Jom Bersiar-siar ke Langkawi

Julai 30, 2018 11 Comments
Jom Bersiar-siar ke Langkawi
Jom Bersiar-siar ke Langkawi Hi guys, lama dah kita tak menulis pasal berjalan-jalan ni. Maklumlah sibuk sejak awal tahun ni lagi. Kena set balik azam baru, baju-baju kerja pun ingat nak beli baru, kasut baru, kereta baru, eh.. banyak pula duit semua nak tukar baru kan. HAHAHA. Boleh je kalau memang memerlukan yang baru, cuma kena pandai-pandailah usaha lebih untuk gain more income and pandai-pandai bajet untuk perbelanjaan. 

Bercakap pasal bajet, kita nak kongsikan percutian hujung tahun kita pergi pada tahun lepas dengan travel buddy kita ke sebuah pulau yang dibangunkan dan dimajukan oleh our 4th prime minister, Tun Dr Mahathir Mohamad. Pulau ini sangat terkenal dengan pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi. Tak lain tak bukan, Pulau Langkawi ! Kita pergi 3 hari 2 malam bersama travel buddy yang cukup setia dan selesa berjalan bersama-sama. 



Kenapa we both picked Langkawi Island as our 2017 destination? Sebab we both wanted to enjoy the beautiful white sandy beach and dip ourselves in the crystal clear water. Two most important reasons would be cheaper hotel rate and cheaper flight rate. Kita dengan travel buddy jenis tak kisah ke mana janji end of the year kena pergi melancong and the place was selected based on our budget allocated. Disebabkan end of 2017 we only allocated few money, so the best choice would be Langkawi. So, let the story begins.. 



We travelled from KL to Pulau Langkawi dengan Malaysia Airlines flight. Kitorang tempah mas airlines online booking a month before our travel date. Kebetulan ada promotion so we got cheap flight rate. When the pilot announced that we were about to landing, terus kitorang tengok ke tingkap. The view is so wow. Walaupun that was not our first time melancong ke Pulau Langkawi, but still we were captivated by the beautiful blue sea and lush green jungles of the famous island. Setibanya kitorang di airport, terus ke kaunter kereta sewa untuk menyewa sebuah compact car untuk kitorang round this island for 3 days and 2 night. 



Kitorang check in hotel right in front McDonalds and Underwater World di Pantai Cenang. Hotel ni kitorang book guna apps Traveloka and masa book hotel ini pun ada promotion. We got below RM100 per night with two single size beds and adequately spacious room for both of us to move around. Why we chose that hotel was because of its convenient location. Berderet kedai makan berdekatan hotel so we did not need to drive to find for food. Jalan kaki je sambil menikmati suasana riuh Pantai Cenang. 

Hotel dah book, so we started to tour and enjoy what Langkawi Island has to offer. Hari sudah menjelang petang so we went straight to Gunung Mat Cincang for Cable car ride. Orang pun dah tak ramai since dah petang. Cuaca cerah and windy. Walau takut ketinggian tapi untuk menikmati pemandangan bagai syurga di atas sana, kitorang gagahi juga. Photos here and there to be kept as memories, challenged ourselves to walk on the bridge up there, such a splendid evening we spent. 







On our second day, early in the morning lagi kitorang dan siap-siap tunggu depan hotel and a bus picked us up to jetty. Why to jetty? Sebab kitorang nak naik feri to Pulau Payar. Pulau Payar ni salah sebuah Taman Negara yang dijaga oleh itu no wonder lah pasir pantainya mulus putih bersih, air lautnya sangat jernih. Bagaikan syurga dunia, seharian kitorang beristirehat dan bersnorkeling di sana. This place is highly recommended untuk you all yang akan ke Langkawi. 




On our third day which is the last day, we went to visit Underwater World. Depan hotel je so rugi lah kalau tak pergi kan. Paling best bila dapat tengok and main-main sikit dengan peguin yang comel-comel. Then we went to shop for chocolates di sebuah zon duty free sebelah Underwater World. Chocolate is a must when you visit this island. Then we headed to airport, pulangkan kereta sewa and took our flight back to Kuala Lumpur. Of course lah Malaysia Airlines kerana keselesaan pengalaman perjalanan yang dititikberatkan.











Deep Cleansing Face Wash By Mentholatum Botanics

Julai 29, 2018 2 Comments
Deep Cleansing Face Wash By Mentholatum Botanics
Deep Cleansing Face Wash By Mentholatum Botanics | Sedap baunya.. Segar je rasa ! Sebenarnya ini firstime ciktie cuba face Wash keluaran Mentholatum Botanics. Sebelum ini hanya tengok je ianya tersusun elok dekat pasaraya tu tapii pernah jugalah guna mask ia tu. Produk keluaran Mentholatum ini sebenarnya bukanlah produk baru dalam pasaran. Kalau tak silap dah 2 tahun dah kot ia wujud.

Setiap produk keluarannya berasaskan bahan semulajadi yang berkualiti tinggi dan terdiri daripada tumbuhan herba dan bunga-bungaan yang terpilih. Dan setiap bahan yang dipilih itu mempunyai keunikannya yang tersendiri. Apa yang pasti ianya selamat, berkualiti dan berkesan !



Deep Cleansing Face Wash
Bahan utamanya terdiri daripada ekstrak Tea Tree, Ylang Ylang dan haruman serai yang mampu menyegar dan meremajakan semula kulit. Sesuai untuk kulit berminyak dan jenis kulit kombinasi. Terdapat juga ekstrak teh putih dan daun pokok zaitun yang boleh memberi kesan pembersihan secara mendalam, membantu menyeimbangi minyak serta membersihkan liang roma yang tersumbat. Juga dapat membantu merawat jerawat dan bintik hitam.


Selain Deep Cleansing Face Wash ni, terdapat 3 jenis lagi face Wash keluaran Mentholatum Botanics iaitu :-
  1. Hydra Whitening Face Wash - Sesuai untuk semua jenis kulit. Dirumus daripada Arbutin iaitu ekstrak dari tumbuhan Bearberry yang membantu menyeimbangkan tona kulit dan meningkatkan kecerahan kulit. Ia juga mempunyai ekstrak tumbuhan Agave yang membantu mengekalkan kelembapan kulit dan menggalakkan sintesis kolagen untuk melindungi kulit daripada permasalahan alam sekitar. berkesan untuk menanggalkan kotoran jauh di dalam kulit, mengawal minyak berlebihan disamping mengekalkan kelembapan pada kulit. 
  2. Hydrating Face Wash - Sesuai untuk kulit kering dan kombinasi. Bertindak membekalkan kelembapan agar kulit sentiasa lembap dan lembut. Bahan utamanya terdiri daripada ramuan bunga Calendula dan Jasmine. Ia juga mempunyai ekstrak aloe dan violet yang sangat berkesan untuk mengelakkan penghidratan pada kulit.
  3. Pore Refining Face Wash - yang ini pula sesuai untuk kulit berminyak. Bahan utamanya adalah herba Rosemary, bunga witch Hazel, teh hijau dan juga bijian Lentil yang bertindak membantu mengecilkan liang pori dan mengawal minyak serta menghapuskan bakteria penyebab jerawat !

Mask

Selain face wash, Mentholatum Botanics juga mempunyai 5 variasi facial mask ! Ciktie dah cuba dah salah satu facial mask ni.  Best je pakai ia tu. Segar dan lembut je rasa muka niii 

Aloe Vera Hydrating Facial Mask- terdiri dari Esktrak Herba Semulajadi iaitu Aloe Vera dan bunga Nrcissus. Bertindak menyerikan semula kulit wajah yang kusam dan letih terutamanya pada mereka yang mempunyai masalah kulit kering. 

Pomegranate Anti-Oxidant Facial Mask- terdiri dari Ekstrak Herba Semulajadi dari pati Delima. Bertindak melembapkan kulit dengan antioksidan semulajadi dan melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas. Sesuai untuk semua jenis kulit. 


Rosemary Pore Refining Facial Mask - terdiri dari esktrak bungaan Witch Hazel dan herbal Rosemary. Mengurangkan kehadiran liang pori. Tekstur kulit lebih halus, lembut dan licin. Diperkaya dengan Vitamin B3 dan sesuai unuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak. 

Rosehip Oil Brightening Facial Mask - terdiri dari minyak Rosehip yang kaya dengan Vitamin C yang bertindak mencerahkan warna kulit disamping menaikkan seri pada wajah menjadikan kulit lebih sihat dan segar dengan Vitamin B3. Selain memberi keseragaman pada tona kulit, ia juga bertindak memulihkan kulit kusam. Sesuai untuk semua jenis kulit. 

Lavendar for Soothing Facial Mask - Terasa lebih segar dan bertenaga semula dengan campuran ramuan-ramuan ekstrak bungaan Lavender dan Chamomile yang mana ianya juga membantu untuk menenang dan menyegarkan kulit. Ia juga  bertindak membantu mengembalikan kelembapan sambil melindungi kulit daripada kerosakan alam sekitar. Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya pada kulit sensitif.

Sumber : ayuarjuna.blogspot
/ Kitapunya.com

   

Terima Kad Raya Lagi

Julai 28, 2018 6 Comments
Terima Kad Raya Lagi
Terima Kad Raya Lagi | Walaupun bulan Syawal dah hampir 2 minggu berlalu, tapi nampaknya kita masih lagi terima kad raya tau #janganjealous 😄😄 haha macamlah korang pun dah tak terima dah kan 😅

Sebenarnya macam tak percaya tahun ini aje kita terima kad raya lebih dari 5 keping !  Antara kad raya yang kita dah terima tu, boleh tengok kat > sini < dan mungkin yang dari Dunia Shida ini yang terakhir atau mungkin ada lagi kot lepas ni. Siapa tahu kan. 


Ada kelainan sikit pada kad raya Shida tahun ni berbanding tahun sudah ! Kalau tak silap masuk tahun ini, dah 3 tahun kita terima kad raya dari owner Dunia Shida ni. 2 keping kad raya tu sama dan yang ni lain sikit dari segi warna pun. Makin comel di pandangan mata kasarku. Biru ianya ini benar-benar menyenangkan hati. I like it !! Terima kasih Shida dan terima kasih kawan-kawan blogger yang lain semua. Semoga ukhwah kita yang terjalin di alam maya ini berkekalan. Aamiin.


Amacam ?? Comel kan fridge magnet ni. Rasanya kalau siapa yang dah terima kad raya dari Shida kali ni mesti terima fridge magnet yang cute miut ni juga kan..






Prawn Sensation by Domino's Pizza

Julai 26, 2018 5 Comments
Prawn Sensation by Domino's Pizza
Prawn Sensation by Domino's Pizza | Tak sempat nak merasa pizza free - Ssamjeang ke apa namanya tu. Alahhh yang ramai up entri pasal pizza Domino's yang pedas hari tu. Sebenarnya bukan tak ada peluang nak merasainya tapi gara-gara terlambat reply e-mail. Hmmm tiada rezekilah untuk sama-sama merasainya. It's ok.. tak dapat yang tu yang lain pun ok. Janji dapat, betul tak??

Disebabkan nak juga pizaa berasaskan udang! Makanya menjelmalah Prawn Sensation ! Tak sangka pula dapat yang saiz besar. Dan nasib baik juga my sis kebetulan datang rumah hari tu. Dapatlah makan ramai-ramai.


Tergoda sangat tengok udang dia tu tapi disebabkan masa tu tengah puasa 6. Kita kuatkan hati untuk tunggu sampai waktu berbuka. Sedap juga rasanya tu. Sepertimana yang diperkatakan seorang teman tentangnya begitulah rasanya 😍😍

Dengan setiap kepingan rotinya dipenuhi udang bersalut keju ditambah lada sedikit pedas. Memang sedap ! Terasa juga rasa masam-masam tomato tu. 


Yang ini berbeza sikit dengan set yang pernah diambil sebelum ini. Tak perasan rupanya tertukar.. Ini namanya Cheesy Four bukannya Fabulous Four ! Patutlah ayam set ini spicy rupanya. Spicy ia tu pula betul-betul spicy la. Kesian pula budak kecil berdua tu tak boleh nak makan. Itulah mak saudaranya pun main order je. Maaf ye anak-anak. Mak saudara korang ni nak cepat sangat tengahari tu. Terrr block kereta orang ! Jadi terpaksalah berjaga-jaga 


Apapun thanks Domino's Pizza ! Belanja kita makan free hari tu. Kita suka sangat. Nanti bolehlah belanja kita lagi opsss 😉😚






McDonald's Malaysia perkenal Burger Ayam Mexicana sebagai menu kedua untuk Kempen Discover the World. Turut melancarkan Pai Kastard Strawberi baharu

Julai 24, 2018 6 Comments
McDonald's Malaysia perkenal Burger Ayam Mexicana sebagai menu kedua untuk Kempen Discover the World.     Turut melancarkan Pai Kastard Strawberi baharu
McDonald's Malaysia perkenal Burger Ayam Mexicana sebagai menu kedua untuk Kempen Discover the World. 

Turut melancarkan Pai Kastard Strawberi baharu | Citarasa enak dan eksotik dari Mexico kini boleh dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia dengan pengenalan Burger Ayam Mexicana oleh McDonald’s – menu kedua di bawah kempen tahunan Discover the World selepas menu pertamanya iaitu Burger Rio yang diperkenalkan bulan lalu.


Kepingan ayam rangup bersaiz besar ini dilimpahi dengan mayonis tomato istimewa dan sos jalapeno untuk rasa yang sedikit pedas seumpama hidangan tradisional Mexico. Burger Ayam Mexicana ini juga ditambah dengan campuran lada benggala merah, salad, tomato dan keju cheddar putih. Disertakan dengan ban lembut, hidangan ini semestinya membawakan citarasa hebat kepada seluruh rakyat Malaysia. 

Kempen tahunan Discover the World seringkali mengetengahkan keunikan rasa dan budaya berbeza dari seluruh dunia untuk penggemar hidangan McDonald’s di Malaysia. Rakyat Malaysia yang menantikan tawaran menu istimewa McDonald’s pastinya tidak akan kecewa dengan pengenalan Burger Ayam Mexicana ini.

Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, Burger Ayam Mexicana sebagai menu kedua yang ditawarkan di bawah kempen Discover the World membawakan citarasa negara luar, dan kali ini Mexico menjadi negara pilihan, dengan citarasanya yang unik.

“Seperti Burger Rio, kami ingin membawakan citarasa unik dari negara luar untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia. Kempen Discover the World membolehkan kami memperkenalkan pelbagai citarasa antarabangsa ke restoran-restoran kami di seluruh negara,” kata beliau.

Sama ada menu sedia ada atau baharu, McDonald’s amat mementingkan kualiti penyediaan makanan dari awal hingga akhir – bermula dari ladang kepada pembekal, sehinggalah ke dapur dan akhirnya kepada pelanggan. McDonald’s percaya bahawa makanan yang baik bukan pada rasanya sahaja. Selain kenikmatan yang dirasai semasa memakan hidangan McDonald’s, pelanggan juga diberi jaminan bahawa setiap hidangan disediakan segar dengan bahan-bahan berkualiti, dan mematuhi piawaian Halal dan standard kebersihan makanan yang ketat.

Burger Ayam Mexicana boleh didapati dengan harga RM15.95 untuk set medium dan RM12.50 untuk ala carte.


Selain Burger Ayam Mexicana, McDonald’s turut memperkenalkan buat pertama kalinya hidangan pencuci mulut dengan dua jenis inti – Pai Kastard Strawberi (Strawberry Custard Pie), pai rangup berinti strawberi dan kastard berkrim. Pai Kastad Strawberi (Strawberry Custard Pie) ini boleh didapati dengan harga RM3.30.


Selain itu, McDonald’s juga membawakan kembali hidangan pencuci mulut Strawberry Cone. Ia boleh dinikmati oleh semua penggemar aiskrim sundae strawberi dan juga mereka yang ingin merasai perisa aiskrim sundae selain vanilla dan coklat. Pai Kastard Strawberry (Strawberry Custard Pie) dan Strawberry Cone pastinya memberi kepuasan kepada penggemar hidangan pencuci mulut yang inginkan kelainan.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Discover the World oleh McDonald’s Malaysia, sila layari http://www.mcdonalds.com.my/


Blackout

Julai 23, 2018 10 Comments
Blackout
Blackout | Hushhh masuk kali ni dah dua kali blackout hari ni je. Apa masalahnya pun tak taulah. Ingatkan petang tadi je blackout. Tiba-tiba je gelap. Ingatkan rumah kita sebuah je ada masalahnya sekali satu kampung !!


Masa-masa camni pula lampu suluh lupa letak dekat mana. Harapkan lampu phone dengan cahaya lilin la dulu terangi ruang dalam rumah ni. Melilau budak kecil ni pun. Tak tahu nak kemana. Semua ruang gelap je. Harapnya tak hujan la walaupun sesekali terdengar guruh dilangit. Lagipun baru je lepas hujan ni. Apapun semoga bekalan elektrik ini dapat disambungkan semula secepatnya, Aamiin.

Bila jadi camni, risau budak kecil ni dekat dengan lilin je sebenarnya. Itu yang kekadang kecil besar kecil besar je nengoknya. Cik nyamuk pun banyak ni. Aishhhh tak tahan juga sesekali kena camni ☹️☹️





Resepi Mudah : Sambal Ikan Bilis Terlajak Mudah

Julai 23, 2018 7 Comments
Resepi Mudah : Sambal Ikan Bilis Terlajak Mudah
Resepi Mudah : Sambal Ikan Bilis Terlajak Mudah | Ia memang mudah je sebenarnya nak buat sambal ikan bilis ni. Antara nak dengan tak nak je. Dulu masa dekat rumah sewa boleh dikatakan setiap hari housemate akan buat sambal pedas. Kalau bukan sambal ikan bilis dia akan buat sambal kentang. Sedap ! Makan dengan nasi panas-panas. Fuhhh terangkat

Dahlah mengimbau kenangan lalu  tu. Sekarang kita kongsikan resepi simple lagi mudah : Sambal Ikan Bilis Terlajak Laku 

Sambal Ikan Bilis Terlajak Mudah

Bahan
Semangkuk ikan bilis - nak goreng dulu pun boleh tak nak goreng pun boleh
2 biji bawang besar - hiris bulat-bulat
3 ulas bawang putih *
10 biji lada burung *
10 keping lada kering * - rendam air panas & buang biji 
1 inci halia *
2 keping asam keping
Sedikit gula, garam dan secukup rasa
Minyak untuk menumis 

Caranya
  • Kisar semua bahan-bahan *
  • Tumis bawang besar menggunakan minyak masak yang banyak sehingga naik bau je
  • Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi. Perlahankan api dan kacau sehingga cili betul-betul masak dan keluar minyak. Yang ni ambil masa lama sikit..kalau kurang minyak kita boleh tambahkan. 
  • Biarkan sehingga ia garing iaitu minyak tumis tu akan mula berbuih sikit.
  • Kemudian masukkan  sedikit gula dulu dan kacau sebati untuk kilat dan cantikkan warna sambal kita
  • Seterusnya masukkan air, ikan bilis, garam dan asam keping. Kacau sehingga sambal masak.
  • Dah siap 



Sampai Bila By Misha Omar (OST Jangan Benci Cintaku)

Julai 22, 2018 6 Comments
Sampai Bila By Misha Omar (OST Jangan Benci Cintaku)
Sampai Bila By Misha Omar (OST Jangan Benci Cintaku) | Baru berkesempatan nak up lirik lagu drama yang telah berjaya menduduki carta tertinggi dalam hatiku sekarang ini. Seronok layan cerita ini sekarang ni. Kesian sangat dengan si Fika tu dan geram pula dengan perangai si Husna tu. Apapun tak sabar nak tunggu episode seterusnya esok. Selalu sangat terlepas tengok siarannya pukul 7 petang ni. Nasib baiklah ada ulangan tengah malam tu kalau tak, tengok dekat YouTube jelah kita kan hikhik

Jom layan lagu Misha Omar ni dulu jom.. 


Tajuk : Sampai Bila
Nyayian : Misha Omar

Andai dapat kau dengar ombak hati ini
Dihempas sepi tiada berlagu
Dulu tenang dan dilayari kasihmu
Kini dilanda gelora tak menentu

Sampai bila, harus ku bertanya
Firasat hatimu, yang terus membisu
Segala dendamku
Kini telah menjadi bebenan jiwa
Saat kau mencari pengganti cinta

Dalam rindu yang tak bererti apa lagi
Biarkan aku kini sendiri
Oh pergilah dengan dia yang kau cinta
Dan tak perlu kau di sini mengungkit kesilapan

Sampai bila, harus ku bertanya
Firasat hatimu, yang terus membisu
Segala dendamku
Kini telah menjadi bebanan jiwa
Saat kau mencari pengganti

Padamu aku hanya
Kaca yang tak berharga
Pudar seri... kosong. kelam. tak bermakna

Oooh
Ku melangkah dengan hati yang kecewa
Moga ada secebis ketabatan mengubati

Sampai bila...
Firasat hatimu, yang terus membisu
Segala dendamku
Kini telah menjadi bebanan jiwa
Saat kau mencari pengganti cinta.


Kasut Hitam Sekolah Tahun Hadapan

Julai 20, 2018 11 Comments
Kasut Hitam Sekolah Tahun Hadapan
Kasut Hitam Sekolah Tahun Hadapan | Wahhh mulai tahun hadapan semua pelajar sekolah akan memakai kasut berwarna hitam ! Perkara ini sudah semestinya mengembirakan kaum ibu terutamanya sebabnya tak perlu lagi menyentar lebih-lebih kan hikhik. Bertuah budak-budak sekarang apapun ciktie tumpang gembira sebabnya keluh kesah para ibubapa dapat didengari ke peringkat atasan. Lagipun bukan mudah nak pastikan kasut tu sentiasa putih bersih camtu sepanjang masa nak-nak budak lelaki tu. Teringat masa basuh kasut dulu. sekali air keruh habis kuning segala pakaian dan kasut putih tu hikhik. Walaupun dah di nilakan baju dan tudung tu tetap juga nampak perbezaanya. Nasib baiklah kasut tu selalu juga kita kapur tebal-tebal hikhik




Raikan 175 Tahun Yale

Julai 20, 2018 1 Comment
Raikan 175 Tahun Yale
Raikan 175 Tahun Yale | Yale maju ke hadapan dengan menghubungkan dunia dengan produk inovatif Kunci Pintu Pintar dan aplikasi Pautan Yale yang menyediakan kemudahan kepada pemilik rumah.  

Yale meraikan penubuhannya lebih 175 tahun lalu dengan penyelesaian boleh dipercayai yang amat relevan dengan keperluan pasaran hari ini.


Sebagai salah satu jenama antarabangsa, Yale sememangnya nama yang dikenali dalam industri kunci. Sejarah mereka bermula sebagai sebuah perniagaan keluarga di Amerika Syarikat (AS) oleh Linus Yale Jr., yang membuat eksperimen dengan mekanisme berasaskan kunci digunakan oleh bangsa Mesir kuno lebih 4,000 tahun lalu. Ia adalah cara bagaimana dia dapat mencipta mekanisme pin pasak terkenal yang digunakan secara meluas dalam industri keselamatan hari ini.

Menjelang abad ke-20, syarikat berkenaan berkembang di seluruh dunia dan mempunyai lebih 12,000 kakitangan. Pada Ogos 2000, Yale telah dibeli oleh Kumpulan ASSA ABLOY. 

ASSA ABLOY adalah peneraju dunia dalam penyelesaian pembuka pintu dalam menepati kepuasan pengguna akhir yang inginkan keselamatan dan kemudahan. Sejak ditubuhkan pada 1994, ASSA ABLOY telah berkembang dari sebuah syarikat serantau kepada kumpulan antarabangsa dengan kira-kira 47,000 kakitangan dan beroperasi di lebih 70 negara serta jumlah jualan mencecah hampir SEK 71 bilion (RM32 bilion). Dalam segmen keselamatan elektromekanikal yang bergerak pantas, Kumpulan mempunyai kedudukan paling hadapan dalam bidang kawalan akses, mengenal pasti teknologi, automasi pintu dan keselamatan hotel.

Ketika produk inovatif mereka bertahan, perkembangan jenama ini sentiasa didorong oleh komitmen terhadap kualiti, reka bentuk, kebolehpercayaan, keselamatan dan kepercayaan.


Dalam memastikan mereka mengikuti aliran terkini, salah satu kunci yang mempengaruhi terhadap keperluan keselamatan rumah yang moden adalah automasi rumah dan sambungan meluas terhadap rumah pintar.

Konsep rumah pintar mungkin dikatakan sebagai tidak masuk akal beberapa dekad lalu apabila objek di dalam rumah boleh dikawal menerusi alat kawalan jauh dan arahan suara. Idea berkenaan dianggap tidak meyakinkan dalam tempoh beberapa tahun lalu memandangkan dianggarkan hanya lebih 80 juta peranti pintar dijual setiap tahun.

Angka itu dijangka meningkat dengan bilangan peranti yang berhubung di seluruh dunia yang dianggarkan mencecah 26 bilion menjelang 2020 *!

Dengan perkembangan pesat terhadap penggunaan peranti pintar, Yale telah memperkenalkan rangkaian pintar penyelesaian baru seperti Kunci Pintu Pintar untuk disesuaikan dengan keperluan pemilik rumah hari ini menerusi kualiti produk yang memudahkan dan memberi ketenangan.


Kunci Pintu Pintar Yale memberi kebebasan kepada pemilik rumah untuk menjaga keselamatan harta tanpa perlu membawa kunci yang banyak. Ia juga mengurangkan risiko pemilik rumah menghilangkan kunci ketika melakukan tugasan harian.

Demi kemudahan pemilik rumah yang sentiasa sibuk dengan urusan harian, Yale telah membangunkan aplikasi Pautan Yale yang boleh diselarikan dengan Kunci Pintu Pintar Yale. Aplikasi Pautan Yale dibangunkan teknologi internet saling berhubung atau (Internet-of-Things) yang membolehkan pengguna mengakses dan membuka kunci pintu digital menggunakan telefon pintar.

Aplikasi Pautan Yale memberi ketenangan kepada pemilik rumah pada waktu sebenar memandangkan mereka boleh memantau aktiviti yang diakses di rumah melalui telefon pintar. Pemilik rumah boleh mengetahui segera sama ada pintu mereka dikunci atau tidak dan boleh memberi akses kepada tetamu dan pelawat. Aplikasi Pautan Yale juga mempunyai fungsi amaran penceroboh yang boleh dikesan dan dipantau menerusi perkhidmatan Percubaan Audit.



Pengarah Urusan ASSA ABLOY ASEAN, Aravind Karthigesu berkata: “Ia adalah saat paling teruja bagi Yale apabila kami berusaha mereka bentuk dan membangunkan produk terbaru demi keselesaan dan ketenangan kepada pemilik rumah dalam menjaga keselamatan hak milik mereka.

“Kami terus mengukuhkan penawaran mekanikal yang menjadi tulang belakang jenama ini dan kami sedar pasaran kini semakin berubah dan berharap dapat mengembangkan penawaran Kunci Pintu Pintar. Industri ini memerlukan inovasi untuk terus kekal relevan dan ia adalah matlamat kami di Yale yang melakukan pembangunan produk menarik dalam tempoh beberapa tahun akan datang.”


Kunci Pintu Pintar Yale kini berada di pasaran Malaysia dan aplikasi Pautan Yale terdapat di Google Play store dan App Store. 

Untuk mengikuti perkembangan terbaru daripada Yale, sila lawati laman sesawang kami di www.yalelocks.com.my atau ikuti kami di media sosial.



2Escape Penyelesaian Bagi Semua WD-40® BIKE Di Malaysia

Julai 19, 2018 Add Comment
2Escape Penyelesaian Bagi Semua WD-40® BIKE Di Malaysia
2Escape Penyelesaian Bagi Semua WD-40® BIKE Di Malaysia | WD-40® bekerjasama dengan peneraju pakar basikal Malaysia, 2Escape, untuk menawarkan siri WD-40® BIKE - penyelesaian yang khusus untuk penyelenggaraan dan penjagaan semua jenis basikal di pasaran.


“Kami begitu teruja dengan kerjasama ini. Ia memberi kami peluang menawarkan solusi kepada pelanggan dan rakan-rakan penunggang dalam kerja penyelenggaraan basikal mereka,” kata Harish Vadher, Ketua Pegawai Eksekutif  2Escape. 


Selain daripada botol biru WD-40® Multi-Use Product, juga dikenali sebagai ‘Botol dengan Beribu Kegunaan’,  di bawah adalah siri WD-40® BIKE yang boleh didapati di 2Escape:

  • WD-40® BIKE Chain Cleaner & Degreaser: Pembersih rantai basikal yang berbuih  ini bertindak balas dengan cepat untuk menghilangkan kesan minyak dan kotoran degil daripada rantai basikal dan sistem kayuhan. 


  • WD-40® BIKE All-Purpose Bike Wash: Pembersih basikal ini sangat berkesan dan selamat digunakan. Ia membantu menghilangkan kotoran dan minyak yang boleh menyebabkan kerosakan komponen dan mengelakkan permukaan basikal tercalar semasa kerja pembersihan dilakukan. Ia selamat digunakan untuk semua jenis permukaan basikal termasuk serat karbon, titanium, krom, keluli, aluminium, getah dan plastik!



  • WD-40® BIKE Wet Chain Lube:  Dirumus khas untuk keadaan basah, berlumpur dan sukar, pelincir rantai basah ini memberi salutan yang tahan lama untuk mengelakkan air dan lumpur serta membantu melindungi rantai basikal anda dan memanjangkan tempoh penggunaannya. Formula ini tidak mengandungi salutan lilin (wax), dan kotoran tidak akan terkumpul di dalam sistem kayuhan. 

  • WD-40® BIKE All-Conditions Chain Lube: Gunakan ini untuk pelinciran berprestasi tinggi dalam semua cuaca, sama ada basah atau kering. Cepat dan mudah digunakan, formula ini membantu mengelakkan kerosakan dan memanjangkan hayat rantai basikal anda. Tidak mengandungi lilin (wax) dan kotoran tidak akan terkumpul di dalam sistem kayuhan.



  • WD-40® BIKE Dry Chain Lube: Polimer dalam formula ini membentuk filem kering untuk melindungi rantai anda dan mencegah kotoran yang melekat dalam keadaan kering atau berdebu. Ia membantu mencegah kerosakan akibat daripada geseran dan  membantu memanjangkan hayat rantaian. Formula ini tidak mengandungi salutan lilin (wax) dan kotoran tidak akan terkumpul di dalam sistem kayuhan. 


Jika anda serius dengan penyelenggaraan dan penjagaan basikal anda, carilah pakar basikal yang boleh dipercayai dan produk yang sesuai dengan penggunaan.

Bertempat di 9, Lorong 51A/227C, Petaling Jaya, Selangor, 2Escape juga boleh dikunjungi menerusi laman sesawangnya https://2escape.bike


Business Appreciation Day at Holiday Villa Hotel & Suite Kota Bharu

Julai 19, 2018 1 Comment
Business Appreciation Day at Holiday Villa Hotel & Suite Kota Bharu
Business Appreciation Day at Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu | Bulan April lalu ciktie dan beberapa orang blogger dari #teambpt telah menghadiri event Business Appreciation Day bertempat di Topaz Ballroom, Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu. Sepatutnya entri ini dah lama dikeluarkan tapi tah camne ia termasuk dalam draf pula. Jadi kita keluarkan juga walaupun lambat ye.

Sebelum itu, ciktie nak ucapkan terima kasih kepada semua team HVKB kerana menjemput kami #teambpt untuk join sama memeriahkan event itu. Terima kasih juga dengan layanan baik yang diberikan. Semoga kolaborasi itu dapat diteruskan lagi. In Shaa Allah, aamiin.

Business Appreciation Day

Sebenarnya itu kali pertama ciktie pergi sana dan pertama kali juga join program seumpama itu. Sebelum ini masuk hotel kalau bukan untuk makan-makan, ciktie join kursus takpun terlibat dengan program anjuran kat tempat kerja. Jadi program tu agak berlainan sikit dengan apa yang ciktie pernah buat.

Majlis yang dirancang bermula lewat sikit. Jadi sempatlah ciktie ushar-ushar sekitar Topaz Ballroom tu sekejap. 😅ok juga tempatnya tu. Besar dan luas juga.. boleh memuatkan kapasiti sehingga 250 orang. Ramai juga tu. Staff diorang pun friendly. Kedudukannya pun strategi di tengah-tengah diantara pusat bandar. Nak cari pun tiadalah susah mana.

Business Appreciation Day

Semasa event tu, Ciktie suka sangat dengan persembahan tarian dari artis Jaa Jastera lagipun sebelum ini artis Jaa Jastera itu pernah membuat persembahan untuk event office dan pertunjukan busana pengantin dari Qaseh  Butik tu. Cantik ! Lemah gemalai je lengkok tarinya. Busana pengantin yang diperagakan pun tak kurang hebatnya juga tapi ciktie lebih suka yang biru kembang itu. Cantik je 😍😍 

Business Appreciation Day

Business Appreciation Day


Sebenarnya majlis itu diadakan adalah sebagai menghargai semua badan korporat/agensi/jabatan kerajaan dan swasta serta wakil media yang telah banyak menyokong pengoperasian HVKB selama itu. Majlis itu pun telah berlangsung dengan cukup meriah. Dan antara VVIP yang turut hadir dalam majlis itu adalah termasuklah :-

  • Encik Hafiz Hazim, Pengarah Tourism Kelantan
  • Encik Mohd Nik Faizal Nik Kamarudin, Pengarah Mida Kelantan
  • Encik Shahrin Abdullah, Pengarah MIDF
  • Encik Roslan Yaacob @ Omar dari Angkasa Kota Bharu
  • Encik Mohd Shaufi, General Manager Holiday Villa Hotel & Suites
  • Encik Hafez Munir Ahmad, Operation Manager Holiday Villa Hotel & Suites
  • Puan Hamidah Salleh, Timbalan Pengarah Pencegah SPRM, Kota Bharu




Selain sebagai tanda menghargai sokongan yang diberikan, program itu juga bertujuan untuk memperkenalkan promosi yang disediakan oleh HVKB sebenarnya. Banyak juga sebenarnya promosi yang diorang sediakan. Rupanya kita je yang tak tau sangat tapi dengan adanya kolaborasi seumpama ini, apa-apa hebahan yang sepatutnya dihebohkan dapat dipanjangkan lagi kepada kita-kita yang kat luar ini. Dapatlah tahu serba sedikit infonya kan 😆

Antara promosi yang ditawarkan oleh pihak #HVKB adalah seperti berikut. Tapii ada antara promosi itu telah ciktie kongsikan dengan korang sebelum ini. Apapun sebelum itu ciktie nak perkenalkan korang dengan HVKB ni dulu. Bagi siapa yang sudah mengetahuinya ok ciktie taknak ulas apa-apa tapi bagi yang tidak mengetahuinya semoga info ini sedikit sebanyak dapat membantu.


Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu, Kelantan terletak hanya di sebelah jalan je dengan Wakaf Che Yeh, iaitu satu kawasan tarikan pelancong di Negeri Kelantan ni, untuk apa lagi kalau bukan shopping kan.

Merupakan hotel bertaraf 4 bintang di Negeri Kelantan. Mempunyai kemudahan 108 bilik tetamu yang dilengkapi dengan kemudahan internet percuma, kolam renang, gimnasiuma dan banyak lagi. Memang satu kawasan strategik terletak di pusat bandar. 11km je jaraknya dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) dan 5km dari pusat bandar Kota Bharu. Staffnya mesra pelanggan dan yang paling penting harga yang ditawarkan pun berpatutan.




Promosi yang ditawarkan
Card privilage
Dengan hanya rm480 korang akan mendapat banyak privilage yang ditawarkan oleh pihak #HVKB. Contohnya dapat bilik percuma sempena ulang tahun (birthday), akses pool percuma tanpa bayaran dan banyak lagi.



General (PRU)
Promosi ini diadakan pada 9 Mei 2018 (sehari je) sempena hari membuang undi. Dan cerita mengenainya telah ciktie kongsikan dekat Promosi Khas Sempena PRU '14


Promosi sempena bulan puasa 
Promosi yang berlangsung dari hari pertama puasa hinggalah puasa terakhir iaitu sepanjang bulan puasa. Promosi 9+1 (datang 10 orang 9 yang kena bayar seorang free). Yang ini pun ciktie dah kongsikan dengan korang semua termasuk buffet Ramadhan yang pihak #HVKB sediakan dengan sini !


Promosi FIFA
Yang ini tak sempat nak share dengan korang. Sedar-sedar World Cup dah habis. Minta maaf ye. Sebenarnya Sempena World Cup, pihak HVKB  ada menyediakan perkhidmatan skrin layar kepada pengunjung yang mengunjungi HVKB untuk sama-sama menyaksikan perlawanan piala dunia. Bayaran yang dikenakan hanyalah rm10 je tak silap. Tapii  world cup dah habis dah 

Promosi sepanjang masa
Steambot ! Sebenarnya ia bergantung kepada permintaan pengunjung. Dengan harga rm28 korang bebas menikmati hidangan ini bila-bila masa. Nak sekarang pun boleh.


Jadiii, inilah serba sedikit info yang boleh ciktie kongsikan dengan korang untuk kali ini. Untuk maklumat lanjut berkaitan Holiday Villa Hotel & Suites dan promosi mengenainya layari http://www.holidayvillahotels.com/malaysia/kota-bharu/holiday-villa-kota-bharu/





My Ping in TotalPing.com