas sikit pun ook..nanti bleh try la balm ni
BalasPadambagus ni. aida memang amalkan sapu2 gini kat izzat.
BalasPadamdan juga Nurin & Syuhada masa diorang kecik2 dulu.
lebih natural.
sapu luar je. tak libat makan2 kan.
anak2 pun takde masalah. bila kena telan tu yg diorang ada takut skit hi hi hi...
bagus ni. byk guna nya. tiap famili mesti ada kat rumah.
Pertama kali dengar produk keluaran daripada Najlaa ni...teruja pulak nak cuba..Kunyit hitam tu ade beza ke dengan kunyit hidup biasa tu ye?
BalasPadamjenama najlaa ni ramai mak2 yang pakai sbb berkesan.tapi ada jugak yang tak serasi.tengok baby jugak kan?
BalasPadamramai yang guna balm najla ni kan.tengok banyak jugak feedback baik pasal balm ni.nanti nak suggest dkt bini la.
BalasPadamSelalu i guna balm garlic je if anak kena selsema ke apa, first time tau ada balm kunyit juga. As a mom harusla try hahaha sebab tak sanggup kuning2kan jari lumur kunit kat anak
BalasPadamBalm kunyit hitam tk pernah lg dengar. kalau org yg selalu sakit tulang tu sesuai la kan try. hehe
BalasPadamWahhhh bagus nie untuk seisi keluarga. Terutama sekali bayi kecil. Senang kembung perut xleh nak lena tidur. Hopefully dgn adanya balm nie dpt membantu
BalasPadamBalm kunyit Hitam? Menarik sekali produk ni... Nak cubalah untuk Anak saya
BalasPadam1 produk boleh byk kegunaan nya.. memang kunyit hitam byk khasiatnya. Br tahu ada balm kunyiy hitam. Tapi liez pernah tby org jual kunyit hitam, harga dia mahal jugak
BalasPadamBaguslah balm camni.. AM suka sbb AM pun kalu badan gatal, menggaru memang xingat dunia.. abis melecet.. bolehla AM cuba.. terima kasih atas perkongsian
BalasPadamPertama kali dengar balm kunyit. Tak pernah terfikir kunyit dibuat balm, tapi macam bagus juga kalau gabung benefit dia.
BalasPadam