Ramadhan Buffet "Tradisi Nostalgia" Iftar 1439/2018M | Lagi sebulan je lagi kita bakal bertemu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Ehhh dah tak sampai dah la ! Alhamdulillah, semoga kita masih berpeluang menikmati keberkatan bulan yang mulia itu, in Shaa Allah.
Bulan Ramadhan bulan penuh keberkatan, penuh kerahmatan dan juga penuh barokah. Banyak persiapan yang boleh kita lakukan sebagai persediaan menyambut Ramadhan. Antaranya usha-usha (survey) tempat untuk berbuka puasa, harga yang ditawarkan, jenis juadah berbuka bersama keluarga, sanak-saudara, teman-teman, sahabat-handai tu. Takmaulah nanti bila tiba masanya tu, tempat tu dah penuh orang book ataupun makanan tak cukup ke camne kan 😧
Jadi entri untuk kali ni ciktie nak kongsikan tentang Ramadhan Buffet "Tradisi Nostalgia" Iftar 1439/2018M yang ditawarkan oleh Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu (HVKB) sempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan tu nanti. Kebetulan pula baru-baru ini HVKB baru je mengadakan event Business Appreciation Day bagi menghargai sokongan yang diberikan oleh badan-badan korporat, jabatan/agensi kerajaan dan swasta serta pihak media sepanjang pengoperasiannya.
Tradisi Nostalgia Mengamit Kenangan
Chef Norhisham Mustapha |
Tradisi Nostalgia Mengamit Kenangan
Bertemakan ''Tradisi Nostalgia" yang pastinya akan mengimbau kembali keenakan dan keunikan makanan tradisi masakan ibuanda. Nak-nak menu masakan Negeri Kelantan ini, walaupun ianya simple tapi ianya cukup mewah sebenarnya tau. Terbayang-bayang segala macam keenakan masakan ibu didepan mata ni. Sabar jelah sambil menelan air liur tu ye 😉 Dan pastinya inilah juga antara penyebab utama tak sabar nak balik kampung untuk berbuka bersama.
Keistimewaan HVKB
Apa yang istimewanya dekat HVKB ini adalah ia mempunyai 98 jenis hidangan tradisi nostalgia Negeri Kelantan termasuk pencuci mulut yang berbeza-beza setiap hari sepanjang bulan Ramadhan. Banyak tu 98 jenis hidangan ! Mau rambang mata. Antara 98 jenis hidangan itu termasuklah Gulai kawah, Ayam Percik, Ayam Goreng Ranggup, Siput Lemak Daun Kadok, Singgang Ikan Tradisi dan banyak lagi.
Ayam percik ! Ini antara juadah paling famous dekat Kelantan ni. Rasanya yang lemak manis. Isinya yang lembut, cukup rasa semuanya tu dengan rasa masin, manis semua tu. Memang sedap !! Korang rasalah sendiri nak tau camne rasanya tu. Ciktie pun tak tau nak gambarkan camne rasanya ni. Memang minggu pertama tu menjadi kewajipan ciktie untuk mendapatkannya. Tapi biasanya kalau tak dapat, Ayam Kepala Santanlah yang akan menjadi galang gantinya hehe
Terdapat beberapa jenis pilihan minuman yang disediakan dekat sini antaranya adalah jus mangga. Memang nice. sedap sangat ! Ianya dihasilkan daripada buah-buahan segar. Memang kena sangat dengan anak tekak ciktie ni.
Selain kuih keria, kuih lapis, agar-agar kat sini kitorang panggil beledo je, tapai, jala emas, cekmek molek, puteri ayu dan buah tanjung merupakan diantara kuih-muih tradisi warga Kelantan yang disediakan di HVKB. Kalau nak tahu semua tu fav ciktie tau nak-nak lagi buah tanjung tu. Kuih wajib ada bila menjelang bulan puasa selain roti jala, lompat tikam, onde-onde, netbak, akok, putih telur. Comel-comel je rupanya
Selain aneka kuih-muih tradisi warga Kelantan, pencuci mulut seperti ais cendol, cincau keramel dan aiskrim kelapa turut disediakan. Cendol tu selain buat air ciktie sekeluarga gemar ambil ia bersama air gula takpun dengan 'nise' / gula Melaka. Sedap tauu
Ini pula antara pembuka selera ! Ada tempoyak, budu dan sambal belacan. Pilih je mana-mana yang nak. Kalau dapat nasi putih panas-panas dengan sambal belacan ataupun budu tu mau bertambah-tambah nasinya hehe tapi kalau nak lagi sedap ada ulam-ulaman dengan singgang ikan sekali. Lagi menyakut korang
Keistimewaan HVKB
Apa yang istimewanya dekat HVKB ini adalah ia mempunyai 98 jenis hidangan tradisi nostalgia Negeri Kelantan termasuk pencuci mulut yang berbeza-beza setiap hari sepanjang bulan Ramadhan. Banyak tu 98 jenis hidangan ! Mau rambang mata. Antara 98 jenis hidangan itu termasuklah Gulai kawah, Ayam Percik, Ayam Goreng Ranggup, Siput Lemak Daun Kadok, Singgang Ikan Tradisi dan banyak lagi.
Ayam Percik |
Buah tamar ! Yang ini memang wajib la ada kan?? Dah namanya puasa
Air buah |
Terdapat beberapa jenis pilihan minuman yang disediakan dekat sini antaranya adalah jus mangga. Memang nice. sedap sangat ! Ianya dihasilkan daripada buah-buahan segar. Memang kena sangat dengan anak tekak ciktie ni.
Cekmek dan jala emas |
Selain aneka kuih-muih tradisi warga Kelantan, pencuci mulut seperti ais cendol, cincau keramel dan aiskrim kelapa turut disediakan. Cendol tu selain buat air ciktie sekeluarga gemar ambil ia bersama air gula takpun dengan 'nise' / gula Melaka. Sedap tauu
Tempoyak, budu, sambal |
Ini pula antara pembuka selera ! Ada tempoyak, budu dan sambal belacan. Pilih je mana-mana yang nak. Kalau dapat nasi putih panas-panas dengan sambal belacan ataupun budu tu mau bertambah-tambah nasinya hehe tapi kalau nak lagi sedap ada ulam-ulaman dengan singgang ikan sekali. Lagi menyakut korang
Singgang ikan |
Yang ini Singgang ikan !! Singgang ikan ke ikan singgang ye 🤔 hahaha kadang-kadang terbalik juga menyebuknya. Sedap ni tau. Cukup dengan rasa masin, masam ia tu. Mobeles sangat !! Kena pula isi ikan tu fresh pula.
Aneka kerabu dan ulam-ulaman ! Aishhh macam banyak pula kerabu kat sini. Rambang mata juga nak pilih yang mana. Semuanya sedap-sedap belaka nak-nak kerabu perut tu.
Kerabu jantung pisang |
Kerabu perut |
Kerabu pucuk paku |
Acar mentah |
Paru goreng |
Bulan puasa kalau tiada menu berasaskan kambing memang tak sah. Jadi sebagai pelengkap menu, HVKL memperkenalkan 2 menu utama diorang dan salah satunya berasaskan rusuk kambing iaitu Kuzi Rusuk Kambing bersama Roti Pita dan juga Sup Gearbox !!
Seperti tahun sebelum ini, pihak HVKB masih lagi membuat jualan "Food Pax" secara Drive Thru dan juga penghantaran terus ke pintu (COD) minimum 10 bungkus nasi berlauk dengan harga rm10 sebungkus. Bagi pembelian 100 bungkus keatas, caj penghantaran adalah percuma. Menunya pula adalah mengikut hidangan buffet harian yang telah ditetapkan oleh pihak hotel. Jadi kalau nak kenalah order awal-awal ye..
Uniknya lagi tahun ini, pihak HVKB akan menyediakan makanan secara Live dihadapan pengunjung. Jadi kat situ kita boleh tengok macamana hidangan itu disediakan. Dan semestinya ciktie sendiri tak sabar nak menghitung detik kala itu. Hidangan ayam bakar yang diperap secara tradisi semestinya menjadi pilihan. Dengan bau aromanya itu. Woww memang sedap sangat 😍😍 isinya pun lembut
Juadah Percuma Pertama Ramadhan
Ok, yang ini sebelum terlupa ciktie nk bagitau korang awal-awal pasal yang ini dan nanti korang uwar-uwarkan kepada mereka-mereka yang kat luar sana tu pula. Jangan kata ciktie tak payung ye.. 😀 Untuk hari pertama puasa tu, pihak HVKB akan bagi 500 bungkus juadah secara percuma bermula pukul 3 petang kepada korang yang terawal dihadapan hotel. Save your date okay !
Bukan itu je penganjuran "Singgah Colek Bazar" yang bemula dari pukul 9 hingga 11 malam juga masih lagi diteruskan. Seperti biasa masyarakat Kelantan dengan colek memang dah cukup senonim, pendek kata memang tidak boleh dipisahkan lagi. Nak-nak di bulan puasa ni lagilah ianya menjadi tumpuan ramai dan pelbagai jenis colek tradisi orang Kelantan yang boleh dinikmati oleh pengunjung kat situ sambil-sambil bersantai menikmati kerancakan malam di Wakaf Che Yeh. Antara colek yang sentiasa menjadi pilihan ciktie selain colek buah semestinyalah colek kerang, colek ayam, colek keropok, colek perut dan banyak lagi la.
Selain colek, pan-fried seperti amlek sekaya, amlek savory, amlek sardin, amlek cristo, kebab grill dan deep-fried, goreng-goreng seperti bebola celup goreng, rojak celup tepung, keropok, ikan dan cucur celup tepung juga boleh dinikmati oleh pengunjung di bazar ini.
Dengan harga hanya rm18 seorang, korang bebas menikmati jenis colek, pan-fried ataupun deep-fried yang diingini itu.
Seperti tahun sebelum ini, pihak HVKB masih lagi membuat jualan "Food Pax" secara Drive Thru dan juga penghantaran terus ke pintu (COD) minimum 10 bungkus nasi berlauk dengan harga rm10 sebungkus. Bagi pembelian 100 bungkus keatas, caj penghantaran adalah percuma. Menunya pula adalah mengikut hidangan buffet harian yang telah ditetapkan oleh pihak hotel. Jadi kalau nak kenalah order awal-awal ye..
Uniknya lagi tahun ini, pihak HVKB akan menyediakan makanan secara Live dihadapan pengunjung. Jadi kat situ kita boleh tengok macamana hidangan itu disediakan. Dan semestinya ciktie sendiri tak sabar nak menghitung detik kala itu. Hidangan ayam bakar yang diperap secara tradisi semestinya menjadi pilihan. Dengan bau aromanya itu. Woww memang sedap sangat 😍😍 isinya pun lembut
Juadah Percuma Pertama Ramadhan
Ok, yang ini sebelum terlupa ciktie nk bagitau korang awal-awal pasal yang ini dan nanti korang uwar-uwarkan kepada mereka-mereka yang kat luar sana tu pula. Jangan kata ciktie tak payung ye.. 😀 Untuk hari pertama puasa tu, pihak HVKB akan bagi 500 bungkus juadah secara percuma bermula pukul 3 petang kepada korang yang terawal dihadapan hotel. Save your date okay !
Bukan itu je penganjuran "Singgah Colek Bazar" yang bemula dari pukul 9 hingga 11 malam juga masih lagi diteruskan. Seperti biasa masyarakat Kelantan dengan colek memang dah cukup senonim, pendek kata memang tidak boleh dipisahkan lagi. Nak-nak di bulan puasa ni lagilah ianya menjadi tumpuan ramai dan pelbagai jenis colek tradisi orang Kelantan yang boleh dinikmati oleh pengunjung kat situ sambil-sambil bersantai menikmati kerancakan malam di Wakaf Che Yeh. Antara colek yang sentiasa menjadi pilihan ciktie selain colek buah semestinyalah colek kerang, colek ayam, colek keropok, colek perut dan banyak lagi la.
Dengan harga hanya rm18 seorang, korang bebas menikmati jenis colek, pan-fried ataupun deep-fried yang diingini itu.
Promosi 9 + 1 !
Ini satu lagi tarikan yang diperkenalkan oleh pihak HVKB. Korang datang 10 orang tapi 9 orang je yang bayar. Sorang lagi tu free. Ciktie ulang sekali lagi ye hehe 9 orang je yang perlu bayar dan sorang lagi tak perlu bayar - percuma !! promosi ini hanya dibuat sepanjang bulan puasa je. Keutamaan diberikan kepada korang yang datang berbuka secara berkumpulan. Minimum 10 orang ataupun lebih. Tapi kalau kurang tu tak merasalah korang promosi yang ini ye. Dan korang boleh membuat tempahan terus di restoran sebelum pukul 3 petang setiap hari.
Kemudahan yang disediakan
Tandas dan surau khas yang disediakan itupun amatlah memuaskan. Tapi maaflah ciktie tak sempat nak snap gambar 😞😞 apapun ruang solat itu memang bersih dan selesa membuatkan pengunjung mudah menunaikan kewajipan setelah berbuka puasa. Jadi korang janganlah risau bab-bab nak solat kalau mahu berbuka dekat hotel ini ye.. semuanya dah cukup lengkap disediakan oleh pihak HVKB.
Harga Buffet Ramadhan 2018 di Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu ini untuk dewasa RM59 dan RM28 bagi kanak-kanak bagi hari biasa. Untuk weekends dewasa RM64 dan kanak-kanak pula RM32.
Jadi tunggu apa lagi?? Jom la rasai sendiri kenikmatan juadah berbuka dan suasana tradisi keunikan Negeri Cik Siti Wan Kembang ini bersama Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu, Kelantan. Untuk tempahan atau maklumat lanjut korang boleh hubungi
Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu Kelantan
Pt 968 Jalan Kuala Krai
Wakaf Che Yeh
15150 Kota Bharu,
Kelantan
Telefon : 09-747 4004
website : www.holidayvillahotels.com

Wah bestnya kalau dapat pergi berbuka kat Holiday Villa nanti...
BalasPadamLapar weihhh. Keno adjust puok kito bukok poso sini sekali
BalasPadambest best kan semua menu dah lah harga pon berbaloi dahh ..
BalasPadamWah banyak nya menu yang dihidangkan. Memang berbaloi sangat berbuka di sana.
BalasPadamTaklama lagi kita nak posa. Mmg hati kdg2 rasa nak p buka kat hotel kan. Buka kat hotel tentu2 dah xpayah bli kat pasar ramadhan apalagi nak masak. Pergi duduk ambik makanan n makan je. ☺
BalasPadamrambang mata... semua nmpk sedapp :D
BalasPadam