Isnin, 4 Jun 2018

7 Jenis Kuih-muih paling popular sepanjang Ramadhan

7 Jenis Kuih-muih paling popular sepanjang Ramadhan | Hari ini dah masuk hari yang ke-19 ramadhan. Alhamdulillah, malam  ni dah kita bakal memasuki fasa ke-3 dah puasa. Cepatlah pula Ramadhan kali ini. Terasa macam baru je masuk bulan puasa tapi sebenarnya dah separuh kita melepasi rupanya.

7 Jenis Kuih-muih paling popular sepanjang Ramadhan

Netbat
  • Merupakan kuih tradisional negeri Kelantan dan Terengganu. Diperbuat daripada tepung beras dan telur.
Netbak or netbat
  • Mempunyai 2 fasa/ jenis iaitu :-
  • Jenis mentah/ kering menyerupai kuih bahulu. Rasanya tawar. Dan ia boleh disimpan dan bertahan lebih lama berbanding yang dah masak.
  • Yang telah siap di masak a.k.a dah siap sira dengan gula bersama bunga cengkih dan daun pandan. Bila ia dah kembang tu yang warnanya bertukar jadi kuning kemerah-merahan tu.


Akok
  • Sememangnya ianya amat popular di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu.
Akok
  • Ianya dimasak dengan cara dibakar menggunakan acuan ataupun bekas khas.
  • Dua jenis akok yang cukup popular adalah akok kemboja (akok bunga) dan juga akok pandan.


Onde-Onde / buah Melaka
  • Memang cukup popular ianya saban tahun di bulan puasa. Kalau hari biasa  tak puasa, kita suka hidangkan ia sebagai juadah minum petang. Senang disediakan ! Diperbuat daripada tepung beras pulut, nise, kelapa muda parut, garam, air dan daun pandan.
Onde-Onde
  • Kalau dekat Brunei, ia lebih dikenali dengan nama kuih pancit ataupun  klepon kalau dekat Indonesia !
  • Juga dikenali dengan nama kuih kekoh caar dikalangan orang Kelantan.


Tepung pelita
  • Juga merupakan sejenis kuih tradisional yang dibungkus dengan daun pisang yang sedap dan enak rasanya tapi ianya tidak tahan lama.
Tepung pelita
  • Terdiri dari 2 lapisan berwarna hijau dekat bawah dan santan kat atasnya. Diperbuat daripada santan dan tepung beras. Ditengah-tengahnya pula mempunyai air gula menyebabkan rasa ia lemak manis.


Butir nangka
  • Yang ini juga sejenis kuih tradisional Pantai Timur terutamanya Negeri Kelantan. Yang ini jenis berkuah yang diperbuat daripada beras, santan dan nise / Gula Melaka
Butir nangka
  • Kalau dulu nak dapatkan pewarna hijau itu, daun pandan akan dikisar tapi sekarang tak lagi. Malahan ia dah  disediakan dengan macam-macam warna dah orang buat sekarang ni.


Roti John
  • Yang ini roti panjang ! Stail roti omelet ada telur, daging takpun daging ayam cincang, bawang, sos cili-tomato dan juga sos BBQ.
Roti John
  • Setakat ini roti John yang paling sedap pernah kita makan adalah dekat Keramat, Kuala Lumpur sana tu. 


Murtabak
  • Tak sempat lagi nak merasa murtabak dekat mana-mana bazar ni. Tapi mana-mana pergi boleh dikatakan semua tempat mesti ada. Ada 3 jenis murtabak, ada ayam, daging dan pisang.
Murtabak Raja
  • Tapi dekat Kelantan ada 1 jenis lagi murtabak yang paling popular  iaitu Murtabak raja..isinya tebal berbanding murtabak biasa. Dapat fresh-fresh baru masak tu memang sedap sangat.



Ini mengikut pemerhatian sepanjang 18 hari kita berpuasa. Cuma Ramadhan kali ini kuih viral kerbau guling memang meletup-letup memasuki carta. Tak sangka macam tu sekali penangannya. Memang popular betullah ianya camni.

Sumber (foto) : Facebook


11 ulasan

  1. gee suka butirr nangka, onde onde ngan tepung pelita!

    BalasPadam
  2. dl masa baru2 dtg selangor... teringat lagi. tepung pelita ni mcm kegilaan. penuh org juai tepung pelita ja.. sbb utara mcm tak kisah sgt kueh tepung pelita ni. heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahaa betul.. ia ikut sesetengah tempat juga. Kadang-kadang tempat kita biasa je makanan tu tapi bila pergi tempat orang alamakkk penuh. Semua orang suka hikhik

      Padam
  3. ada tiga yg saya tak pernah makan, netbak , butir nangka dengan kuih akok


    nnti nak try lahh

    BalasPadam
  4. da lama tak jenguk..wahhh macam da berubah template..betoi ke..pink gituw

    BalasPadam
  5. Setakat ni makan murtabak dengan roti john,ketupat.

    BalasPadam
  6. tepung pelita tu is memang best.
    nyaman aje masuk kat tekak kita.
    satu lgi yg aida minat is taufufah.
    makan bila sejuk, wow nice :)

    BalasPadam
  7. special betul roti john tu.. hehe

    BalasPadam
  8. Netbat je yang zumal tak pernah cuba lagi...

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.