Khamis, 13 September 2018

Atasi masalah kulit ekzema dan psoriasis dengan suu balm

Atasi masalah kulit ekzema dan psoriasis dengan suu balm | Suu balm!! Apa tu ?? Sebenarnya ciktie pun baru firsttime dengar nama produk yang disyorkan oleh kebanyakan pakar dermatologi dan para doktor ini. Diformulakan di National Skin Centre, Singapura. Ia mampu bertindak untuk melegakan kegatalan kulit seperti ekzema dan psoriasis, menghilangkan rasa gatal-gatal dengan cepat sekaligus mengurangkan ketidakselesaan mereka yang mempunyai masalah kulit. Tiadalah kita asyik nak mengaru je ! Kalau kat tempat awam lagi haru memang hanya mampu menahan rasa ajelah..tak sabar tunggu masa nak garu puas-puas hahaha


Seperti yang kita tahu ekzema dan psoriasis merupakan penyakit kulit. Ciri-ciri kedua-duanya pun hampir sama iaitu kedua-duanya penyakit kulit yang kronik menyebabkan kulit menjadi merah, kasar dan kering. Dengan cuaca yang panas seperti sekarang ia memang penyumbang utama kejadiannya. 

Ekzema lebih dikenali sebagai Sejenis penyakit kulit yang menyebabkan keradangan, kegatalan, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Ia mempunyai kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia. 



Ia boleh dihidapi oleh pelbagai lapisan umur termasuklah kanak-kanak. Tapi biasanya ia lebih banyak dihidapi oleh kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Antara tanda-tanda awal adalah seperti kulit mula kelihatan kering, merah, meradang, mengelupas, meretak, melepuh atau bernanah tetapi ia tidak ditutup dengan sisik kulit mati.



Kesan ia pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala. Manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.  Ia juga boleh terjadi pada mana-mana anggota badan dan menyebabkan gatal-gatal luarbiasa terutamanya pada baby kerana mereka sentiasa mudah terdedah kepada bermacam alahan terutamanya pemakanan. 



Begitu juga faktor hypersensitiviti kulit bayi terhadap persekitaran seperti kebersihan dan pencemaran udara juga merupakan punca utama ekzema berlaku. Faktor dan punca alahan tersebut antaranya adalah seperti pewarna, kain, sabun, haiwan dan perengsa lain. 

Sebagai contoh, lampin dan krim bayi boleh merengsakan kulit sensitif, menyebabkan ruam lampin yang melampau. Dalam beberapa keadaan tertentu, ekzema mampu meliputi keseluruhan kawasan yang bersentuhan dengan lampin.

Selain itu, faktor keturunan juga dikatakan sebagai punca utama penyakit kulit kronik ini. 



Psoriasis pula adalah keadaan penyakit autoimun kronik yang menyebabkan berlakunya pengeluaran sel-sel kulit secara berlebihan. Sel-sel mati membentuk tompok putih yang tebal serta bersisik.  Ia biasanya terjadi dekat siku, lutut, kulit kepala, dada dan bahagian bawah belakang badan. Walau bagaimanapun, ianya boleh timbul di mana-mana saje permukaan kulit termasuk di bahagian sulit. 

Psoriasis juga boleh menyebabkan kuku yang menjadi rapuh dan kekuningan dan ada juga yang mengalami masalah sendi-sendi (arthiritis). Walaupun penyakit ini tidak berjangkit apabila bersentuhan tetapi keadaan fizikalnya kelihatan boleh mencacatkan rupa bentuk kulit seseorang.




Dengan ceramides ia juga bertindak memulihkan fungsi perlindungan kulit ! Melembapkan kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak ataupun melekit. Lagi satu yang bestnya suu balm ini ia selamat dan boleh digunakan pada kulit sensitif.

Teksturnya yang licin tak berminyak dengan rasanya yang dingin (mentol) bukan je bertindak dengan cepat tetapi juga menyenangkan ! Hanya dengan sapukan sekerap mana yang boleh pada tempat yang gatal dan kering. Tapi jangan pula sapu pada bahagian yang luka elakkan dari terkena mata ataupun mulut dan 1 lagi kalau korang ada alergi pada mana-mana kandungannya ini, sila jangan guna krim ini ye.



Untuk maklumat lanjut kita boleh layari
Facebook  : @suubalmmalaysia
Instagram : @suu_balm
Website : www.suubalm.com


3 ulasan

  1. Bagus ni, zumal rasa nak cuba juga la

    BalasPadam
  2. Sekarang macam-macam ubat ekzema di pasaran s pesakit ekzema boleh tarik nafas lega berbanding dulu, susah betul cari penawar ekzema.. By the way, thanks for sharing Cik Tie..

    BalasPadam
  3. ada member kat ofis, anak dia menghidap ekzema ni...uishhh..teruk yeak rupanya ekzema..saya ingt biasa je..huhu...bila member bercerita pasal anak dia tu..dengan dia pun kena pantang makan gak sbb bf..aduh..salute...

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.