Mee Hoon Simple dan Sedap

Jun 24, 2018
Mee Hoon Simple dan Sedap | Antara menu simple yang selalu menjadi pilihan kita saat-saat kecemasan adalah bihun ! Cepat, ringkas dan senang. Selain bihun sup goreng pun sedap !! Kebetulan baru-baru ini sempat snap gambar jadi bolehlah kita share kat sini kan. 

Bihun goreng sedap

Bahan Bahan: 
1 bungkus bihun - direndam hingga lembut & tos
1 biji bawang besar - dihiris
1 mangkuk sotong /udang 
1 mangkuk carrot - hiris memanjang
1 mangkuk kubis
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap lemak manis 
Sedikit garam, gula dan serbuk perasa
Minyak masak untuk menumis

Bahan untuk menumis *tumbuk
3 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
1/2 genggam ikan bilis - direndam 

Hiasan
Bawang goreng
Daun sup
Cili merah

Cara-caranya :- 
  • Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang besar sehingga naik bau. 
  • Kemudian masukkan bahan untuk menumis dan kacau serata sehingga naik bau. Masukkan pula cili kisar, masak sehingga cili ni garing dan benar-benar masak. *Api tu jangan besar sangat karang hangit !!
  • Dah garing, masukkan sedikit air, sos tiram, kicap, gula dan garam secukupnya. Masak sehingga sambal keluar minyak. 
  • Masukkan carrot dan sedikit air lagi untuk melembutkan carrot tu. Agak-agak ia lembut, masukkan sotong dan kacau seketika. 
  • Kemudian masukkan bihun mee hoon. Kacau serata sehingga bihun tu lembut. Jika belum cukup lembut, boleh masukkan air sedikit demi sedikit. 
  • Akhir sekali, masukkan kubis. Setelah ia lembut bolehlah tutup api. Dah boleh hidang ! Jangan lupa tabur bawang goreng, daun sup dan lada atasnya 😉


Share this :

Previous
Next Post »

7 ulasan

  1. Sis kalau goreng bihun main campak je... tak reti nak sukat kiki

    BalasPadam
  2. esok nak suruh isteri cuba resepi inilah!

    BalasPadam
  3. mudah aje kan. mama pun buat stok kat umah. kalau org dtg senang terus buat je

    BalasPadam
  4. mihun ni all time feveret, ciktie.
    ari tu balik kg, ni la salah satu menu sarapan bila rumah mak penuh.
    ada 2 versi.
    mihun goreng merah. mihun goreng singapore, tak pedas :)

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com