Sinopsis Drama 1001 Night

April 15, 2018
Sinopsis drama 1001 malam | Seronok juga layan kisah cinta Turki 1001 malam tu. Mula-mula tengok hari tu rasa macam tah apa-apa je sebab tak pernah tengok kan. Tapi bila dah 2 kali tengok macam menarik pula.


Tak sabar nak tahu kesudahan perhubungan Onur dan Shehrazat tu. Dan macamana pula dengan Kareem. Kalau korang nak tahu cerita ini pernah memenangi anugerah dalam acara filem tertinggi Turki, Anugerah Golden Butterfly. Pelakon-pelakonnya juga turut memenangi dalam kategori pelakon terbaik juga tau !! So, bukan calang-calang drama certa ni 😄

Sinopsis Drama 1001 malam
Mengisahkan Shehrazat, seorang wanita berkerjaya yang terpaksa menjalani hidupnya sebagai seorang ibu tunggal setelah kehilangan suaminya, Ahmed. Sebelum itu dia sebenarnya bukanlah menantu pilihan ibu dan ayah Ahmed kerana dia berasal dari orang kebanyakan berbeza status dan darjat dengan Ahmed, anak orang berada (kaya). Dan perkahwinan mereka tidak pernah mendapat restu dari mertuanya.

Selepas kematian Ahmed, dia tinggal bersama anak lelakinya, Kaan (Efe Çinar). Kaan menghidap penyakit leukemia dan memerlukan kos perbelanjaan yang besar bagi menjalani pembedahan pemindahan tulang belakang. Gajinya sebagai arkitek tidak mencukupi untuk menampung kos perubatan yang diperlukan. Kerana terlalu terdesak, dia telah meminjam wang dari bosnya, Onur yang telah lama menyukainya setelah bekas mentuanya tidak mahu membantunya.

Onur sanggup meminjamkan wangnya dengan syarat Shehrazat perlu tidur semalaman dengannya. Dan permintaan ini tidak mampu ditolak berikutan terlalu terdesak dan Onur tidak mengetahui wang yang diperlukan oleh Shehrazat itu adalah untuk kos pembedahan anaknya kerana sewaktu mula-mula Shehrazat memohon pekerjaan di syarikatnya dia tidak memaklumkannya.

Kerjaya Shehrazat sebagai seorang arkitek semakin menyerlah selepas itu. Selain itu, dia merupakan pengumpul dana terbesar bagi penyakit kanser di syarikat itu. Antara mereka yang menjadi penyumbang kepada dana yang diuruskannya termasuklah ibu Onur dan Kareem. Kareem merupakan kawan Onur dan juga pemilik syarikat bersama Onur. Dia juga mempunyai perasaan terhadap Shehrazat dalam diam walaupun dia sudah mempunyai hubungan dengan Bennu (sahabat Shehrazat), perasaannya terhadap Shehrazat tidak pernah padam.

Pertemuan Shehrazat dengan ibu Kareem dan Onur pada suatu hari betul-betul mengejutkan Onur dan Kareem kerana mereka tidak pernah mengetahui Shehrazat memiliki anak lelaki. Sementara itu, hubungan Onur dan Shehrazat semakin hari semakin rapat dan akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berkahwin. Tetapi itu tidak mudah apabila Onur difitnah meniduri ramai gadis termasuk bekas pekerja syarikatnya sendiri. Alahaii kesian dia dah nak kahwin dah tapi tak jadi..Shehrazat yang kecewa dengan berita itu bertindak melarikan diri.

Ok, nak tahu kesudahan cerita ini kenalah sama-sama tengok ye 😆 ciktie sendiri pun tak sabar nak tahu apakah kesudahan kisah cinta mereka ini.


Share this :

Previous
Next Post »

4 ulasan

  1. Alamak, tengah syok baca sinopsis akhirnya kena tengok juga drama tu yer...

    BalasPadam
  2. the drama looks nice.. mcm cita malay sikit

    BalasPadam
  3. kelas cik tie..layan citer turki..untung la kat rumah ada Astro..kita guna Hypp Tv je..hehe

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com