Selasa, 29 Mei 2018

Resepi kuih viral kerbau guling negeri Kelantan

Resepi kuih viral kerbau guling negeri Kelantan | Makkaiii macam-macam la nama kuih negeri Cik Siti Wan Kembang ni. Kerbau Guling ! First time juga la ciktie dengar nama tu. Mula-mula orang viral tu ciktie sendiri pun tak boleh nak agak kuih apa  hehe sampailah ciktie tengok kawan lama ciktie share dekat IG. Ohhh kuih itu ke.. pernah la juga makan. Tapi kalau tak silap namanya koleh hitam bukannya kerbau guling hikhik

Koleh hitam

Tapi tak kisahlah apa-apa janji ia boleh dimakan ye. Hitam ia tu sebenarnya menggunakan serbuk arang tau ! 


Resepi Kuih Viral Kerbau Guling Negeri Kelantan
Bahan
250gm tepung beras
200gm gula
150 gm tepung jagung
1/2 sudu teh kapor makan
3 sudu besar tepung beras pulut
1/2 cawan santan pekat
Tempurung bakar (ambil air hitamnya & tapis. Sebelum itu pastikan tempurung itu bersih ye)
Air 1 liter setengah (bergantung pada kepekatannya)
Secubit garam

Cara membuatnya
  • Masukkan semua bahan diatas ke dalam kuali. kacau biar sebati dahulu baru buka api. 
  • Dah sebati buka api gas, kacau perlahan-perlahan & api sederhana. Kacau sampai likat.
  • Sediakan loyang saiz 8..sapukan minyak terlebih dahulu padanya & tuangkan tepung ke dalam loyang tadi. bila dah sejuk potong dan gulingkan dalam kelapa parut (muda) yang digaulkan bersama sedikit garam..
  • dah siap

Info :-
Tempurung yang dah siap dibakar tu kena tumbuk..kemudian masukkan air tapis guna kain tau.optional boleh gunakan serbuk arang yang ada di jual dekat kedai bakery

Resepi: Tengku Zaharah 

7 ulasan

  1. macam kuih kaswi pun ada jugak...ke sama je cuma kat kelantan nama lain..eh tapi guna arang yeak kuih koleh hitam ni..kalau kaswi,guna pewarna kalau tak silap..

    BalasPadam
  2. ha'ah ada nampak jugak kawan fb cakap kuih kerbau guling bukan macamtu. Tapi tengok sampai viral nak jugak try rasa

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Tah la.. biasa je. Selera kita kan lain-lain

      Padam
  4. cik tie make doh ko sedap ko

    BalasPadam
  5. Sebelum ini dah pernah makan dah

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.