Jumaat, 10 Ogos 2018

Pos Surat Secara Percuma

Pos Surat Secara Percuma | Percuma pos surat?? Macamana tu?? Sekarang ni mana ada barang percuma dah. Masuk tandas pun kena bayar inikan pula nak pos surat bagai. Sebenarnya kita sendiri pun tak percaya bila my sis bagitau sekarang ini kita boleh pos surat secara percuma.

Tapii ada syaratnya. Surat yang kita kirimkan itu mesti menggunakan sampul surat khas yang terdapat dekat pejabat pos seluruh negara. Sampul ini kita tak pasti kena minta dekat kaunter ataupun macamana. Yang pasti ianya memang  ada dekat pejabat pos je. Dan pengeposan surat secara percuma ini sebenarnya dah dibuat dari awal bulan ni lagi (01 Ogos hingga 31 Ogos). Inipun kita dah tahu lambat !

#kirimanmerdeka

Selepas je tarikh tu caj penghantaran akan dikenakan macam biasa cuma kita masih lagi berpeluang untuk menggunakan sampul surat khas ini. Jadi sementara masih ada masa ni baik kita ambil peluang menggunakannya sebaik mungkin.

#kirimanmerdeka

Kalau nak tahu ini adalah inisiatif Pos Malaysia melalui Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia bersama pihak kerajaan  untuk kempen #KirimanMerdeka yang sedang berlangsung sekarang ini. Tujuan utamanya adalah untuk membolehkan rakyat seperti kita menghayati semangat hari kemerdekaan yang bakal tiba tidak lama lagi dengan cara menyampaikan ucapan berbentuk mesej, pesanan ataupun penghargaan kepada sesiapa sahaja termasuklah lelaki nombor satu negara kita. Janji dalam negara kita dan untuk tujuan komersial tidak boleh sama sekali ye. Lagi satu jangan berat ia tu lebih dari 50g pulak! Karang tak pasal-pasal kena caj hehe

#kirimanmerdeka

Oklah kalau nak tahu lebih lanjut lagi tentang kempen ini boleh layari www.pos.com.my ye !!







9 ulasan

  1. comel lak sampul tu..simpan wat kenangan ok jgk

    BalasPadam
  2. wah semangat merdeka ni.. baru hari ni ada masa nak blogwalking

    BalasPadam
  3. Wah, boleh la Isnin ni pi pejabat pos cari sampul tu...

    BalasPadam
  4. Wah untung ni! Tapi nak kasi surat kat siapa ye?

    BalasPadam
  5. kena bayar jugak ke sampul surat tu kiranya nak pos lah tak bayar hii

    BalasPadam
  6. Tak kena bayar.. minta dekat pejabat pos je sampul tu. Nak pos pun sama tak kena caj tapi tak boleh berat lebih dari 50g la

    BalasPadam
  7. bagusnya, nak try antar surat kt husband la, fefeling retro sikit, hehe

    BalasPadam
  8. Nak minta sampul tu buat kenangan

    BalasPadam
  9. ejulz baru tau.. kalau tau dah lama dah buat surat ni. hehe

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.