Bila ciktie bermadah

September 30, 2018 8 Comments
Bila ciktie bermadah
Bila Ciktie Bermadah | Kita tak mungkin dapat menjadi seperti yang diingini orang lain tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk tidak menambah bebanan kepada orang lain. Setiap orang punya masalahnya sendiri. Air yang tenang jangan disangka tidak bergelora dan air yang bergelora belum selamanya macam tu.


Walaupun mendung hitam mula menghiasi langit terang. Tak semestinya hujan nak turun ! Dan biarkan saje orang bercerita tentang keburukan kita.  Anggap saje orang tu memang sempurna yang amat. Hanya kita yang lebih tahu siapa diri kita sebenarnya. 


Cara Mudah Transfer Duit Dari Maybank Guna Phone

September 30, 2018 6 Comments
Cara Mudah Transfer Duit Dari Maybank Guna Phone
Cara Mudah Transfer Duit Dari Maybank Guna Phone | Taktau bagaimana nak transfer duit melalui akaun Maybank ke akaun Maybank orang lain ?? Ataupun taktau macamana nak transfer ke akaun bank lain?? Kadang-kadang tu bukan tak tahu tapi dah lupa pun boleh jadi. Iyalah kena pula sekali sekala je gunanya lagilah kan??. Jadi untuk mengelakkan hal ini berulang lagi kita tampal sini ketat-ketat bagaimana cara mudah transfer duit dari akaun Maybank ni ye. 

Tapiii sebelum itu kenalah pastikan yang kita ni betul-betul ada akaun Maybank dan sudahpun daftar secara online !! Kalau takde tak dapat nak tulonglah ye. Ok, langkah seterusnya boleh rujuk tatacara berikut ni.


Cara Mudah Transfer Duit Dari Maybank Guna Phone
Buka website Maybank2U (www.maybank2u.com.my)
  • Masukkan Usernama & password.



Klik simbol 3 titik. Sebelah 'Savings Account-i' kemudian pilih 'Transfer Funds' !! 


Seterusnya dekat 'Transfer Topilih 
  • 'Other Accounts' (Maybank and other banks) dekat Other Accounts
  • Pilih bank yang kita nak dekat 'New Transfer' Tak kisahlah mana-mana bank ye. Tapiii tutorial ini hanya untuk akaun Maybank ajelah

Masukkan no.akaun, amaun yang ingin dipindahkan dan juga maklumat ringkas transaksi contohnya seperti no.bil, no.invois, no.telefon DLL)

Seterusnya klik button 'Transfer' bawah ia tu.

Kemudian tekan button 'Request' untuk dapatkan no.tac !!

Masukkan no.tac yang dihantar ke handphone kita sebelum klik button 'Confirm'

Klik 'Save Receipt' untuk simpan resit transaksi tu


Dah siap !! Amacam ?? lagi senang kan guna phone untuk transfer duit !! Semoga bermanfaat semuanya...






McDonald’s Terima Anugerah Berprestij

September 28, 2018 4 Comments
McDonald’s Terima Anugerah Berprestij
McDonald’s Terima Tiga Anugerah Berprestij Sumber Manusia | Syarikat komited tingkat pembangunan modal insan menerusi penglibatan aktif dalam Sistem Latihan Dual Nasional di bawah Kementerian Sumber Manusia.


Tahniah McDonald’s kerana baru-baru ini  telah menerima tiga anugerah berprestij Sumber Manusia yang mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai salah sebuah syarikat paling berdedikasi dan merupakan aspirasi untuk bekerja. Tiga anugerah yang diterima itu adalah :-
  • Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia 2018 (Edisi Malaysia) (Best Companies to Work for in Asia 2018 (Malaysia Edition)) oleh HR Asia; 
  • Majikan Terbaik di Malaysia 2018 (Best Employer in Malaysia 2018) oleh AON; dan 
  • Majikan Francais Terbaik 2018 (Best Franchise Employer 2018) oleh Persatuan Francais Malaysia (MFA).


"Kami amat teruja menerima penghormatan ini. Menjadi penerima tiga anugerah berprestij ini merupakan testimoni terhadap kejayaan jenama McDonald’s di Malaysia dan pengiktirafan terhadap kemantapan kepimpinan perniagaan kami yang mengutamakan bakat dan menekankan kepentingan modal insan sebagai penyumbang utama terhadap kejayaan dalam perniagaan”, kata Azhar Darbi, Pengarah Kanan Sumber Manusia, McDonald’s Malaysia.

Azhar menyatakan bahawa pengiktirafan yang diterima ini berkait rapat dengan Usul Nilai Pekerja (EVP) – Keluarga & Rakan-rakan (Family & Friends), dimana syarikat menganggap kakitangannya bukan sekadar rakan sekerja, tetapi sebagai ahli keluarga dan kawan. McDonald’s juga memberi Fleksibiliti (Flexibility) kerana mereka percaya bahawa setiap individu mempunyai keperluan yang berbeza-beza dan akhir sekali, McDonald’s menjanjikan Masa Hadapan (Future) yang cerah untuk kakitangannya dengan melengkapkan mereka dengan kemahiran diri dan pembangunan kerjaya untuk jangka masa panjang.

Selain itu, restoran khidmat segera ini juga menggalakkan “Budaya McDonald’s” atau “McDonald’s Culture” yang terdiri daripada tiga teras – 
  • Mengutamakan Pelanggan (Guest-obsessed)
  • Lebih Baik Bersama (Better Together); dan 
  • Komitmen untuk Memimpin (Commitment to Lead) – yang menjadi panduan untuk kemajuan yang berterusan. 

Menerusi Budaya McDonald’s, syarikat amat komited untuk memastikan pelanggannya menikmati pengalaman yang terbaik di McDonald’s, menggalakkan semangat berpasukan sesama kakitangan dan sentiasa memberi impak positif terhadap industri khidmat segera, komuniti dan juga planet.


Di McDonald’s, kakitangan adalah lambang jenama dan merupakan aspek penting  dalam kejayaan kami. Kami hendak memanfaatkan skala saiz yang ada dengan menjadikan program pembangunan dan latihan sebagai cara yang membolehkan kakitangan kami melangkah maju ke hadapan, terutamanya, dibidang fungsi kerja dan kepimpinan. Sehingga kini, kami melaburkan lebih RM 8.2 juta setahun dalam pelbagai inisiatif pembangunan modal insan. Kesemua 12,000 kakitangan McDonald’s di Malaysia dikehendaki menjalani program pembangunan dan latihan berstruktur yang berterusan dalam peringkat kerjaya mereka agar mereka mampu memenuhi potensi diri,” tambah Azhar. 

Melangkah ke Hadapan dengan Sistem Latihan Dual Nasional

Bagi meningkatkan piawaian syarikat dalam pembangunan modal insan dan mengasah bakat baharu, McDonald’s turut terlibat secara aktif dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di bawah Kementerian Sumber Manusia. McDonald’s Malaysia merupakan pengendali restoran khidmat segera pertama yang menerima pengiktirafan SLDN daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

SLDN merupakan program berorientasikan latihan industri di mana ia menggabungkan situasi pembelajaran di tempat kerja dan juga di institut latihan. Sepanjang tempoh latihan selama 18 bulan, pelatih McDonald’s akan menerima 70 – 80 peratus pembelajaran melibatkan latihan praktikal di restoran dan 30 – 20 peratus pula merupakan pembelajaran secara teori di dalam kelas. 

Sebaik sahaja mereka lulus ujian penilaian dan peperiksaan akhir yang akan dijalankan di penghujung program latihan, mereka akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan Tahap 3 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran. Sijil ini melayakkan mereka untuk bekerja di restoran McDonald’s dan mengembangkan lagi kerjaya mereka.

Selain menerima tajaan penuh untuk program latihan, setiap pelatih juga diberi elaun sara hidup sebanyak RM1,200, manfaat insurans dan perubatan serta makanan percuma.

Pusat Latihan McDonald’s di Menara TH, Petaling Jaya merupakan pusat latihan di dalam kelas yang diluluskan untuk SLDN. Menjelang penghujung tahun ini, sejumlah 100 restoran McDonald’s akan diberi pensijilan sebagai lokasi latihan praktikal, melibatkan kira-kira 1,000 pelatih. Restoran-restoran tersebut terletak di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Latarbelakang McDonald’s

McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 35 tahun McDonald’s  kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di 270 restoran di seluruh negara.di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan McDonald’s menawarkan lebih 12,000 peluang pekerjaan di semua rangkaian restorannya termasuklah latihan dan perkembangan karier. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.



Domino’s Spreads Love with Free Extra Cheese For All Pizzas!

September 25, 2018 5 Comments
Domino’s Spreads Love  with Free Extra Cheese For All Pizzas!
Domino’s Spreads Love with Free Extra Cheese For All Pizzas! | Cheese, cheese and more cheese! And the best part is, it’s for free! Domino’s Pizza is splurging on giving free extra cheese for all pizzas to all its customers.

It is no secret that Cheese is the key ingredient to pizzas as it brings together all the flavors of the pizza toppings. Known for its promise in delivering value in exciting ways and forms, Domino’s Pizza is delighted to offer customers an enjoyable experience with one of Malaysia’s favorite ingredients. Inspired and always driven by its customers love for cheese, Domino’s is expected to give out free extra cheese from now until 7 October, 2018.


Shamsul Amree, Deputy President, Operations, Domino’s Pizza Malaysia and Singapore, said, “Domino’s Pizza is committed to enrich the lives of our customers and we are pleased to create value by giving extra cheese on all pizzas, without any additional cost for the entire month of September. The fact that many would opt for extra cheese is a strong indication of Malaysians love for cheese. This has inspired us to create this value campaign, especially to give back to our customers.”




“With current sentiments, customers are more cautious and thrifty with their spending. We understand what they may be facing and this was at the forefront of our thoughts as we created this campaign. We are proud to offer the best deals in town for our customers and we hope our customers will enjoy this month-long free cheese for all, in celebration of our love for all Malaysians.”

Committed to ensuring high quality products for its customers, Domino’s Pizza uses a specially developed cheese for its pizzas. It’s new and improved Mozzarella cheese presents a luscious, indulgent and creamy taste, the perfect combination for cheese lovers. As appealing as the taste, is the stringy and melted cheese texture in every bite that enhances the taste of the pizza toppings, without overpowering it.


During the campaign period, all pizzas will be topped with extra cheese for items bought as ala carte or through Domino’s various value for money deals. For even greater value, order the 2 Pizza Deals with free extra cheese at only RM28.30, RM47.15 and RM66.05 for the two Regular pizzas, two Large pizzas and two Xtra Large pizzas respectively. *Surcharge applies.

Get your extra cheese at all Domino’s Pizza stores. Visit our stores, order online at http://www.dominos.com.my/, or call 1300-888-333 to make an order.

To learn more about Domino’s Pizza Malaysia’s Value Campaign as well as other ongoing promotions, visit us at http://www.dominos.com.my/.


3 Brand Popular at Lazada

September 24, 2018 3 Comments
3 Brand Popular at Lazada
3 Brand Popular at Lazada | Sebenarnya dekat Lazada ni bukan 3..bukan juga 5 tapi banyak sebenarnya brand popular yang kita boleh dapat dekat situ. Dari se famous-famous brand sampailah ke brand yang langsung kita tak tau hehe yang tak tahu tu ciktielah. Iyalah biasanya ciktie shopping barang keperluan je. Barang kehendak memanglah banyak tapi tak bolehlah nak ikutkan perasaan sangat. Kena berpada-pada orang kata nanti ada juga yang karam sebelum waktunya tu hikhik. Jadi sebelum ia karam kenalah berhati-hati 🤭🤭


Macam yang korang tahu dekat Lazada ada macam-macam jenis brand, dari keperluan kanak-kanak, wanita, lelaki, peralatan dan perkakasan rumah, barangan elektrik elektronik, gajet, fesyen dan banyak lagilah. Dan macam biasa kita hanya pilih brand mana yang menjadi kesukaan kita. Kalau kena dengan bajetnya boleh terus 'ON' tapi kalau tak hehe masuk wish dululah sampai betul-betul mampu takpun tunggu masa ada promosi. Tapiii kadang-kadang itu tak jugakkk. Dah berkenan sangat dengan satu-satu barang tu menyebabkan kita tak fikir banyak dah !! Yang penting barang tu kita nak. Bab bajet dah jatuh no.2 ! Pendek kata masa tu mahal murah belakang kira dah. Apa orang kata alah membeli menang memakai, sesekali kena barang mahal pun tak apa. Janji puas hati dengan kualitinya, betul tak??


Tapiii ehh kejap korang, Lazada ada buat sales lah sempena Jualan Shopathon  (https://www.lazada.com.my/super-shopathon-sale/) 27 September 2018 ni. Gempaklah korang.. so, tunggu apa lagi bolehlah scroll website Lazada ni. 


bLOGGER CONTEST

Tapi sebelum tu berikut ini antara 3 Brand popular di Lazada yang menjadi kegemaran ciktie. Kalau ikutkan memang banyak sebenarnya brand kegemaran ni antaranya macam Maybelline, Samsung, Asus, Watsons, Huawei, Philips dan banyak lagilah. Tapi kita cerita 3 ni je dulu kenapa ia menjadi pilihan. Biasalah pilihan perempuan mestilah kebanyakan barang-barang pilihannya berasaskan kecantikan, sesuatu yang comel, cute, mudah, pelbagai guna apalagi ye hmmmm 🤔🤔 Jom layan jelahhh

Carlo Rino
Kebanyakan koleksi keluarannya CR ni ciktie suka. Baik dari segi design, warna, kualiti ia pun memang terbaik. Puas hati sangat. Design ia pun tak banyak dan yang paling penting boleh macth dengan semua event.


OEM 
Tak pernah tahu pun pasal brand ni tapiii kebanyakan pakaian budak perempuan brand inilah yang ciktie suka. Nampak simple dan ringkas je but i like it. Nampak comel je. Cuba imagine anak korang atau anak buah korang yang gayakannya. Sweet gitu kan



Tefal
Produk pelbagai guna, berkualiti, tidak melekat, mudah, cepat dan menjimatkan masa. Memang cukup-cukup membantu kita menyediakan masakan. Dan itulah juga sebab kenapa suka sangat ushar-ushar barangan tefal ni nak-nak Air Flyer tu. Teringin juga nak dapatkan satu. Kalau ikutkan dari segi harganya pun dah ok cuma itulah bajet pula terlebih dekat tempat lain huhu .. sabar ajelah.


Oklah inilah antara 3 Brand Popular di Lazada yang menjadi pilihan ciktie. Pilihan korang pula macamana pula??

Cekelat Semanis Honey

September 23, 2018 4 Comments
Cekelat Semanis Honey
Cekelat Semanis Honey | Cerita ni sebenarnya dah ditayangkan dah tahun lepas. Tapi baru malam kelmarin terlayan. Itupun secara tak sengaja dah tak tahu nak layan cerita apa dah. Kena pula mata tak mengantuk lagi masa tu. Sementara tak mengantuk tu kita layankan dulu cerita ni.


Menampilkan Siti Nordiana dan Fikry Ibrahim sebagai peneraju utama. Dibantu pula oleh Zurin Aziz sebagai manager artis dalam cerita ni hahaha lucu pun ada. Seronoklah pula layan cerita genre komedi romantik ni malam-malam hahaha. Memang tak menyesal langsung tidur lewat kelmarin tu.

Cekelat Semanis Honey mengisahkan Adam Iskandar (Fikry Ibrahim) seorang artis popular yang memilih kedai makan kepunyaan seorang ibu tunggal, Maya yang hidup susah bersama anaknya (lakonan Siti Nordiana) untuk bersembunyi bagi mengelakkan dikerumuni peminat. Kedai itu pula tiada pelanggan mana kecuali dia seorang jelah sebagai pelanggan tetap. Bagi mengelakkan kedai ini ditutup Adam telah meminta bantuan pengurusnya hahaha boleh gelak sesorang tengok karakter Adam Iskandar dan pengurusnya ni. Nak tahu apa jadi lepas tu kenalah tengok telemovie ni hikhik





Bintik apa ni ??

September 18, 2018 5 Comments
Bintik apa ni ??
Bintik apa ni ?? | Makin banyak pula bintik-bintik ni naik. Tengahari semalam my sis yang juga mak kepada si kenit Fatma ni ada tunjukkan bintik ni dekat ciktie. Tapii masa tu dekat kaki tu tiadalah timbul banyak camni. Balik kerja tadi tengok makin banyak pula. Bintik apa ni, bukan campak kan macam ni ?? 


Gatal katanya tadi !! Kesian pula tengok budak kecil ni. Nak elak dari dia mengaru terus je suruh mandi. Nasib baik dia nak je..kalau sebelum ini aduhaiii jenuh jugak la.




Dah bawa pergi jumpa doktor tapii dengar katanya tak sempat doktor nak tengok dia pergi menyorok belakang pintu. Takut benar dah dia bila kena jumpa doktor gara-gara kena sedut je sebelum ini. Sekarang ni duk main handphone maknya sambil-sambil main kain pastu main masak-masak. Kalau dah namanya budak memang tak pernah nak duduk diamlah kan. Sakit-sakit pun masih lasak !!





Daun Kekut ubat penyakit jantung ??

September 16, 2018 6 Comments
Daun Kekut ubat penyakit jantung ??
Daun Kekut ubat penyakit jantung ?? | Pernah dengar tak nama daun ni?? Daun Kekut !! Sebenarnya ciktie pun baru je tahu ni. Biasa juga dengar namanya ni tapiii tak pernah ambil pusing pula tentang kegunaannya. Orang kata daun pokok Kekut ini boleh mengubati penyakit jantung. Betul atau tak ciktie pun tak tahu jugak. Cuma tiada salahnya kita berikhtiar kan..


Caranya :- 
ambil dalam 7 helai daunnya dan direbus bersama 1' inci halia. Tutup api apabila agak-agak air rebusan tu kering bahagi dua dari air yang sebelum di masukkan tadi.

Minum airnya selama 2 hari dan free kan selang sehari. Maksudnya minum air rebusannya tu 2 hari berturut-turut pastu hari ke-3 jangan minum sebelum sambung minum hari ke-4 dan ke-5. Free kan hari ke-6 dan camtulahh seterus-seterusnya..

Halia tu diorang tak ketul ke apa pun. Hanya masukkan seketul macam tu selepas buang kulitnya.

Dan kebetulan dekat rumah sepupu tu ada pokok ni. Pokoknya nak kata tinggi tak adalah tinggi tapi nak kata rendah taklah juga sebab nak capai camtu je tak boleh. Kena guna kerusi juga nak ambil. Itupun dah rasa yang paling rendah dah. Dan hasil capaian itu macam inilah rupa daun Kekut tu !!


Kalau tak silap Pokok Kekut ni juga dikenali  dengan pokok ceri. Iya ke tak, tak tahulah.. ada antara korang yang tahu ke?










Atasi masalah kulit ekzema dan psoriasis dengan suu balm

September 13, 2018 3 Comments
Atasi masalah kulit ekzema dan psoriasis dengan suu balm
Atasi masalah kulit ekzema dan psoriasis dengan suu balm | Suu balm!! Apa tu ?? Sebenarnya ciktie pun baru firsttime dengar nama produk yang disyorkan oleh kebanyakan pakar dermatologi dan para doktor ini. Diformulakan di National Skin Centre, Singapura. Ia mampu bertindak untuk melegakan kegatalan kulit seperti ekzema dan psoriasis, menghilangkan rasa gatal-gatal dengan cepat sekaligus mengurangkan ketidakselesaan mereka yang mempunyai masalah kulit. Tiadalah kita asyik nak mengaru je ! Kalau kat tempat awam lagi haru memang hanya mampu menahan rasa ajelah..tak sabar tunggu masa nak garu puas-puas hahaha


Seperti yang kita tahu ekzema dan psoriasis merupakan penyakit kulit. Ciri-ciri kedua-duanya pun hampir sama iaitu kedua-duanya penyakit kulit yang kronik menyebabkan kulit menjadi merah, kasar dan kering. Dengan cuaca yang panas seperti sekarang ia memang penyumbang utama kejadiannya. 

Ekzema lebih dikenali sebagai Sejenis penyakit kulit yang menyebabkan keradangan, kegatalan, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Ia mempunyai kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia. 



Ia boleh dihidapi oleh pelbagai lapisan umur termasuklah kanak-kanak. Tapi biasanya ia lebih banyak dihidapi oleh kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Antara tanda-tanda awal adalah seperti kulit mula kelihatan kering, merah, meradang, mengelupas, meretak, melepuh atau bernanah tetapi ia tidak ditutup dengan sisik kulit mati.



Kesan ia pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala. Manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.  Ia juga boleh terjadi pada mana-mana anggota badan dan menyebabkan gatal-gatal luarbiasa terutamanya pada baby kerana mereka sentiasa mudah terdedah kepada bermacam alahan terutamanya pemakanan. 



Begitu juga faktor hypersensitiviti kulit bayi terhadap persekitaran seperti kebersihan dan pencemaran udara juga merupakan punca utama ekzema berlaku. Faktor dan punca alahan tersebut antaranya adalah seperti pewarna, kain, sabun, haiwan dan perengsa lain. 

Sebagai contoh, lampin dan krim bayi boleh merengsakan kulit sensitif, menyebabkan ruam lampin yang melampau. Dalam beberapa keadaan tertentu, ekzema mampu meliputi keseluruhan kawasan yang bersentuhan dengan lampin.

Selain itu, faktor keturunan juga dikatakan sebagai punca utama penyakit kulit kronik ini. 



Psoriasis pula adalah keadaan penyakit autoimun kronik yang menyebabkan berlakunya pengeluaran sel-sel kulit secara berlebihan. Sel-sel mati membentuk tompok putih yang tebal serta bersisik.  Ia biasanya terjadi dekat siku, lutut, kulit kepala, dada dan bahagian bawah belakang badan. Walau bagaimanapun, ianya boleh timbul di mana-mana saje permukaan kulit termasuk di bahagian sulit. 

Psoriasis juga boleh menyebabkan kuku yang menjadi rapuh dan kekuningan dan ada juga yang mengalami masalah sendi-sendi (arthiritis). Walaupun penyakit ini tidak berjangkit apabila bersentuhan tetapi keadaan fizikalnya kelihatan boleh mencacatkan rupa bentuk kulit seseorang.




Dengan ceramides ia juga bertindak memulihkan fungsi perlindungan kulit ! Melembapkan kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak ataupun melekit. Lagi satu yang bestnya suu balm ini ia selamat dan boleh digunakan pada kulit sensitif.

Teksturnya yang licin tak berminyak dengan rasanya yang dingin (mentol) bukan je bertindak dengan cepat tetapi juga menyenangkan ! Hanya dengan sapukan sekerap mana yang boleh pada tempat yang gatal dan kering. Tapi jangan pula sapu pada bahagian yang luka elakkan dari terkena mata ataupun mulut dan 1 lagi kalau korang ada alergi pada mana-mana kandungannya ini, sila jangan guna krim ini ye.



Untuk maklumat lanjut kita boleh layari
Facebook  : @suubalmmalaysia
Instagram : @suu_balm
Website : www.suubalm.com


Salam Maal Hijrah

September 10, 2018 4 Comments
Salam Maal Hijrah
Salam Maal Hijrah | Sekejap je masa berlalu dah masuk tahun baru. Cerita disebalik lipatan 1439H baru je ditutup dan bermulalah lebaran baru 1440H. Semoga lebaran baru kali ini lebih baik dan lebih bermakna lagi buat kita semua. 

1440H
Salam Maal Hijrah

Dan semoga yang baik yang elok sepanjang tahun lepas dapat dibawa dan diteruskan lagi pada tahun ini. Dan yang tak berapa nak elok tu kita boleh buatkan sempadan  bagi meneruskan kehidupan sepanjang tahun ini. In Shaa Allah, aamin..














Sinopsis Cinta Lemon Madu

September 07, 2018 7 Comments
Sinopsis Cinta Lemon Madu
Sinopsis Cinta Lemon Madu | Siapa yang layan drama Cinta Lemon Madu, 13 episode ini mesti dah biasa dengar lagu nyanyian Zara Ali - Bulan Indah ini. Sebenarnya masuk kali ini baru empat lima kali je sempat layan drama ni walaupun sebenarnya ia dah pun ditayangkan sejak 08 Ogos 2018 lagi. Setiap hari Rabu dan Khamis pukul 9 malam. Suka tengok lakonan Aidil Aziz yang asyik tersenyum je dalam drama tu tapii sekarang dah stress dah haha. Sape suruh kawin dua !! Kan dah pening..nasiblah second wife tu dah tau cerita sebenar. Tapii bestlah layan drama ni. Sweet-sweet camtu !!


Drama Cinta Lemon Madu arahan Hashim Rejab dan terbitan Sha's Media Sdn Bhd ini menampilkan gandingan utama Aidil Aziz (Firash), Ruhainies (Haida) dan Riena Diana (Aisyah). Dahpun menghiasi slot lestary di TV3.



SINOPSIS CINTA LEMON MADU 

Mengisahkan Firash yang telah diambil sebagai anak angkat dalam satu keluarga berada semenjak kematian ibunya sejak kecil. Haida, adik angkat Firash telah dijodohkan untuk berkahwin dengannya kerana ibu mereka risaukan kenakalan Haida. Sikap Haida yang masih muda dan masih mahu berseronok tidak disenangi Firash dan Firash sentiasa rasa terabai. Sehinggalah Firash berjumpa dengan Aisyah ketika menyelamatkannya dari peragut, Firash mula terjatuh hati dan seterusnya berkahwin dengannya tanpa pengetahuan Haida. Apakah yang berlaku seterusnya dalam perhubungan mereka bertiga?? Macamana agaknya Firash menangani permasalahan ini?? Sama-samalah kita saksikan ye...




Kejohanan Golf Amal RMHC raih RM440,000 untuk pembinaan Rumah Ke-2 Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia

September 06, 2018 2 Comments
Kejohanan Golf Amal RMHC raih RM440,000 untuk pembinaan Rumah Ke-2 Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia
Kejohanan Golf Amal RMHC raih RM440,000 untuk pembinaan Rumah Ke-2 Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia  | Sumbangan tambahan berupa wang tunai dan barangan dari rakan-rakan perniagaan dan orang ramai disalurkan untuk mengumpul sasaran dana sebanyak RM4 juta 


Kejohanan Golf Amal Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) telah berjaya meraih RM440,000 untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald baharu di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) di Kubang, Kerian, Kelantan. Kejohanan golf tahunan yang diadakan pada tahun ini turut meraikan ulang tahunnya yang ke-25, dan menerima sokongan yang amat memberangsangkan menerusi sumbangan untuk memastikan visi RMHC dalam menjamin kesihatan, pendidikan dan kebajikan kanak-kanak tercapai.

Naib presiden RMHC Malaysia Victor Sim berkata jumlah dana yang berjaya diraih ini menunjukkan komitmen tidak berbelah bahagi rakan-rakan perniagaan McDonald’s kearah menyokong aktiviti-aktiviti amal dan memainkan peranan masing-masing kearah kesejahteraan masyarakat.


“Kami sangat menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh rakan-rakan perniagaan McDonald’s. Memastikan keluarga dan anak-anak mendapat  peluang yang lebih baik dalam kehidupan merupakan matlamat kami di RMHC. Setiap sen yang disumbang kepada RMHC mampu memberi perubahan yang cukup besar dengan memastikan keluarga dapat sentiasa bersama,” kata Sim.


Pesakit pesakit pediatric yang menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) berkongsi kisah-kisah mereka

Rumah Ronald McDonald pertama telah dibina di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia kira-kira 20 tahun lalu dan ia terus meringankan beban keluarga lebih-lebih lagi dari golongan berpendapatan rendah. Rumah Ronald McDonald kedua yang akan dibina di Hospital USM di Kelantan pula dijadualkan siap dan bersedia menerima kunjungan keluarga mulai suku pertama 2019.




Profesor Dato’ Dr Ahmad Sukari Halim, Pengarah Hospital USM & Pengarah Kampus Kesihatan USM berkata, Rumah Ronald McDonald yang baharu ini semestinya memberi manfaat yang besar memandangkan kebanyakan keluarga yang mendapatkan rawatan untuk anak-anak mereka di Hospital USM merupakan golongan berpendapatan rendah.

“Sebaik-baiknya kita mahu keluarga ini sentiasa berada dekat antara satu sama lain memandangkan proses rawatan kadangkala melibatkan jangka masa yang panjang dan boleh memberi tekanan kepada keluarga dan pesakit sendiri. Sesetengah keluarga juga terpaksa menempuh perjalanan yang jauh dimana adakalanya melibatkan lebih dua jam perjalanan. Dengan Rumah Ronald McDonald di Hospital USM, Kelantan yang bakal siap tidak lama lagi, keluarga boleh memberi tumpuan sepenuhnya terhadap proses rawatan dan pemulihan anak mereka di hospital,” kata beliau.


Dari kiri :  Profesor Madya Dr. Ariffin Nasir, Profesor Dato 'Dr. Ahmad Sukari Halim, Encik Mohd Nasri Mohd Nordin, dan Encik Azahari Abd Taharim

Rumah Ronald McDonald yang baharu ini turut menyediakan kemudahan yang selesa dan berpatutan untuk keluarga pesakit pediatrik yang mendapatkan rawatan perubatan tempoh masa panjang di Hospital USM atau lain-lain hospital berdekatan. Apa yang lebih penting, Rumah Ronald McDonald yang baharu ini juga mampu memberi manfaat kepada mereka yang datang dari negeri-negeri lain di seluruh negara dengan bayaran yang amat minima untuk membolehkan keluarga menggunakan kemudahan seperti bilik tidur, ruang makan, ruang permainan, dapur, ruang membasuh dan lain-lain lagi.




Sebagai contoh, Puan Mimi Faizah Lee Abdullah adalah salah seorang keluarga pesakit pediatrik yang telah mendapat manfaat dari Rumah Ronald McDonald pertama di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia sejak tahun 2005. Menurut beliau, kemudahan Rumah Ronald McDonald yang disediakan ini merupakan sesuatu yang amat bermakna semasa anak dan cucu beliau manjalani rawatan kanser di hospital.

“Proses rawatan yang dilalui adalah kadang kala sakit dan menakutkan bagi kanak-kanak kecil, dan berada di samping mereka ketika proses rawatan boleh membantu memberi ketenangan kepada mereka. Selain itu, keluarga yang tinggal di Rumah Ronald McDonald dapat memberi sokongan moral kepada satu sama lain untuk menghadapi tekanan emosi yang dilalui,” kata Mimi Faizah.
  
Orang ramai dan pelanggan McDonald’s juga boleh turut serta dalam inisiatif yang dilaksanakan ini dengan memberi sumbangan menerusi tabung-tabung derma yang terdapat di restoran-restoran McDonald’s seluruh negara. Selain itu, sumbangan juga boleh dibuat menerusi pindahan bank atau online menerusi PayPal. Maklumat lanjut berhubung perkara ini boleh didapati di sila https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/.


Model rumah ke-2 Ronald McDonald House di Hospital USM, Kubang Kerian, Kelantan yang dijangka siap awal tahun 2019.

Maklumat lanjut mengenai RMHC dan Rumah Ronald McDonald, sila layari https://rmhc-malaysia.my/.









Perlumbaan bot di Tambatan D'Raja

September 04, 2018 4 Comments
Perlumbaan bot di Tambatan D'Raja
Perlumbaan bot di Tambatan D'Raja | Aaiii selamat malam korang !! Tengah buat apa tu.. dah makan malam ke?? Atau dah on diet. Ehhh kalau nak makan pun dah lewat ni.. tapi kalau tak makan karang lapar pula. Hmm belasah ajelah janji hati senang iya tak??

Kejohanan perlumbaan bot

Sebenarnya ciktie nak kongsikan satu program sempena Hari Kebangsaan yang Ke-61 di Menara Tinjau, Tambatan D'Raja, Sungai Kelantan Jumaat ni iaitu Program Kejohanan Perlumbaan Bot !! Kalau tak silap ini buat pertama kalinya program perlumbaan dan perarakan bot seumpama ini diadakan di Kota Bharu. Jadi korang semua terutamanya warga Kelantan dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program pada hari itu.

Program ini akan bermula dari pukul 8 pagi hingga 6 petang. Ia bertujuan untuk memupuk semangat kemerdekaan dan cintai negara disamping mencungkil bakat dan kemahiran golongan muda terhadap sukan lasak seperti ini.



Program yang bakal dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan ini dijangka disertai lebih 50 buah bot yang terbahagi kepada 3 kategori iaitu :-

  • Bot fiber enjin Bot 'scamper'
  • Bot fiber enjin 15 kuasa kuda
  • Bot enjin galah

Macamana gayanya itu ciktie pun belum pernah tengok lagi. In Shaa Allah tiada aral nanti sama-samalah kita saksikan. Program anjuran Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) Negeri Kelantan dan Kerajaan Negeri ini turut mendapat kerjasama dari Jabatan Belia & Sukan, Bomba, Kenterian Pelancongan, Seni & Budaya, Polis, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI). Antara acara lain dalam program itu adalah cabutan bertuah, sukan air dan juga perarakan bot membawa jalur gemilang.

Sumber : utusan


Kira Kira Produk Penjagaan Bayi Organik Dari Jepun

September 03, 2018 8 Comments
Kira Kira Produk Penjagaan Bayi Organik Dari Jepun
Kira Kira Produk Penjagaan Bayi Organik Dari Jepun | Kira Kira Produk Penjagaan Bayi Organik Dari Jepun !! Apa tu ? Mesti  korang tertanya-tanya apa sebenarnya kira kira ni kan? Dan apa kaitannya pula dengan penjagaan bayi secara organik ! Nama pun dah kira kira. Nak kira apa ?? Sebenarnya kalau korang nak tahu Kira Kira ini merupakan jenama baru lampin dan penjagaan bayi premiun yang lengkap dari inovasi teknologi Jepun atau dalam bahasa mudahnya ia telah dipertingkatkan dengan teknologi Jepun. Ia membantu si manja kita membesar dan bergaya dengan selesa. Kini ia telah berada di pasaran negara kita - Malaysia.
Blog Ciktie
Ramai ibu bapa berasa kagum setelah mencuba produk terkenal dari jenama ini terutamanya Kira Kira Airy Soft Premium Diapers dan Kira Kira Ultra Soft & Dry Premium Pants. Ramai  juga pengguna Kira Kira yang berkongsi pengalaman di laman web syarikat Kira Kira tentang bayi mereka yang lebih banyak bermain dan gembira. Selain daripada itu, bayi mereka lebih ceria dan kurang meragam. Tiada kebocoran dan kerengsaan kulit !


Blog ciktie

“Lampin kami sememangnya direka selari dengan slogan Kira Kira iaitu, ‘Produk Berkualiti Melalui Kesederhanaan’. Dengan inovatif teknologi daripada Jepun, kami telah menghasilkan lampin jenis pita lekat dan juga jenis seluar premium yang ultra lembut dan beragin untuk memastikan bayi anda kekal dalam keadaan selesa dan ceria sepanjang hari,” kata Patt Sue-Ann, Pengarah Komersial – MOOCC bagi DSG Malaysia Sdn. Bhd.


Blog Ciktie

Tambahnya lagi, sebagai contoh inovasi Magic Dry Bubble Sheet oleh Kira Kira menawarkan penyerapan yang pantas dan berkesan bagi mengekalkan kulit bayi anda agar sentiasa kering dan segar.




"Bagi membolehkan bayi anda tetap selasa dan bergaya, kami telah menggunakan corak lampin yang kawaii (comel) untuk si kecil anda,” katanya lagi.

Diapers

Kira kira baby care

Direka mengikut garis pinggang, Airy Soft Premium Tape Diapers yang terdapat dengan saiz ‘New Born’ dan ‘S’ diperbuat daripada bahan-bahan premium yang boleh menyerap udara serta lembut. Dengan bantuan penunjuk kelembapan pada lampin, ibu bapa kini boleh mengetahui dengan mudah bila masanya lampin perlu ditukar bagi mengelakkan ruam atau kerengsaan kulit si manja.  Si manja kita juga boleh bergerak dengan lebih selesa dan nyaman dengan bantuan pita boleh lekat semula yang ultra lembut tu.

Untuk kesenangan dan lebih mudah dipakai, ibu bapa boleh memilih Ultra Soft & Dry Premium Pants, yang boleh didapati dalam pelbagai saiz dari saiz M hingga ke saiz XXL. Bahan boleh serap udara yang premium dan penyerapan dua lapisan melanjutkan rasa kering dan segar dengan lebih lama. Bukan itu je, ukuran perut dan kaki yang selesa juga membolehkan si manja bergerak dengan lebih mudah.





Selain lampin, Kira Kira juga adalah pakar dalam produk penjagaan bayi secara organik. Ia hadir bersama mandian - Top to Toe Wash, Baby Lotion dan juga Nappy Cream.

Selaku ibu bapa, sememangnya kita menitikberatkan penjagaan kulit si manja kita yang lembut tu. Tapi jangan risau produk penjagaan bayi Kira Kira ini hanya mengandungi bahan-bahan organik semulajadi berdasarkan rumusan Jepun yang bebas dari bahan kimia yang berbahaya.

Blog Ciktie

Kira Kira Top to Toe Wash bertindak dan berkesan untuk membersih dan mengekalkan kelembapan kulit si manja. Ekstrak camelia japonica menjadikan kulit mereka lembut dan gebu apabila disentuh.  Kita juga tidak perlu risau tentang sisa yang tinggal kerana sabun mandian bayi Kira Kira yang boleh didapati dalam botol 400ml ini boleh dibilas dengan mudah je.

Kira kira baby care

Kira Kira Baby Lotion (380ml) mengandungi baobab organik memberikan khasiat kepada kulit si manja apabila disapu selepas mandi. Rumusannya berasaskan air yang sangat ringan dan tidak melekat bertindak melembap dan menyerap dengan cepat ke dalam kulit.

Kira kira baby care

Yang ini pula, Kira Kira Nappy Cream ! produk penjagaan kulit yang penting bagi si manja kita.  Boleh didapati dalam bentuk tiub (50 ml) dan ianya amat mudah ddigunakan. Sapu je pada kulit si manja kita. Krim ini juga dipenuhi dengan kebaikan ekstrak chamomile dan shea butter yang membantu memulihkan, melegakan dan melembapkan kulit serta melindungi kulit si manja daripada ruam lampin.

Krim lampin

Selain kualiti, para ibu bapa pastinya lebih teruja untuk memilih produk Kira Kira. Nak tahu kenapa? Sebabnya harga bagi lampin Kira Kira jenis pita lekat dan seluar adalah amat berpatutan walaupun ianya menggunakan bahan-bahan yang premium dan mempunyai teknologi penyerapan yang hebat. Begitu juga dengan tawaran harga bagi produk penjagaan bayi organik Kira Kira seperti sabun bayi, losen bayi dan juga krim lampin ternyata lebih menjimatkan berbanding beberapa jenama lain dalam segmen penjagaan bayi premium yang sama.



Untuk penjimatan yang lebih banyak,  kita boleh dapatkan produk Kira Kira ini menerusi laman web Shopee http://bit.ly/KiraKiraShopee. Masukkan kod promo “KK25LAUNCH” dengan setiap pembelian melebihi RM100 untuk menikmati diskaun sewaktu pembayaran. 

*Promosi adalah sah sehingga 30 September 2018.

Berikan si manja kita keselesaan dan penjagaan yang berkualiti ketika mereka membesar dan biarkan mereka menerokai dunia ini. Untuk maklumat lanjut tentang Kira Kira, sila layari dan like www.facebook.com/kirakiramalaysia.



My Ping in TotalPing.com