Rumah Ronald McDonald Ke-2 Di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian | Alhamdulillah, berita baik buat kita semua terutamanya keluarga kanak-kanak pediatrik yang mendapatkan rawatan di Hospital USM. Persatuan Kebajikan Ronald McDonald atau McDonald House Cherities (RMHC) dengan kerjasama Hospital USM telah bersetuju untuk membina sebuah rumah Ronald McDonald di dalam perkarangan hospital ini juga. Rumah ini merupakan rumah ke-2 mereka di Malaysia selepas kewujudannya yang pertama di PPUKM. Rumah Ronald McDonald yang pertama telah dibina pada tahun 1999 yang mana ia telah dirasmikan oleh Tun Dr Hasmah Mohamad Ali. Rumah ini juga telah menjadi yang pertama di Asia dan telah menjadi rumah persinggahan / transit untuk lebih 850 keluarga pesakit pediatrik sehingga kini.
Rumah transit / tempat tinggal sementara untuk ahli keluarga kanak-kanak yang mendapatkan rawatan disini bakal memiliki 18 bilik yang boleh menempatkan antara 4 hingga 6 katil dalam setiap bilik. Setiap bilik itu pula akan dilengkapi bilik air sendiri. Kira cukup eksklusif jugalah rumah yang bakal dikenakan bayaran RM5 ini nanti. Dimana ia turut disediakan kemudahan lain seperti ruang makan, istirehat, menonton tv, bilik dobi dan juga taman permainan. Dan untuk membantu perkembangan kanak-kanak istimewa ia turut disediakan Bilik Sensori yang turut disediakan kemudahan peralatan multi-deria khas.
Rumah transit / tempat tinggal sementara untuk ahli keluarga kanak-kanak yang mendapatkan rawatan disini bakal memiliki 18 bilik yang boleh menempatkan antara 4 hingga 6 katil dalam setiap bilik. Setiap bilik itu pula akan dilengkapi bilik air sendiri. Kira cukup eksklusif jugalah rumah yang bakal dikenakan bayaran RM5 ini nanti. Dimana ia turut disediakan kemudahan lain seperti ruang makan, istirehat, menonton tv, bilik dobi dan juga taman permainan. Dan untuk membantu perkembangan kanak-kanak istimewa ia turut disediakan Bilik Sensori yang turut disediakan kemudahan peralatan multi-deria khas.
Projek ini sebenarnya bertujuan untuk meringankan bebanan keluarga pesakit berpendapatan rendah dari segi kewangan terutamanya yang memerlukan tempat penginapan sepanjang tempoh anak-anak mereka menjalani rawatan disamping memberi keselesaan kepada pesakit terutamanya mereka yang dari kategori B40 yang merupakan 80% pesakit yang mendapatkan rawatan di HUSM dan kebanyakan pesakit ini terdiri daripada mereka yang berasal dari negeri Pantai Timur Kelantan, Terengganu, Pahang ! Kos kewangan sepanjang mendapatkan rawatan, terpaksa berulang alik dengan kos sara hidup ditambah pula dengan kepenatan betul-betul membebankan keluarga pesakit.
Projek yang bakal menelan belanja kira-kira RM 4juta termasuk kelengkapan dan perkakasan hasil sumbangan orang ramai dari 271 cawangan McDonald dan badan korporat ini bakal dirasmikan sempena sambutan ulangtahun ke-50 HUSM. Mengikut perancangan ianya dijangka sedia untuk beroperasi menjelang awal tahun 2019. Walau bagaimanapun ia masih lagi menunggu kelulusan dari Majlis Perbandaran Kota Bharu sebelum proses pembinaan boleh dilakukan. Upacara pecah tanah dan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) diantara kedua-duanya telah dimeterai pada 29 Julai yang lalu. Semasa majlis menandatangani itu, pihak USM telah diwakili oleh Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USM manakala RMHC diwakili oleh Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia.
Turut serta dalam majlis itu adalah Yang Mulia Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff, Ahli Lembaga Gabenor USM dan Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Abdul Rahman, yang mewakili Profesor Dato' dr. Ahmad Sukari Halim, Pengarah Kampus Kesihatan USM dan Hospital USM.
Melalui MoU ini, Hospital USM akan menyediakan satu ekar tanah di dalam kawasan hospital manakala pihak RMHC pula akan membina rumah ini. Perbelanjaan mentadbir dan operasi akan ditanggung bersama oleh kedua-dua belah pihak.
Kerjasama ini secara tidak langsung mampu melonjakkan lagi persepsi positif masyarakat khususnya keluarga pesakit serta pihak-pihak yang berkepentingan dengan USM. Selain daripada itu, ianya turut memperkukuhkan lagi jenama USM dan Hospital USM khasnya sebagai hospital pakar serta menjadi sumber rujukan dalam pelbagai disiplin perubatan dan kesihatan di Pantai Timur selain membuka pelbagai pintu kerjasama yang lebih luas dan strategik bagi kedua-dua belah pihak selepas ini. Hal ini dilihat sebagai satu langkah ke hadapan untuk menjadikan USM sebagai Universiti Pilihan.
Orang ramai yang ingin memberikan sumbangan untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald yang baru ini boleh berbuat demikian menerusi tabung yang terdapat di setiap restoran McDonald's di seluruh negara. Dan setiap sen yang disumbangkan itu akan disalurkan kepada 4 program utama iaitu :-
- Rumah Ronald McDonald - menyediakan kemudahan asas dan penginapan kepada pesakit pediatrik dan ahli keluarga.
- Bilik Sensori Ronald McDonald - khas untuk kanak-kanak istimewa yang memerlukan bantuan rangsangan deria sentuh, pendengaran, penglihatan, rasa dan bau.
- Gift of Smile - Membiayai kos pembedahan bibir sumbing dan lelangit kanak-kanak
- Pek Kembali Ke Sekolah - meringankan beban keluarga dengan bantuan berbentuk beg, set lengkap pakaian seragam dan kasut sekolah.
semoga bermanfaat utk mereka yg memerlukan..
BalasPadamAlhamdulillah, semoga dapat membantu lebih banyak golongan kurang mampu selepas ni..
BalasPadamSemoga usaha macamni berterusan dan diperbanyakkan lagi..aamiin
BalasPadamUsaha yang sangat murni bagi membantu mereka yang memerlukan...
BalasPadam