Ahad, 1 Julai 2018

Sayur Pedas Petola Bersama Keropok

Sayur Pedas Petola Bersama Keropok |  Nak buat sayur pedas ni mudah je. Janji ada lada hitam, bawang merah dan sayur je. Nak lagi sedap buat ia guna sayur kangkung takpun bayam. Tapi kita tak pilih sayur sangat la. Mana-mana yang terlintas semua kira boleh la hikhik

Sayur Pedas

Sayur Pedas Petola Bersama Keropok

Bahannya 
2 biji petola *potong biar tebal-tebal sikit
3 biji bawang merah *tumbuk jangan hancur
Segenggam lada hitam *kira agak-agak la pastu tumbuk
Sedikit garam dan sedikit gula secukup rasa
3/4 keping keropok keping
Sedikit air

Cara memasaknya
  1. Lada hitam dan bawang di masukkan sekali bersama petola
  2. Masukkan air. Agak-agak separuh dari petola tu yang penting jangan bagi tengelamkan ianya.
  3. Biarkan ia mendidih seketika sebelum masukkan keropok. 
  4. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. 
  5. Dah siap! Keropok tu jangan biarkan lama sangat atas api. Nanti ia kembang tak sedap !







14 ulasan

  1. wah... buh keropok, cam sedap jer tu... anak akak mmg suka sayur pedas petola... nak cepat kalau da petola kat umh itu la yg akak masak.... boleh try ni buh keropok lak... nice sharing...

    BalasPadam
  2. waah ni first time tengok orang letak kepok gitu. menarik menarik. dulu x reti makan petola (dulu semua sayur xmo makan) dah dok asrama xleh memilih semua kena makan blaja la makan. sedap rupanya hahaha..

    BalasPadam
  3. fevret sangat ni sayur pedas! tapi ni first time tahu ada letak kepokk. hehe

    BalasPadam
  4. first time tengok ada keropok macam tu

    BalasPadam
  5. Wah dah lama tak letak keropok dalam masakan..dulu2 masa duk kat kg kalu masak lemak ke masakan air ke memang kitorang letak keropok..

    BalasPadam
  6. Menarik ni resepi baru boleh cuba nanti

    BalasPadam
  7. wah, rare resepi ni, ciktie.
    1st time tahu.
    tq for sharing.

    BalasPadam
  8. aiks tie,, rare nya letak keropok,, rasa camner ,, first time dengar.. :D mesti sedap tu.. ingat dulu2 time kecik suka cicah keropok dgn air haaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aikkk keropok dengan air?? Kalau cicah air kopi pernah la hehe. Boleh cuba nak tau sedap tak tu

      Padam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.