Diskaun Sehingga 40% Oleh Malaysia Airlines

Jun 30, 2018 3 Comments
Diskaun Sehingga 40% Oleh Malaysia Airlines


Diskaun Sehingga 40% Oleh Malaysia Airlines |   Wahhh seronoknya !! MAS buat promosilah korang. Terasa rindu nak terbang tinggi kat atas sana tu. Kali terakhir kita terbang bersama MAS ini dalam tahun 2015. Masa tu kononnya nak balik beraya naik flight. Sekali dapat balik sini terus hahaha. Alhamdulillah, dah 3 tahun berlalu dah rupanya kenangan terindah tu.


Masa tu housemate yang belikan tiket flight tu. Beria dia suruh balik dengan flight kebetulan pula masa itu MAS buat promosi juga. Dan sekarang ini MAS buat promosi lagi. Diskaun sehingga 40% pada tambang penerbangan dan tawaran ini hanya sah sehingga 10 Julai ! Jadi korang tunggu apa lagi? Cepatlah book sebelum terlambat.


Nak  book ataupun nak dapatkan maklumat lanjut tu korang boleh klik je link >> SINI << ataupun klik je banner atas tu !

Bijan

Jun 27, 2018 12 Comments
Bijan
Bijan | Tengokkan design ia ni cam biasa-biasa je. Tapii ia punya eksklusif makkkaii memang kita mampu tengok jelah. Kalau diberi pilihan untuk milikinya pun rasanya tak naklah dan tak mungkinlah. Nak bawak ke manalah sangat beg mahal-mahal camni. Lebih baik beli aset je. Boleh juga buat pelaburan masa panjang.


Terlopong juga dengar nama salah satu diantara jenama beg yang dirampas dekat kediaman bekas perdana menteri tu tadi. Bijan ! Ingatkan makanan je ada nama tu tapi rupanya tak ! Memang berduit sangat la siapa yang miliki mana-mana barangan jenama ianya ni. Pendek kata memang bukan calang-calang oranglah yang berjaya milikinya tu. Custom made ni dan ianya tiada dalam pasaran.

Kalau nak tahu Bijan (Bizaen) yang ini merupakan jenama fesyen yang menjual kelengkapan lelaki dan perempuan termahal di dunia. Paling eksklusif dan ia dikategorikan sebagai barang rekaan khas dan jenama ikonik ! 

Menurut sumber sepasang stokin ia pun dah berharga nak cecah rm403 ! Tali leher untuk satu tu pula berharga dari rm4031. Tu dari baru tau hingga harga berapa taktau lah berapa pula.

Harga sebiji beg jenama ini pula berharga rm1.6 juta ! Fuhhh memang mampu telan air liur jelah jawabnya. Pada mulanya jenama Bijan ini hanya boleh ditempah khas melalui temujanji khas dengan pereka fesyen terkemuka Bijan Pakzad  di butiknya di Rodeo Drive Beverley Hill di Los Angeles. Tapi beliau dahpun meninggal dunia pada tahun 2011. Bijan hanya menerima lima hingga enam pelanggan dalam satu hari. 

Pada awalnya beliau adalah satu-satunya pereka fesyen bagi semua jenis kelengkapan lelaki yang terdiri daripada pakaian, kasut, skaf, tali leher, barang kemas, jam tangan, beg bimbit serta haruman eksklusif. Kemudian koleksinya ditambah kepada pakaian dan kelengkapan wanita termasuklah beg tangan, haruman dan juga barang kemas.

Bijan juga pernah bekerjasama dengan Bugatti menghasilkan rekaan khas untuk jenama kereta berkenaan. Anak kelahiran Iran ini juga pernah menjadi perunding imej kepada 5 orang presiden Amerika Syarikat iaitu : 
  1. Ronald Reagan
  2. George Bush 
  3. George W Bush 
  4. Bill Clinton
  5. Barack Obama


Selain itu, beliau juga menjadi pilihan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair dan juga Presiden Russia, Vladmir Putin selain menjadi pereka pilihan beberapa orang selebriti serta tokoh terkemuka dunia seperti :-
  1. Malcolm Forbes, 
  2. Roger Moore, 
  3. Pierre Trudeau, 
  4. Raja Juan Carlos, 
  5. Barry Manilow, 
  6. Raja Hussein (Jordan)
  7. George Benson (pemain gitar)
  8. Micheal Jordan (pemain bola keranjang)


Bukan tu je, beliau juga turut menjadi pilihan artis berprofil tinggi seperti Tom Cruise dan Anthony Hopkins dan juga pereka fesyen lain seperti :-
  1. Oscar de la Renta, 
  2. Tom Ford dan 
  3. Giorgio Armani


Sumber : hmetro

Siapa Sebenarnya Daiyan Trisha

Jun 26, 2018 8 Comments
Siapa Sebenarnya Daiyan Trisha
Siapa Sebenarnya Daiyan Trisha | Iyaaa siapa sebenarnya Daiyan Trisha binti Mohd Nasaruddin ni. Kenapa pula tiba-tiba nama dia ni seperti diseru-seru pula dua tiga menjak ini kan.


Kalau nak tahu dia inilah pelakon utama cerita Dee di Astro Ceria tu. Ciktie suka tengok cerita dia tu. Sesekali layan dengan anak-anak buah, memang seronok la. Lagipun sebenarnya suka tengok lakonannya tu, sempoi je nak-nak dia comel pula. i like u 


Oklah sekarang ini dia memegang watak utama sebagai Adelia dalam cerita Sejuta Rasa Buat Adelia. Sebelum  cerita Dee tu rupanya dia dah lama dalam bidang seni tu, sejak tahun 2013 lagi. Cuma sebelum-sebelum ni dia banyak memegang watak pembantu. Antara cerita yang pernah dibintanginya adalah My Coffee Prince, Geng Kampung Pisang 2, Aku Mahu Ke New York,  Syawal Mencari Cinta, Dee The Series, Girlfriend kontrak, Busker dan ada lagi la.

Selain berlakon dia juga merupakan penyanyi dan juga model. Antara lagu nyanyiannya adalah seperti Cinta Suka Sayang Kamu, Kita Manusia, Kita, Kerana Kau ! Berasal dari Bangi, Selangor merupakan anak ke-2 daripada 5 beradik. Dilahirkan pada 22 Disember 1993.


Hari Pertama Selepas Bercuti

Jun 25, 2018 10 Comments
Hari Pertama Selepas Bercuti
Hari Pertama Selepas Bercuti | Mengantuknya !! Terasa penat pun ada masuk kerja hari ni hahaha walaupun tinggal dalam setengah jam je lagi sebelum tamatnya waktu bekerja untuk hari ini. Terasa macam sepi sangat-sangat la office petang ni...


Pagi tadi kita dating dulu ramai-ramai dekat klinik. Tapiii tak sangka betul rupanya pagi tadi memang ramai yang buat date dengan orang klinik hikhik ku ingatkan diriku ini je kuang-kuang-kuang..


Ada lagi 3 draf borang yang tak sempat nak semak ni. Berpinar mata ni bila terpaksa juga buat kerja yang sepatutnya dah siap bulan puasa lepas. Itulah banyak sangat main. Kan dah susah kan.. harapnya ianya dapat siap sepenuhnya sebelum pertengahan bulan depan. Malasnya nak selongkar fail tapi kalau tak selongkar camne nak siap kan..


Seminggu lebih bercuti ! Best sangat rasanya tu. Itu yang masuk kerja hari ini pun masih dalam mood raya lagi ni tapi tak sangka pula kena tinggal camni pula dengan diorang semua ni



Mee Hoon Simple dan Sedap

Jun 24, 2018 7 Comments
Mee Hoon Simple dan Sedap
Mee Hoon Simple dan Sedap | Antara menu simple yang selalu menjadi pilihan kita saat-saat kecemasan adalah bihun ! Cepat, ringkas dan senang. Selain bihun sup goreng pun sedap !! Kebetulan baru-baru ini sempat snap gambar jadi bolehlah kita share kat sini kan. 

Bihun goreng sedap

Bahan Bahan: 
1 bungkus bihun - direndam hingga lembut & tos
1 biji bawang besar - dihiris
1 mangkuk sotong /udang 
1 mangkuk carrot - hiris memanjang
1 mangkuk kubis
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap lemak manis 
Sedikit garam, gula dan serbuk perasa
Minyak masak untuk menumis

Bahan untuk menumis *tumbuk
3 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
1/2 genggam ikan bilis - direndam 

Hiasan
Bawang goreng
Daun sup
Cili merah

Cara-caranya :- 
  • Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang besar sehingga naik bau. 
  • Kemudian masukkan bahan untuk menumis dan kacau serata sehingga naik bau. Masukkan pula cili kisar, masak sehingga cili ni garing dan benar-benar masak. *Api tu jangan besar sangat karang hangit !!
  • Dah garing, masukkan sedikit air, sos tiram, kicap, gula dan garam secukupnya. Masak sehingga sambal keluar minyak. 
  • Masukkan carrot dan sedikit air lagi untuk melembutkan carrot tu. Agak-agak ia lembut, masukkan sotong dan kacau seketika. 
  • Kemudian masukkan bihun mee hoon. Kacau serata sehingga bihun tu lembut. Jika belum cukup lembut, boleh masukkan air sedikit demi sedikit. 
  • Akhir sekali, masukkan kubis. Setelah ia lembut bolehlah tutup api. Dah boleh hidang ! Jangan lupa tabur bawang goreng, daun sup dan lada atasnya 😉


7 Jenis Pekerja

Jun 23, 2018 1 Comment
7 Jenis Pekerja
7 jenis pekerja | Pekerja sebenarnya ada 1001 jenis !! Macam-macam ragam ada tapi kat sini cukup kita kongsikan 7 jenis je. Semoga sekembalinya kita selepas bercuti lama ini mampu mewujudkan aura positif yang lebih baik dari sebelumnya. In Shaa Allah, Aamiin


7 Jenis Pekerja

1️⃣ Cool je tapi kerja settle ! tiptop orang kata

2️⃣ Cool pada awal bulan, pulun akhir bulan janji kerja settle

3️⃣ Budget macam dia sorang je buat kerja urgent,tapi kerja masih tertunggak

4⃣ Watlek je, selalu hilang takde kat tempat tapi keje siap

5️⃣ kerja nak tidur je, datang kerja jual topup, dating dgn anje... tapi kerja settle

6️⃣ datang kerja sampai balik kerja main hp tapi kerja siap

7️⃣ datang kerja kata diet tp makanan kat pantry semua dia sapu habis hahah tapiii kerja siap


Amacam? Agak-agak korang kategori mana.. sebenarnya mana-mana kategori pun tak kisah janji kerja kita tu siap, betul dok? 


Majlis Serah Terima Tugas Panglima

Jun 21, 2018 2 Comments
Majlis Serah Terima Tugas Panglima
Majlis Serah Terima Tugas Panglima | Dah hampir sebulan rasanya majlis ini berlangsung tapi baru hari ini nak up ceritanya hikhik. Sebenarnya tiadalah cerita sangat hanya nak share gambar hari tu je sebelum ianya hilang. 

With kak sah

Panglima yang baru pun dah masuk ! Yang lama tu dapat offer sambung belajar, alhamdulillah. Kita ni pula entah bilakah nak sambung belajar balik ye ?? Asyik plan tak jadi je hikhik

En.man, Fadhil, kak sah

Kalau nak tahu majlis ini telah berlangsung 2 hari selepas pilihanraya ke-14 dan dalam 10/11 hari selepas majlis apc kitorang hari tu.

Wakil team awam


Panas oooii

Sabar menunggu majlis bermula



Geng bakat

Merah biru





Cara Mudah Ubati Cirit-birit

Jun 19, 2018 6 Comments
Cara Mudah Ubati Cirit-birit
CARA MUDAH UBATI CIRIT BIRIT | Akibat tersalah makan sikit kadangkala dua tiga hari perut meragam. Ada tu sampaikan mengambil masa seminggu juga. Kebetulan  musim perayaan seperti sekarang ini, jemputan open house dan kenduri kahwin memang banyak. Tak makan karang tak boleh pula. Kecil hati tuan rumah pula kan..

Jadi kat sini kita kongsikan beberapa tips mudah ubati cirit-birit. Semoga ianya dapat membantu kita mengubati penyakit ini dengan secepat yang boleh. In Shaa Allah, amiin

Tips mudah ubati cirit-birit
  • Sebolehnya elakkan mengambil tapai bersama air oren dan air gas ! Tak kisah la jus oren ke..air oren ke.. apa-apa oren bersama dengan tapai. Takpun elakkan je air oren dekat mana-mana rumah yang korang kunjungi lagi mudah.
Sumber (foto) : Google
  • Teh pekat tanpa gula ! Rendamkan teh sehingga pekat dan minum. Tapi kalau nak tambah gula pun ok. Sikit jelahhh
Sumber (foto) : Google
  • Air halia suam. Yang ini juga boleh membantu melegakan kesakitan yang kita hadapi.
Sumber (foto) : Google
  • Elakkan mengambil makanan berlemak/ bersantan ataupun pedas, berkari !
  • Seeloknya pastikan makanan yang diambil itu jenis makanan panas terutamanya jenis bersup (sup ayam) tapiii bukan jenis yang dipanaskan ye tapi yang baru siap dimasak !
  • Pucuk jambu batu ! Ambil beberapa helai pucuk jambu batu dan makan sehingga sakit itu hilang.
Sumber (foto) : Google
  • Banyakkan minum air suam untuk membantu tubuh kita menghidrat kembali air dalam badan ! 
  • Pil Chi Kit Teck Aun ! Yang ini rasanya ramai yang ambil. Biasanya dalam masa 2jam selepas pengambilannya perut akan rasa lega.


Almond London

Jun 18, 2018 3 Comments
Almond London
Almond London | Merasa juga biskut almond london raya kali ini. Tak sempat nak order apa-apa kuih pun hari tu. Dah last minute order memang tak dapat la. My cousin pun buat cukup-cukup untuk tempahan yang diterima sebelum ini. Kononnya tak sempat nak order tu nanti dapatlah makan bila pergi beraya rumah dia hahaha sekali dia punya pun tak ada. 

Almond London

Biasanya my sis yang kat rumah ni suka buat je tapi tahun ni dia alahan lain sikit. Semua jenis biskut raya tolak ketepi ! Tapi dalam duk tolak tu sempat juga dia paksa diri buat 2/3 jenis biskut raya hehe nak harapkan kita hmm memang takde lah.

Almond London inipun nasib baik sis kita bawa balik dari Penang. Dia tempah dengan kawan dia dekat Bukit Mertajam (BM) rasanya. Entahlah berapa ringgit sebalang ni. Rasa ia sedap! Lain sikit dari yang biasa makan. Coklat ia cair sikit tak berapa pekat. Acuan biskut dalam ia pun tiadalah banyak sangat sampai penuh satu mulut. Tak puas nak makan hikhik dan yang penting badam dalam tu sebiji. 

Oklah korang, jemput makan semua !!

Almond London

Almond London

Almond London

Almond London

Almond London





Selamat Hari Raya

Jun 16, 2018 9 Comments
Selamat Hari Raya
Selamat Hari Raya | Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin terutamanya kepada semua teman-teman, sahabat handai, follower dan sesiapa sahaja yang sudi singgah blog picisan ini. Tak lupa juga buat semua muslimin-muslimat yang turut menyambutnya ! Hari ini dah 2 Syawal maknanya dah masuk hari ke-2 kita menyambut hari raya. Hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. Semoga segala usaha yang kita lakukan sepanjang sebulan di bulan Ramadhan diberkati dan dapat diteruskan lagi pada bulan-bulan yang seterusnya. In Shaa Allah, Aamiin.

Sesi rumah terbuka masih lagi panjang. Orang kata baru nak bermula. Kebetulan sekarang ini cuti persekolahan. Ramailah yang mengambil kesempatan mengadakan kenduri-kendara. Dan kita sebagai tetamu terutamanya tu masa mengambil makanan janganlah sampai membazir ye. Beringat adalah lebih baik..tak cukup kita boleh tambah. Yang sedikit sama-sama merasa. Yang banyak jangan sampai membazir !

Yang mana dekat kita eratkan dan yang mana jauh kita kunjungi. Semoga amalan kunjung-mengunjung, bertanya khabar dapat diteruskan. Tapiii janganlah kunjungi masa raya sehari dua ni je. Inikan raya jadi jalan sesak itu biasalah. Rancanglah perjalanan kita sebaiknya dan banyakkan bersabar ye.










A Fresh New Addition to Dominos Hottest Korean Sensation

Jun 15, 2018 2 Comments
A Fresh New Addition to Dominos Hottest Korean Sensation
A Fresh New Addition to Dominos Hottest Korean Sensation | Fall in love all over again with the sweet and spicy Ssamjeang flavors especially created by Dominos Pizza. Hot on the trail of its popular Ssamjeang Pizza range, Dominos introduces its latest addition, the new Ssamjeang Prawn pizza, the fourth variant added to the range.

Featuring springy, succulent prawns marinated with Italian herbs & spices coupled with nutritious seaweed thats rich with umami flavour, fresh cherry tomatoes, green peppers, sprinkled with roasted sesame seeds atop the specially developed Ssamjeang sauce, the Ssamjeang Pizza is packed with well-balanced flavors and textures.


Speaking on the new flavors, Shamsul Amree, Senior General Manager, Operations, Dominos Pizza Malaysia and Singapore said, We received tremendous love and support from our customers and Korean fans when we first launched the Ssamjeang Tuna, Chicken and Beef. The response was overwhelming and to cater to the growing request of the Ssamjeang pizzas, we have taken it further and created Ssamjeang Prawn. We believe this new addition enhances the flavor profile of the Ssamjeang sauce especially with the delicious combination of multiple flavours and textures in a single pizza.

We are heartened by the positive response from our customers and we hope this new flavor will be well received as well. Fasting month and the Raya period is a great opportunity to get together with family and friends while enjoying your favorite pizzas. We are offering fantastic deals for the festive period and we hope our customers will take up the opportunity to enjoy this latest item on our menu while it lasts!

Truly inspired by Malaysians love for Korean food, Dominos Ssamjeang Pizzas were specially crafted to deliver the perfect combination of savory, sweet and spicy flavors. Versatile and flavorful, the Ssamjeang sauce is also available with Ayam-haseyo Chicken Wings, a side of chicken wings baked to perfection with an outer coating of the deliciously addictive Ssamjeang sauce.


During the festive Ramadan and Raya period, customers can enjoy Ssamjeang Prawn with the two combo deals namely Ssamjeang Buddy Combo and the Ssamjeang Super Combo. Priced at RM37.65 (GST zero-rated price), the Ssamjeang Buddy Combo includes one Regular Ssamjeang pizza, one Ayam-Haseyo, one Garlic Twisty Bread and two cans of soft drinks; while the Ssamjeang Super Combo, priced at RM56.51 (GST zero-rated price) comprises of two Regular Pizzas, one Ayam-Haseyo, one Cheesy Mozzarella/Cheddar Stix and a bottle of 1.5L soft drink.


The all new Ssamjeang Prawn is available at all Dominos Pizza stores for a limited time only, from June 4 to July 1, 2018, while stocks last.

Visit Dominos stores, order online at http://www.dominos.com.my/, or call 1300-888-333 to make an order. To learn more about Dominos Pizza Malaysias Ssamjeang Prawn Pizza as well as other ongoing promotions, visit us at http://www.dominos.com.my/

5 Video Iklan Raya Paling Popular 2018

Jun 13, 2018 3 Comments
5 Video Iklan Raya Paling Popular 2018
6 Video Iklan Raya Paling Popular 2018 | Sebenarnya ada banyak video iklan raya yang dah keluar untuk tahun ini. Semua best-best belaka dengan mesej yang disampaikan tu memang cukup menarik dan kena sangat tapiii dalam semua yang banyak-banyak tu 6 je yang yang menjadi pilihan ciktie untuk dimasukkan dalam senarai video iklan raya paling popular tahun 2018 blog ini. Ini tak bermakna video iklan raya yang lain tu tak popular ye.. 

1. Watsons Raya :  Misi Ikhlas Aidilfitri - kisah Munira yang  dengan cermin mata ajaib ! Terlalu memuja kecantikan luaran hinggakan kecantikan dalaman diabaikan. Nice sangat !!


2. Digi Raya 2018 : #Nawaitu - Diinspirasikan dari kisah benar yang berkisarkan tentang bola sepak iaitu hubungan jurulatih dengan pemain. Yang ini memang lain betul ia punya jalan cerita.


3. Filem Pendek Raya 2018 Telekung Siti Khadijah - alahaiii sweet nya menantu dia. Tapi kalau orang lain dekat tempat dia pun rasanya sama je buat andaian camni kalau tetiba dengar orang marah-marah. Nak pula kita baru je kat situ hikhik


4. Team #RayaMerah - Yang ini tentang Ridwan ! Dia selalu je sibuk tapi dia sanggup melakukan apa saje untuk satu keluarga! Tapiii alahai sedihnya bila orang tak hargai kita camtu..


5. Toyota Jalan Cerita - walaupun tidak mempunyai harta benda, si ayah sanggup meluangkan masa membawa si anak bersiar-siar. Not bad juga iklan yang ni


6. Biru - iklan yang ini cukup kreatif ! Mula-mula terfikir juga siapa si biru ni dan kenapa dia macam tak puas hati dengan si purple. Akhirnya terjawab sudah semuanya. Inilah realitinya bila tiba nak raya kan  


Amacam?? Ok tak video iklan raya pilihan ciktie.. Semoga terhibur 


Lancarkan Perjalanan Balik Kampung Bersama WD-40 ®

Jun 12, 2018 1 Comment
Lancarkan Perjalanan Balik Kampung Bersama WD-40 ®
Lancarkan Perjalanan Balik Kampung Bersama WD-40 ® | Dah terbau aroma lemang tak? hikhik mood balik kampung dah semua orang sekarang ini. Tak lama dah kita semua bakal menyambut lebaran !! Sempena lebaran ini juga WD-40 ® turut mengucapkan  selamat menyambut Hari  Raya  kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya  dan  semoga tahun  ini  dan tahun  akan  datang memberi  lebih makna buat  kita semua. In shaa Allah, aamin

Kalau nak tahu, Syarikat WD-40 adalah organisasi pemasaran global yang didedikasikan untuk mencipta memori positif yang berpanjangan dalam membangun dan menjual produk yang mampu menyelesaikan permasalahan di bengkel, kilang ataupun kediaman di seluruh dunia. 

Syarikat yang berasal dari Amerika ini adalah  pembuat  Produk  Pelbagai  Guna  WD-40® yang paling dipercayai yang perlu ada dalam kotak peralatan kediaman diseluruh dunia yang juga dikenali sebagai penyelesaian pantas untuk membersih dan melindungi, melancarkan bahagian berkarat, member kelembapan, menghentikan bunyi geseran yang bising serta menghilangkan kesan degil melekit! Ia menjadi  penyelenggara  profesional  dan  amatur  DIY  dalam  pekerjaan  mereka  yang  membabitkan  perkakasan,  perindustrian,  automotif, berbasikal,  sukan  dan  barangan  runcit  besar-besaran.


Dan jika  korang  mempunyai  Produk Pelbagai  Guna  WD-40®  di  rumah, terdapat  beberapa tips  yang  boleh kita gunakan pada kenderaan kita sebagai untuk  : 
  1. Mengeluarkan  kotoran  minyak  dari enjin terutamanya  kotoran  dari saluran  PVC  atau  ketulan gris  pada  blok  enjin dan  sekitarnya. 
  2. Melindungi  besi  daripada  terhakis  dan  berkarat. 
  3. Memberi  kelembapan  pada pendawaian  kereta.  (Hanya  sembur dan  biarkan  untuk  kesemua  rawatan di  atas) 

*Sentiasa  pastikan  enjin kenderaan kita dalam  keadaan  sejuk  dan berhenti, sebelum kita menggunakan mana-mana produk  penjagaan  kereta lain pada  kenderaan
*Menyimpan  sebotol    Produk  Pelbagai  Guna  WD-40®  dalam  kenderaan kita  juga  merupakan  idea  yang  baik  kerana  ia  sangat  BAGUS  untuk  :


  • Membantu  menghidupkan  enjin  yang basah,  terutama  apabila  enjin  menjadi lembap  disebabkan  banjir. 
  • Memudahkan  membuka  bolt  dan  nut. Sebagai  contoh  apabila  tayar  kereta pancit.  Hanya  perlu  sembur  kepada bolt  dan  nut  yang  ketat, dan penukaran  tayar  akan  menjadi  lebih mudah.  Jika  anda  mahukan persediaan yang  lebih  menyeluruh  bagi  kereta anda-sesuatu  yang  dipanggil  sebagai pakar - semak  barisan  produk automotif  kami,  WD-40®  Specialist™. 


Terdapat  5  produk  di  bawah  kategori ini  yang telah direka  khas  oleh  WD 40® untuk memaksimumkan prestasi  kenderaan  kita dan memastikannya  dalam keadaan terbaik iaitu :-  

  • Pembersih  WD-40®  Specialist™ Automotive  Throttle  Body,  Carb  & Choke - Ia  memaksimumkan  prestasi karburetor  dan  meningkatkan  prestasi sistem  bahan api.  Ia  menghapuskan permukaan  keras  dan  kasar, mengurangkan  pelepasan  asap, membersihkan  getah,  kotoran,  minyak, plumbum  dan  karbon. 

  • Pembersih  WD-40®  Specialist™ Automotive  Brake  &  Parts  - Untuk penyingkiran  cecair  brek,  minyak  dan bahan  cecair  brek  daripada  pelapik brek, pad  dan  drum. 
  • Pembersih  WD-40®  Specialist™ Automotive  Machine  &  Engine Degreaser - Pelarut  penghapus  minyak yang  mampu  menembusi  secara mendalam  kesan  kotoran  minyak  degil, lekit,  tar  dan  banyak  lagi.  
  • Pelincir WD-40®  Specialist™ Automotive  Chain  Lube -  Menyediakan pelinciran  dan  perlindungan  jangka panjang  untuk  rantai  O,  X  dan  Z. 

  • Pelincir WD-40®  Specialist Automotive  Belt  Dressing - Memberi  perlindungan  lebih  lama terhadap  tali  pinggang  keledar  dan cengkaman  lebih  baik  untuk  semua jenis  tali  pinggang  keledar.  Baik  digunakan  sebelum  ia  mula  mengeluarkan  bunyi! 


Produk  Pelbagai  Guna  WD-40®  boleh didapati  dalam  pelbagai  saiz  dan ia telah  berkembang  menjadi  pelbagai produk  khusus  antaranya seperti  WD-40®  Specialist™,  WD-40® BIKE  and  WD-40®  Specialist™ Automotive  Produk  Syarikat  WD-40 yang kini  tersedia  di  lebih  daripada  176 negara  dan  wilayah  di  seluruh  dunia termasuk  Malaysia. Di  mana  pelbagai produk  WD-40  boleh  ditemui  di  kedai-kedai  runcit  dan  perkakasan  utama  di semua  negeri.  



Untuk maklumat  lanjut tentang  Syarikat WD-40  atau  barisan  produknya, kita boleh  melayari sesawangan www.wd40.asia Rangkaian produk pakar automotif ini juga sesuai digunakan pada motorsikal.

Akhir  sekali,  jangan  lupa  servis kereta korang dulu ye sebelum pulang ke kampung ! Hanya dengan membuat persediaan untuk  perjalanan  jauh ia mampu melancarkan perjalanan kita dan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.


Kad Raya Office

Jun 11, 2018 2 Comments
Kad Raya Office
Kad Raya Office | Hushhh edit pun edit la. Janji cukup column !! Nak tunggu semua orang ada memang susah bebenar. Kalau yang tu ada yang ini pula tak ada. Bila yang ini dan yang itu ada yang lain pula tak ada. Last sekali terpaksa guna cara camni hikhik. Nak edit lebih-lebih pun memang kita pun tak pro mana. Nanti kita belajar lagilah ye. Jadi gokgek-gokgek jelahh gambar ini pun. Minta maaf la ye kekawan. Edit pun guna paint je..tak boleh nak install Adobe Photoshop. Komputer berat sangat dah.


Apapun salam aidilfitri maaf zahir dan batin. Esok kita lastday kerja dahhh. Jangan ada yang jealous ye hikhik


"Buka Buku Baru" Giveaway by Mai

Jun 09, 2018 7 Comments
"Buka Buku Baru" Giveaway by Mai
Buka Buku Baru" Giveaway By Mai | Tahniah Mai !! Dah nak kawin dah dia raya ni. Raya pun dah tak sampai seminggu je lagi. Semoga majlisnya nanti berjalan lancar ye. 


Kalau nak tahu template blog ni dialah yang tolong pasangkan. Bukan yang ini je tapi sebelum ini pun ciktie pernah gunakan khidmat dia. Memang puas hati sangat sebab dia mementingkan kepuasan kita. Sorry Mai kalau sebelum ini banyak susahkan Mai

Kesempatan ini juga akak nak ucapkan tahniah ! Selamat Pengantin Baru. Selamat Menempuh Alam Baru (alam rumahtangga) bersama insan tersayang tu. Semoga Berbahagia hingga Ke Jannah. Aamiin







My Ping in TotalPing.com