Khamis, 9 Ogos 2018

Betul ke Jimat Harga Tayar Di MyTayar.com ??

Betul ke Jimat Harga Tayar Di MyTayar.com ?? | Iya, betul !! Hanya di Mytayar.com kita dapat memiliki tayar kenderaan yang kita ingini dengan harga yang lebih murah, berpatutan, cepat, jimat dan mudah berbanding dengan kedai-kedai yang biasa dekat luar ni. Satu lagi harga ia  pun boleh dipercayai !! Kadang-kadang melilar kita mencari kedai tayar yang kita mahukan dengan harga yang murah dan lebih jimat. Dari satu kedai ke satu kedai..nak buat perbandingan lagi tapi dekat mytayar.com ia membantu kita mencari dan membandingkan harga tayar yang kita mahukan segi saiz, jenis, harga serta memilih bengkel yang paling dekat dengan lokasi kita tanpa kita perlu keluar ke sana. Dah boleh jimat kos perjalanan kat sini.




Apa yang perlu kita lakukan, hanya perlu ke website mytayar.com, buat pembelian dalam talian (pilih kategori produk, cari jarak/ lokasi serta pilih spesifikasi dan buat pembayaran deposit 5% kalau tak silap daripada harga keseluruhan untuk tempahan). Kemudian kita akan dihubungi melalui e-mail untuk temujanji penukaran tayar. Setelah kerja penukaran selesai barulah buat pembayaran penuh. Hanya dalam tempoh masa 24 jam semua boleh diselesaikan dengan cepat dan pantas.

Harga yang ditawarkannya pun adalah harga terendah berbanding semua kedai. Tiada caj tersembunyi. Apa yang dipaparkan untuk Checkout itulah yang perlu dibayar. Tiada sebarang risiko perubahan harga terutamanya di bengkel. Sekiranya terdapat cubaan untuk menipu, kita boleh terus laporkan ianya dengan segera dan diorang akan mengambil tindakan serta merta. 


Sebarang cadangan penggantian mana-mana part semasa di bengkel pun tiada paksaan. Kalau setuju diorang akan teruskan. Kalau tak nak tiada masalah. Staf diorang pun friendly dan kerja-kerja yang dilakukan pun pantas dan kemas.


Mytayar.com pun mudah diakses tak semestinya kena guna komputer dulu baru boleh akses. Tablet dan phone pun dah akses.

Kalau nak tahu, mytayar.com merupakan web pasaran automotif yang menawarkan pakej tayar dan perkhidmatan kereta. Objektif utamanya adalah untuk menghalang pengguna daripada ditipu atau menjadi mangsa mana-mana pihak yang mengambil kesempatan terhadap mana-mana pengguna yang kurang berwaspada. 

Ia membantu kita membeli tayar dengan cara "Jimat, Mudah dan Telus" dari bengkel rangkaian yang menyertai mereka. Buat masa kini ia mempunyai 120 Rangkaian Bengkel di Lembah Klang, Johor Bahru dan Ipoh yang diselaraskan untuk bersikap jujur dan berkhidmat untuk pengguna. Lebih banyak rangkaian bengkel di lokasi lain yang akan ditambah tak lama lagi.

Pangkalan ini meliputi kira-kira 80% model kereta di jalan raya. Untuk ketahui saiz tayar, kita boleh pilih button "Click Here to Find By Tyre Size" yang berwarna hijau tu.


Tayar yang diberikan itupun adalah berusia 18 bulan ke bawah. Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa diorang tidak bagi je tayar yang berusia 12 bulan ke bawah ke kan lebih baik?? Hehe sebenarnya kalau nak tahu ada tayar yang diimport telah berusia sekurang-kurangnya 1 tahun atau 15 bulan ketika stok tayar itu diterima. Itu yang diorang bagi tayar berusia 18 bulan tu.

Dengan membenarkan Bengkel Rangkaian memasukkan harga mereka secara langsung di laman web ini, pengguna boleh mengetahui pelbagai pilihan tayar pada harga yang kompetitif. Harga kompetitif adalah hasil daripada standard harga piawai. 


Sebagai contoh, Bengkel A mungkin menawarkan harga yang rendah untuk tayar Michelin tetapi bukan untuk tayar Continental yang lebih murah yang ditawarkan oleh Bengkel B. Oleh itu, pengguna boleh memilih harga terendah atau membuat keputusan berdasarkan jarak mahupun lokasi. Ini memberi kuasa kepada pengguna untuk membuat keputusan. 


Mereka juga telah menyamakan aspek teknikal tayar berkenaan. Perbezaan dari segi harga boleh dilihat melalui gambar dibawah dimana tayar yang sama Continental ComfortContact 6 saiz 175 / 65R14 yang ditawarkan oleh bengkel berlainan.



Jadi, memang terbuktilah sekarang harga tayar di mytayar.com ini adalah lebih jimat dan berbaloi-baloi. Jadi tunggu apa lagi jomlah tukar tayar di mytayar.com !!

Ingat tayar ingat mytayar.com



4 ulasan

  1. wah menarik ni :) siap ada cara2 nya lagi.. dahlah syaza memang x reti bab2 ni..

    BalasPadam
  2. Bagus ni, kita dah tak risau tertipu dengan peniaga yang suka ambil untung lebih...

    BalasPadam
  3. Baguslah ada mytayar ni.. Tak de la pengguna kene tipu..

    BalasPadam
  4. terbaek. mudah sekarang ni :)

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.