Bijan | Tengokkan design ia ni cam biasa-biasa je. Tapii ia punya eksklusif makkkaii memang kita mampu tengok jelah. Kalau diberi pilihan untuk milikinya pun rasanya tak naklah dan tak mungkinlah. Nak bawak ke manalah sangat beg mahal-mahal camni. Lebih baik beli aset je. Boleh juga buat pelaburan masa panjang.
Terlopong juga dengar nama salah satu diantara jenama beg yang dirampas dekat kediaman bekas perdana menteri tu tadi. Bijan ! Ingatkan makanan je ada nama tu tapi rupanya tak ! Memang berduit sangat la siapa yang miliki mana-mana barangan jenama ianya ni. Pendek kata memang bukan calang-calang oranglah yang berjaya milikinya tu. Custom made ni dan ianya tiada dalam pasaran.
Kalau nak tahu Bijan (Bizaen) yang ini merupakan jenama fesyen yang menjual kelengkapan lelaki dan perempuan termahal di dunia. Paling eksklusif dan ia dikategorikan sebagai barang rekaan khas dan jenama ikonik !
Menurut sumber sepasang stokin ia pun dah berharga nak cecah rm403 ! Tali leher untuk satu tu pula berharga dari rm4031. Tu dari baru tau hingga harga berapa taktau lah berapa pula.
Harga sebiji beg jenama ini pula berharga rm1.6 juta ! Fuhhh memang mampu telan air liur jelah jawabnya. Pada mulanya jenama Bijan ini hanya boleh ditempah khas melalui temujanji khas dengan pereka fesyen terkemuka Bijan Pakzad di butiknya di Rodeo Drive Beverley Hill di Los Angeles. Tapi beliau dahpun meninggal dunia pada tahun 2011. Bijan hanya menerima lima hingga enam pelanggan dalam satu hari.
Pada awalnya beliau adalah satu-satunya pereka fesyen bagi semua jenis kelengkapan lelaki yang terdiri daripada pakaian, kasut, skaf, tali leher, barang kemas, jam tangan, beg bimbit serta haruman eksklusif. Kemudian koleksinya ditambah kepada pakaian dan kelengkapan wanita termasuklah beg tangan, haruman dan juga barang kemas.
Bijan juga pernah bekerjasama dengan Bugatti menghasilkan rekaan khas untuk jenama kereta berkenaan. Anak kelahiran Iran ini juga pernah menjadi perunding imej kepada 5 orang presiden Amerika Syarikat iaitu :
- Ronald Reagan
- George Bush
- George W Bush
- Bill Clinton
- Barack Obama
Selain itu, beliau juga menjadi pilihan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair dan juga Presiden Russia, Vladmir Putin selain menjadi pereka pilihan beberapa orang selebriti serta tokoh terkemuka dunia seperti :-
- Malcolm Forbes,
- Roger Moore,
- Pierre Trudeau,
- Raja Juan Carlos,
- Barry Manilow,
- Raja Hussein (Jordan)
- George Benson (pemain gitar)
- Micheal Jordan (pemain bola keranjang)
Bukan tu je, beliau juga turut menjadi pilihan artis berprofil tinggi seperti Tom Cruise dan Anthony Hopkins dan juga pereka fesyen lain seperti :-
- Oscar de la Renta,
- Tom Ford dan
- Giorgio Armani
Sumber : hmetro
tgk harga, terbeliak biji mata
BalasPadamitulah pasal
PadamFuh Harga mampu tgk j la. Hi singgah sini
BalasPadamTak terfikir akal ku...
BalasPadamFuhh bijann kenal yg makan jerr, hii
BalasPadamkalu abe kie la...duit 1.6 juta tu baiklah beli rumah. pas tu sewakan..bln2 duit masak. atau pun masuk tabung haji. makan duit dividen je la bln2.
BalasPadamaiyaaa stokin je dah 400 hengget, memang tak pandang lah jenama ni
BalasPadamhaha ingatkan bijan di dapur tu. rupanya handbag we. hehehe
BalasPadamWowww, hebaqqq... alaaa..watpe lah mahal-mahal der....letak benda sama je dalam tu..
BalasPadamNak nampak bergaya bolehla kut...tp cekik darah oii
ehehehe makin menaik saham Bijan dipasaran hehe..
BalasPadamsuratan atau kebetulan.. ehehee
BalasPadamMesti best kalau kerja dengan company tu yer, barang dia mahal mesti gaji pun tinggi. hehehe...
BalasPadam