Deep Cleansing Face Wash By Mentholatum Botanics

Julai 29, 2018
Deep Cleansing Face Wash By Mentholatum Botanics | Sedap baunya.. Segar je rasa ! Sebenarnya ini firstime ciktie cuba face Wash keluaran Mentholatum Botanics. Sebelum ini hanya tengok je ianya tersusun elok dekat pasaraya tu tapii pernah jugalah guna mask ia tu. Produk keluaran Mentholatum ini sebenarnya bukanlah produk baru dalam pasaran. Kalau tak silap dah 2 tahun dah kot ia wujud.

Setiap produk keluarannya berasaskan bahan semulajadi yang berkualiti tinggi dan terdiri daripada tumbuhan herba dan bunga-bungaan yang terpilih. Dan setiap bahan yang dipilih itu mempunyai keunikannya yang tersendiri. Apa yang pasti ianya selamat, berkualiti dan berkesan !



Deep Cleansing Face Wash
Bahan utamanya terdiri daripada ekstrak Tea Tree, Ylang Ylang dan haruman serai yang mampu menyegar dan meremajakan semula kulit. Sesuai untuk kulit berminyak dan jenis kulit kombinasi. Terdapat juga ekstrak teh putih dan daun pokok zaitun yang boleh memberi kesan pembersihan secara mendalam, membantu menyeimbangi minyak serta membersihkan liang roma yang tersumbat. Juga dapat membantu merawat jerawat dan bintik hitam.


Selain Deep Cleansing Face Wash ni, terdapat 3 jenis lagi face Wash keluaran Mentholatum Botanics iaitu :-
  1. Hydra Whitening Face Wash - Sesuai untuk semua jenis kulit. Dirumus daripada Arbutin iaitu ekstrak dari tumbuhan Bearberry yang membantu menyeimbangkan tona kulit dan meningkatkan kecerahan kulit. Ia juga mempunyai ekstrak tumbuhan Agave yang membantu mengekalkan kelembapan kulit dan menggalakkan sintesis kolagen untuk melindungi kulit daripada permasalahan alam sekitar. berkesan untuk menanggalkan kotoran jauh di dalam kulit, mengawal minyak berlebihan disamping mengekalkan kelembapan pada kulit. 
  2. Hydrating Face Wash - Sesuai untuk kulit kering dan kombinasi. Bertindak membekalkan kelembapan agar kulit sentiasa lembap dan lembut. Bahan utamanya terdiri daripada ramuan bunga Calendula dan Jasmine. Ia juga mempunyai ekstrak aloe dan violet yang sangat berkesan untuk mengelakkan penghidratan pada kulit.
  3. Pore Refining Face Wash - yang ini pula sesuai untuk kulit berminyak. Bahan utamanya adalah herba Rosemary, bunga witch Hazel, teh hijau dan juga bijian Lentil yang bertindak membantu mengecilkan liang pori dan mengawal minyak serta menghapuskan bakteria penyebab jerawat !

Mask

Selain face wash, Mentholatum Botanics juga mempunyai 5 variasi facial mask ! Ciktie dah cuba dah salah satu facial mask ni.  Best je pakai ia tu. Segar dan lembut je rasa muka niii 

Aloe Vera Hydrating Facial Mask- terdiri dari Esktrak Herba Semulajadi iaitu Aloe Vera dan bunga Nrcissus. Bertindak menyerikan semula kulit wajah yang kusam dan letih terutamanya pada mereka yang mempunyai masalah kulit kering. 

Pomegranate Anti-Oxidant Facial Mask- terdiri dari Ekstrak Herba Semulajadi dari pati Delima. Bertindak melembapkan kulit dengan antioksidan semulajadi dan melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas. Sesuai untuk semua jenis kulit. 


Rosemary Pore Refining Facial Mask - terdiri dari esktrak bungaan Witch Hazel dan herbal Rosemary. Mengurangkan kehadiran liang pori. Tekstur kulit lebih halus, lembut dan licin. Diperkaya dengan Vitamin B3 dan sesuai unuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak. 

Rosehip Oil Brightening Facial Mask - terdiri dari minyak Rosehip yang kaya dengan Vitamin C yang bertindak mencerahkan warna kulit disamping menaikkan seri pada wajah menjadikan kulit lebih sihat dan segar dengan Vitamin B3. Selain memberi keseragaman pada tona kulit, ia juga bertindak memulihkan kulit kusam. Sesuai untuk semua jenis kulit. 

Lavendar for Soothing Facial Mask - Terasa lebih segar dan bertenaga semula dengan campuran ramuan-ramuan ekstrak bungaan Lavender dan Chamomile yang mana ianya juga membantu untuk menenang dan menyegarkan kulit. Ia juga  bertindak membantu mengembalikan kelembapan sambil melindungi kulit daripada kerosakan alam sekitar. Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya pada kulit sensitif.

Sumber : ayuarjuna.blogspot
/ Kitapunya.com

   

Share this :

Previous
Next Post »

2 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com