Perlumbaan bot di Tambatan D'Raja | Aaiii selamat malam korang !! Tengah buat apa tu.. dah makan malam ke?? Atau dah on diet. Ehhh kalau nak makan pun dah lewat ni.. tapi kalau tak makan karang lapar pula. Hmm belasah ajelah janji hati senang iya tak??
Sebenarnya ciktie nak kongsikan satu program sempena Hari Kebangsaan yang Ke-61 di Menara Tinjau, Tambatan D'Raja, Sungai Kelantan Jumaat ni iaitu Program Kejohanan Perlumbaan Bot !! Kalau tak silap ini buat pertama kalinya program perlumbaan dan perarakan bot seumpama ini diadakan di Kota Bharu. Jadi korang semua terutamanya warga Kelantan dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program pada hari itu.
Program ini akan bermula dari pukul 8 pagi hingga 6 petang. Ia bertujuan untuk memupuk semangat kemerdekaan dan cintai negara disamping mencungkil bakat dan kemahiran golongan muda terhadap sukan lasak seperti ini.
Program yang bakal dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan ini dijangka disertai lebih 50 buah bot yang terbahagi kepada 3 kategori iaitu :-
Macamana gayanya itu ciktie pun belum pernah tengok lagi. In Shaa Allah tiada aral nanti sama-samalah kita saksikan. Program anjuran Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) Negeri Kelantan dan Kerajaan Negeri ini turut mendapat kerjasama dari Jabatan Belia & Sukan, Bomba, Kenterian Pelancongan, Seni & Budaya, Polis, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI). Antara acara lain dalam program itu adalah cabutan bertuah, sukan air dan juga perarakan bot membawa jalur gemilang.
Sumber : utusan

- Bot fiber enjin Bot 'scamper'
- Bot fiber enjin 15 kuasa kuda
- Bot enjin galah
Macamana gayanya itu ciktie pun belum pernah tengok lagi. In Shaa Allah tiada aral nanti sama-samalah kita saksikan. Program anjuran Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) Negeri Kelantan dan Kerajaan Negeri ini turut mendapat kerjasama dari Jabatan Belia & Sukan, Bomba, Kenterian Pelancongan, Seni & Budaya, Polis, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI). Antara acara lain dalam program itu adalah cabutan bertuah, sukan air dan juga perarakan bot membawa jalur gemilang.
Sumber : utusan
good sharing
BalasPadambestnya kalau boleh pergi tengok.. ;)
BalasPadamkelantan! jauhnya hihi. kalu dekat bleh gi ")
BalasPadamLama dah tak g tambatan di raja hahaha sejak merantau ni
BalasPadam