Sabtu, 25 Ogos 2018

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha | Salam Aidiladha semua ! Dan selamat berhujung minggu. Hari ini dah raya 13 Zulhijjah 1439H bersamaan dengan 25 Ogos 2018. Para perantau dah pun kembali semula ke tempat bertugas. Mana yang dahpun selamat tiba ke destinasi tu, alhamdulillah dan yang mana baru je nak bertolak atau bakal nak bertolak tu hati-hati di jalanan. Pandulah secara berhemah jangan mengejar masa sangat ye. Biar lambat asalkan kita selamat sampai ke destinasi yang dituju ye. In Shaa Allah, aamiin.

Blog Ciktie

Rumah kita ni pun kejap lagi dah mula kembali asal. My bro dah kena bertolak balik ke Paka dan my sis pula akan bergerak ke Machang dulu sebelum balik ke Penang. Tinggallah budak Fatma ni dengan si naufal dan si Nazril. Kalau tiada hal bolehlah tinggal lama sikit budak naufal dengan Nazril tu kalau tak hmmm memang tinggal budak Fatma ajelah kacau nenek dia. Dua hari semua pakat balik. Riuh rendah satu rumah hahaha dan kini semua dah mula kena beransur pulang ke destinasi asal.



 Hmmm rasanya setiap rumah camni kan? Bila dapat cuti semua pakat-pakat balik kampung. Tak kira cuti apa pun. Nak-nak orang Kelantan kan. Cuti sehari pun sanggup balik walaupun jauh kemain rasanya. Penat usah cakaplah. Ia punya semangat nak balik memang berkobar-kobar. Nak-nak lagi cuti perayaan, cuti sekolah macam sekarang ! Tak dapat balik serentak dapat balik asing-asing pun dah ok. Dah nak buat macamana, setiap orang punyai tuntutan tugas tersendiri.

Terasa rindulah pula dengan telatah si twin tu. Si Adam dah boleh berjalan dah walaupun masih tak berapa nak boleh sangat. Habis semua tempat nak ditawafnya. Si akaknya Aira masih lagi takut-takut tapii manis je orangnya. Pantang kita pandang dia tersenyum ajelah dia ni. 

Hmm dah lama tak pergi Penang ! Plan nak ke sana sentiasa ada tapi masa je yang tak berapa nak kena. #teringinnakpergipestapulaupinang tapi entahlah berjaya atau tidak tak tahulah tahun ni. 






5 ulasan

  1. raya aidiladha tahun ni CR beraya di hosptal. ank kpd spupu masuk icu. smua sdra berkumpul sana. :)

    BalasPadam
  2. Salam AidilAdha Cik Tie. Kak Feni orang Pasir Puteh. Balik kampung Ahad sampai Khamis (5 hari) tahun ni. Memang puas hati kalau balik lama. Sebelum ni jarang sangat boleh balik beraya di kampung.

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.