Khamis, 7 Jun 2018

Resepi : Udang Masak Lemak Cili Padi

Resepi : Udang Masak Lemak Cili Padi | Hai, Assalammualaikum korang. Berbuka dengan apa hari ni?? Ciktie tengok sorang-sorang duk share entri pasal juadah berbuka tu sedap-sedap semuanya. Nampak betul-betul menyelerakan. Sabar jelah kita ni. Juadah untuk berbuka hari ini belum tahu lagi apakah ianya tu. Kebetulan hari ni giliran kita kena duty office. Itu yang masih lagi tercari-cari menu untuk berbuka.

Menu simple-simple memang menjadi tumpuan ciktie sepanjang berbuka tahun ni. Alhamdulillah, kelmarin dah masak Udang Masak Lemak Cili Api. Tapi cili tu kita sengaja kurang. Puasa-puasa ni kena jaga makan juga. Karang semua kerja tergendala. Oklah sementara duk fikir menu apa petang ni, korang yang masih tercari-cari menu berbuka apa petang ni boleh cuba resepi Udang Masak Lemak cili padi ni nanti. Senang je nak masaknya pun. Selamat mencuba korang :)


Udang Masak Lemak Cili Padi
Bahan 
Udang
*Sedikit halia
*1 ulas Bawang putih
*3 Bawang merah
*Sedikit kunyit (pastikan ia lebih banyak sikit dari halia)
Santan
Garam
1 keping Asam gelugur
*3 biji cili kecil
Sedikit gula

Cara memasak
  • Blend semua bahan *
  • Kemudian masukkan bahan* bersama santan, sedikit air sehingga mendidih sikit.
  • Kemudian masukkan udang, asam keping, garam dan gula secukup rasa sehingga mendidih.
  • Biarkan seketika sehingga udang betul-betul masak sebelum tutup api.
  • Dah siap


9 ulasan

  1. Serius nampak menyelerakan!! Sedapnyaaaa 😍😍

    BalasPadam
  2. huhu sy tak pandai makan udang haha ada alergik

    BalasPadam
  3. Sedapnya Cik Tie.. Saya tag nama awak yea.. Jemputlah join..

    http://www.shikinrazali.com/2018/06/comeback-giveaway-by-byzura-halifah.html

    BalasPadam
  4. sedapnya..menu ni antara k.fiezz suka masak..kena dengan selera kitaorang somi isteri..

    BalasPadam
  5. sedapnya..menu ni antara k.fiezz suka masak..kena dengan selera kitaorang somi isteri..

    BalasPadam
  6. sedapnya..menu ni antara k.fiezz suka masak..kena dengan selera kitaorang somi isteri..

    BalasPadam
  7. aida sgt suka makan udang tau.
    tapi apa kan daya, elergi resdung :(
    sesekali makan jugak.
    tapi kena make sure ubat ada di sisi hu hu hu

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.