Selamat Hari Raya

Jun 16, 2018
Selamat Hari Raya | Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin terutamanya kepada semua teman-teman, sahabat handai, follower dan sesiapa sahaja yang sudi singgah blog picisan ini. Tak lupa juga buat semua muslimin-muslimat yang turut menyambutnya ! Hari ini dah 2 Syawal maknanya dah masuk hari ke-2 kita menyambut hari raya. Hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. Semoga segala usaha yang kita lakukan sepanjang sebulan di bulan Ramadhan diberkati dan dapat diteruskan lagi pada bulan-bulan yang seterusnya. In Shaa Allah, Aamiin.

Sesi rumah terbuka masih lagi panjang. Orang kata baru nak bermula. Kebetulan sekarang ini cuti persekolahan. Ramailah yang mengambil kesempatan mengadakan kenduri-kendara. Dan kita sebagai tetamu terutamanya tu masa mengambil makanan janganlah sampai membazir ye. Beringat adalah lebih baik..tak cukup kita boleh tambah. Yang sedikit sama-sama merasa. Yang banyak jangan sampai membazir !

Yang mana dekat kita eratkan dan yang mana jauh kita kunjungi. Semoga amalan kunjung-mengunjung, bertanya khabar dapat diteruskan. Tapiii janganlah kunjungi masa raya sehari dua ni je. Inikan raya jadi jalan sesak itu biasalah. Rancanglah perjalanan kita sebaiknya dan banyakkan bersabar ye.










Share this :

Previous
Next Post »

9 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com