Lancarkan Perjalanan Balik Kampung Bersama WD-40 ® | Dah terbau aroma lemang tak? hikhik mood balik kampung dah semua orang sekarang ini. Tak lama dah kita semua bakal menyambut lebaran !! Sempena lebaran ini juga WD-40 ® turut mengucapkan selamat menyambut Hari Raya kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya dan semoga tahun ini dan tahun akan datang memberi lebih makna buat kita semua. In shaa Allah, aamin
Kalau nak tahu, Syarikat WD-40 adalah organisasi pemasaran global yang didedikasikan untuk mencipta memori positif yang berpanjangan dalam membangun dan menjual produk yang mampu menyelesaikan permasalahan di bengkel, kilang ataupun kediaman di seluruh dunia.
Syarikat
yang berasal dari Amerika ini adalah pembuat Produk Pelbagai Guna WD-40®
yang paling dipercayai yang perlu ada dalam kotak peralatan kediaman diseluruh
dunia yang juga dikenali sebagai penyelesaian pantas untuk membersih dan
melindungi, melancarkan bahagian berkarat, member kelembapan, menghentikan
bunyi geseran yang bising serta menghilangkan kesan degil melekit! Ia menjadi penyelenggara profesional dan amatur DIY dalam pekerjaan mereka yang membabitkan perkakasan, perindustrian, automotif, berbasikal, sukan dan barangan runcit besar-besaran.
Dan jika korang mempunyai
Produk Pelbagai Guna
WD-40® di rumah, terdapat beberapa tips
yang boleh kita gunakan pada kenderaan kita sebagai untuk :
- Mengeluarkan kotoran minyak dari enjin terutamanya kotoran dari saluran PVC atau ketulan gris pada blok enjin dan sekitarnya.
- Melindungi besi daripada terhakis dan berkarat.
- Memberi kelembapan pada pendawaian kereta. (Hanya sembur dan biarkan untuk kesemua rawatan di atas)
*Sentiasa pastikan enjin kenderaan kita dalam keadaan sejuk dan berhenti, sebelum kita menggunakan mana-mana produk penjagaan kereta lain pada kenderaan
*Menyimpan sebotol Produk Pelbagai Guna WD-40® dalam kenderaan kita juga merupakan idea yang baik kerana ia sangat BAGUS untuk :
- Membantu menghidupkan enjin yang basah, terutama apabila enjin menjadi lembap disebabkan banjir.
- Memudahkan membuka bolt dan nut. Sebagai contoh apabila tayar kereta pancit. Hanya perlu sembur kepada bolt dan nut yang ketat, dan penukaran tayar akan menjadi lebih mudah. Jika anda mahukan persediaan yang lebih menyeluruh bagi kereta anda-sesuatu yang dipanggil sebagai pakar - semak barisan produk automotif kami, WD-40® Specialist™.
Terdapat
5 produk di
bawah kategori ini
yang telah direka khas oleh WD 40® untuk memaksimumkan prestasi
kenderaan kita dan memastikannya dalam keadaan terbaik iaitu :-
- Pembersih WD-40® Specialist™ Automotive Throttle Body, Carb & Choke - Ia memaksimumkan prestasi karburetor dan meningkatkan prestasi sistem bahan api. Ia menghapuskan permukaan keras dan kasar, mengurangkan pelepasan asap, membersihkan getah, kotoran, minyak, plumbum dan karbon.
- Pembersih WD-40® Specialist™ Automotive Brake & Parts - Untuk penyingkiran cecair brek, minyak dan bahan cecair brek daripada pelapik brek, pad dan drum.
- Pembersih WD-40® Specialist™ Automotive Machine & Engine Degreaser - Pelarut penghapus minyak yang mampu menembusi secara mendalam kesan kotoran minyak degil, lekit, tar dan banyak lagi.
- Pelincir WD-40® Specialist™ Automotive Chain Lube - Menyediakan pelinciran dan perlindungan jangka panjang untuk rantai O, X dan Z.
- Pelincir WD-40® Specialist™ Automotive Belt Dressing - Memberi perlindungan lebih lama terhadap tali pinggang keledar dan cengkaman lebih baik untuk semua jenis tali pinggang keledar. Baik digunakan sebelum ia mula mengeluarkan bunyi!
Produk
Pelbagai Guna WD-40®
boleh didapati dalam
pelbagai saiz dan ia telah berkembang menjadi
pelbagai produk khusus
antaranya seperti WD-40® Specialist™,
WD-40® BIKE and
WD-40®
Specialist™ Automotive Produk
Syarikat WD-40 yang kini
tersedia di lebih
daripada 176 negara
dan wilayah di seluruh dunia termasuk Malaysia. Di
mana pelbagai produk
WD-40
boleh ditemui di kedai-kedai runcit
dan perkakasan utama
di semua negeri.
Untuk maklumat lanjut tentang
Syarikat WD-40 atau
barisan produknya, kita boleh melayari sesawangan www.wd40.asia Rangkaian produk pakar automotif ini juga sesuai digunakan pada motorsikal.
Akhir sekali, jangan lupa servis kereta korang dulu ye sebelum pulang ke kampung ! Hanya dengan membuat persediaan untuk perjalanan jauh ia mampu melancarkan perjalanan kita dan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.
bagusnya produk ni
BalasPadam