Klinik 1Malaysia Penyelamat Keadaan

Mei 07, 2018
Klinik 1Malaysia Penyelamat Keadaan | Alhamdulillah, nasib baik ada Klinik 1Malaysia ni. Tak sia-sia ia diwujudkan masa terdesak macam malam tadi. Malam-malam hari dalam area 9.30 malam, klinik kerajaan mana buka dah ! Nak pergi klinik swasta boleh saja, cuma kewangan tak berapa nak ada sangat. Cukup-cukup makan sampai hujung bulan. Itu yang jenuh fikir tapi kalau tak tahan sangat. Terpaksa menapak juga la ke sana kan. Jadi dengan adanya Klinik 1Malaysia ni sedikit sebanyak dapatlah kurangkan sikit bebanan kewangan sekaligus dapat membantu orang ramai terutamanya penduduk bandar dan luar bandar yang berpendapatan rendah dan sederhana sekitar ibu kota Kuala Lumpur.

Sumber foto : encik Google

Beroperasi setiap hari 7 hari seminggu termasuk hujung minggu dan cuti umum. Bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Bayaran yang dikenakan hanyalah rm1 je dan untuk warga emas, ianya adalah PERCUMA !! Mana nak dapat perkhidmatan rawatan perubatan dengan harga begini. Klinik 24jam, charge perkhidmatan tengah malam lagi mahal tau. Lagi satu yang ciktie suka tentang klinik ni staffnya mesra pesakit! Ramah dan sentiasa senyum.

Dalam keadaan sakit-sakit pun, setiap pesakit masih boleh tersenyum apabila hanya perlu mengeluarkan rm1 untuk rawatan dan ubat walaupun terpaksa menunggu lama. Memang rezekilah kalau secara kebetulan orang sakit tak ramai, cepatlah sikit dapat giliran

Rawatan dikendalikan oleh jururawat dan penolong pegawai perubatan terlatih. Tapi dulu penolong pegawai perubatan ni lebih dikenali dengan MA. Sekarang ni kira perjawatan mereka dah di upgrade la. Dan bagi memastikan kita sebagai pesakit ni mendapat kemudahan rawatan dan bekalan ubatan yang mencukupi, klinik ini turut dipantau oleh jabatan kesihatan.

Sumber foto: encik Google

Oh ye, mereka yang dikategorikan sebagai warga emas itu kalau tak silap mereka yang berumur 60 tahun keatas kan?? Betul ke hehe nanti ciktie check balik usia warga emas itu ye.

Antara perkhidmatan yang boleh diperolehi dari Klinik 1Malaysia selain untuk rawatan biasa seperti demam, selsema, batuk tu. Kita juga boleh mendapatkan rawatan susulan seperti penyakit kronik yang stabil dan terkawal seperti diabetes, darah tinggi, asma, rawatan ringan seperti cuci luka dan membuka jahitan, membuat notifikasi bagi penyakit berjangkit seperti demam denggi, dapatkan khidmat nasihat dan pendidikan kesihatan juga boleh diperolehi dari sini.

Cuma untuk ujian makmal seperti saringan HIV, tibi, air kencing ataupun x-ray tu hanya sesetengah darinya saje yang ada. Bukan kesemua klinik 1Malaysia seluruh negara ni menawarkan perkhidmatan ini lagi.

Dan sekiranya terdapat kes-kes tertentu yang diorang tak dapat nak handle, kes itu akan terus dirujuk ke hospital yang berdekatan dengan segera.

Rupanya klinik 1Malaysia ni telah ditubuhkan pada tahun 2010 lagi oleh PM kita, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Tak sangka dah lama dah ia wujud. Tapi ini tak bermakna ciktie tak peka dengan keadaan sekeliling cuma sebelum ini tak pernah tahu bila ia ditubuhkan je sedar-sedar ia dah ada.

Objektif utama penubuhannya adalah untuk menyediakan kemudahan rawatan perubatan ringan yang murah dan cepat kepada penduduk setempat. Selain itu ia juga bertujuan untuk meringankan bebanan  kewangan yang ditanggung oleh orang ramai.

Sumber foto : encik Google

Mula-mula ia diwujudkan dulu, ada beberapa buah klinik 1Malaysia je tapi sekarang ia sudah mempunyai lebih 360 buah klinik 1Malaysia diseluruh negara. Dan Wilayah Persekutuan merupakan negeri pertama klinik ini diwujudkan! Untung wilayah Persekutuan ni jadi yang pertama diantara semua negeri tu. Untuk senarai keseluruhan Klinik 1Malaysia itu kita boleh klik sini.

Haa satu lagi yang ciktie suka tentang  klinik ini adalah kedudukan ianya yang strategik ! Kalau korang perasaan kebanyakan Klinik 1Malaysia ini berada di kawasan perumahan terutamanya dekat Kuala Lumpur. Ia berada di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) ataupun Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT). Kedudukan ianya ini bukan saje memudahkan golongan yang berada kat situ mendapatkan kemudahan rawatan perubatan tetapi juga dapat menjimatkan masa untuk mendapatkan teksi ataupun menunggu bas. 



Share this :

Previous
Next Post »

9 ulasan

  1. Miza pernah pergi check up masa mengandung afiq dulu. Ok lah tak ramai orang nak banding klinik ibu dan anak

    BalasPadam
  2. memang bagus klinik 1M ni, dekat dengan kawasan perumahan dan tak perlu tunggu lama untuk ke hospital.

    BalasPadam
  3. tak sangka klinik kerajaan tutup jam 10 malam kan ... mmg awesome!

    BalasPadam
  4. Bayaran RM1 yg berbaloi, walau kena tunggu lama. Tempat murah memang jadi tumpuan.

    BalasPadam
  5. Best klinik 1M ni bukak sampai 10 malam, bayar RM1 je.

    BalasPadam
  6. lepas ni kalau setakat demam xperlu sesak ke kk.. 😀😀

    BalasPadam
  7. baguslah klinik 1msia ni..dpt bantu rakyat msia yg xmmpu kan

    BalasPadam
  8. Kemudahan yang bagus untuk rakyat

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com