Selamat Hari Merdeka | Selamat Hari Merdeka yang ke-61 negaraku Malaysia !! Bertuah sangat kita menjadi salah seorang dari rakyatMu. KeranaMu kita bebas melakukan apa saje. KeranaMu kita tak rasa takut apatah lagi gusar. KeranaMu negara berada dalam aman damai. KeranaMu perpaduan dikalangan warganya terus utuh ! KeranaMu juga negara akan terus aman, makmur dan maju dipersada dunia. In Shaa Allah, semoga apa yang kita kecapi selama ini akan terus berkekalan dan diwarisi oleh keturunan anak cucu cicit kita pula selepas ini. Aamiin.
Taksiran merdeka itu sediri pun sebenarnya subjektif. Bergantung kepada kita yang mentaksirkannya. Kalau orang dulu berusaha keras untuk membebaskan negara daripada penjajah. Jadi kita kenalah berusaha berjuang pertahankannya pula. Jangan sesekali biarkan negara kita jatuh ! Diperlekehkan apatah lagi. Barulah kena dengan tema kemerdekaan tahun ni - #sayanginegaraku.
Seronok tengok persembahan perarakan sambutan hari merdeka pagi tadi. Tengok depan tv ajelah tapii rasanya lagi seronok kalau dapat join tu. Ada yang terlibat dengan perbarisan ke tadi?? Kalau ada mesti seronok tu kan ?? Meriah sangat tengoknya tadi. Kalau sebelum ini sambutan dibuat dekat stadium merdeka tapi kali ini ia dibuat di Putrajaya. Kawasannya pun luas je. Lebih ramai yang dapat join.
Nikmatnya sesekali bila dapat sama-sama bercuti macam ni ! Dapat bersama-sama berkumpul, buat aktiviti bersama tapii aktiviti biasa ajelah hari ini. Bawa anak buah pergi main mainan dekat pasaraya sambil-sambil tunggu mak diorang beli barang sikit. Bukan nak mewahkan diorang dengan mainan dalam pasaraya tu cuma masa itu ajelah yang sempat kita luangkan untuk buat aktiviti bersama hari ni sebelum diorang balik. Dekat taman bukan tak boleh cuma macam tak berapa nak kena lagipun risau juga kalau bawa diorang ke taman tu nanti ada yang meragam tak nak balik. Biasa sangat terjadi ni jadi lebih baik elakkan dulu.
Seronok dapat bawa anak2 berjalan kan..masa ni lah kita luangkan masa lebih sikit dgn anak2.. hihihi
BalasPadamSalam Merdeka Cik Tie :)
BalasPadamSalam merdeka :)
BalasPadamSalam Merdeka Cik Tie..betul, org dulu bersusah payah nak memerdekakan negara kita..tugas kita generasi kini pertahankan dari dijajah semula..tapi budak2 zaman skrg dah tak jiwa patriotik..paling simple tgk dari segi penggunaan bahasa..ramai yg lagi suka menggunakan bahasa inggeris dari bahasa ibunda kita..bukan tak boleh nak ckp bahasa omputih tu tapi utamakan bahasa kebangsaan kita dulu..ni sejak anak2 kecik lagi, dh speaking kat rumah..huhu...kdg2 k.fiezz tgk budak2 yg dah diajar speaking dari kecik ni, 'eh dorang ni boleh ke berbahasa melayu..faham ke kalau kita cakap dengan dorang'..

BalasPadamselamat hari merdeka cik tie!!!
BalasPadamSelamat hari merdeka lambat wish hahaha
BalasPadam