Selasa, 3 April 2018

Kemusykilan : Solat Ketika Bilal Sedang Melaungkan Azan

Kemusykilan : Solat Ketika Bilal Sedang Melaungkan | Siapa yang pernah alami kemusyilan camni?? Acapkali terasa konfius juga bila dah masuk waktu solat. Kebetulan sekarang ini masuk waktu solat dah hampir sama dengan tempat kita tinggal ! Dan biasanya radio dan televisyen akan siarkan azan menandakan dah masuk waktu. Masa kita tengah solat tu secara kebetulan bilal dekat surau baru melaungkan azan. Persoalannya adalah perlukah kita hentikan solat kita itu untuk menghormati azan yang sedang berkumandang atau kita teruskan solat kita itu sehingga selesai?? Dalam waktu yang sama kita memang yakin waktu solat dah masuk sebelum kita tunaikan kewajipan itu??
Sumber photos : google
Dan jawapannya adalah Sebaik-baik solat adalah dikerjakan diawal waktu ! Memang betul, kadang kala sedang kita solat, baru sayup-sayup kedengaran azan dari masjid atau surau berdekatan sedangkan waktu telah masuk. Sekiranya keadaan ini berlaku dan kita telah yakin bahawa telah masuk waktu kita tidak perlu berhenti. Boleh teruskan solat sehingga selesai. Kerana kemungkinan bilal itu terlewat sedikit melaungkan azan. Tetapiii

Untuk keadaan yang lebih selesa dan tidak mahu terganggu dalam mengerjakan solat. Kita boleh solat kemudian / mulakan solat semula setelah azan dari surau / masjid berdekatan selesai berkumandang.

Ini adalah jawapan kepada persoalan yang selalu aje bermain difikiran. Sumber dari Majalah Nur lupa dah keluaran bila apapun semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu kita menyelesaikan kekusutan ye !! 




6 ulasan

  1. terbaik perkongsian ini. selalu juga musykill

    https://aerillhassan.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Saya pernah buat sebab nak naik bas. takut tak sempat solat dalam perjalanan. terima kasih atas perkongsian.

    | blog helloaiman |

    BalasPadam
  3. Betul tu Cik Tie..ada jawapan macam ni tak ada lah perasaan was-was dalam diri kan..solat pun lebih kusyuk.

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas perkongsian ciktie. Terjawab segala kemusykilan...

    BalasPadam
  5. tak pernah tunggu azan pun sebab bilal memang lambat laung. nak pulak time isyak sebab diorang habiskan tazkirah dulu baru azan

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.