Sabtu, 4 Ogos 2018

Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) / BR1M

Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) / BR1M | Tak sempat nak blogwalking mana-mana blog pun hari ini. Hari cuti patutnya sempatlah nak blogwalking ke nak update entri ke camne tapii hari ini sibuk sikit dari hujung minggu sebelum ini ! Kemaskan apa yang patut dalam bilik yang bersawang tu dah seharian. Penat usah cakaplah bila sesekali pulun ni. Dapat pula sirap bandung. Uishhh sedap ngat rasanya.


Tengahari tadi dah sampai dah bungkusan pink comel hasil redeem point Althea hari tu. Tak sabar nak unboxing. Tapii kena sabarkan diri juga sehingga tugasan hakiki selesai sepenuhnya Isnin ni. In Shaa Allah, moga dipermudahkan semuanya. Ehem..ehemm jangan tak tahu ciktie pun salah seorang Angel's Althea jugak. Tak sangka sebenarnya boleh terpilih ni. Apapun nanti ciktie kongsikan apa yang istimewanya menjadi Angel's Althea ni ye. Tapii bukan sekarang la. Inipun dah lari dari tajuk kan 😅😅



Oklah berbalik kepada tajuk asal kita tu. Ciktie nak ucapkan tahniah dulu buat semua penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) ataupun sebelum ini ia dikenali dengan BRIM. Pembayarannya bagi peringkat ke-3 iaitu peringkat terakhir untuk semua penerima BSH akan mula dibuat pada 15 Ogos ini. Pembayaran ini akan terus dikreditkan ke dalam akaun penerima masing-masing. Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan dihantar kepada mereka melalui pos dan mereka boleh tunaikannya dengan mengunjungi cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan.

Sebarang pertanyaan atau maklumat, boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 ataupun layari bsh@treasury.gov.my

Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua. In Shaa Allah, Aamiin..









9 ulasan

  1. sedapnya sirap bandung! haha. haus plak memalam ni. tak dapat BSH, tak layak hukhuk. btw dah unbox parcel lom? :)

    BalasPadam
  2. rezeki lagi buat penduduk Malaysia yang kurang dalam dari segi kewangan ...

    orang yang paling terasa penangan duit tersebut mestilah tauke kedai...

    BalasPadam
  3. Mak mentua dan mak pak sendiri penerima BSH ni.. Alhamdulillah .

    BalasPadam
  4. Alahai seronoknya angel dapat Althea, i wish i am an angel jugak..sobsob..

    BalasPadam
  5. Bro tak dapat bsh ni.. Tak tau sebab apa

    BalasPadam
  6. Semoga penerima BSH memanfaatkan wang bantuan sebaiknya...

    BalasPadam
  7. Great article with excellent idea!Thank you for such a valuable article. I really appreciate for this great information.. semakan bsh 2019

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.