Cara menggunakan mesin basuh di kedai dobi

April 05, 2018
Cara menggunakan mesin basuh di kedai dobi | Setelah sekian lama tak mendobi kat  kedai, petang ni ciktie mai mendobi lagi! Tapi kali ni bukan mendobi di tempat yang biasa tu. Bukan yang disebelah pasaraya Taman Bendahara sana tu tapi kali ini disebelah Petronas pula je. Firsttime singgah mendobi kat sini. Lebih senang sehala je jalan nak balik rumah.

Sementara menunggu ni ciktie kongsikan cara menggunakan mesin basuh dekat sini ye. Caranya sama je dengan kedai dobi yang lain. Bezanya kat sini sekarang hanya ciktie sorang je yang sedang menunggu walaupun ada banyak mesin yang sedang bekerja! Empunya kain baju ni tah kemana-mana. Inilah untungnya mendobi dekat luar! Sambil-sambil mendobi sambil-sambil shopping.


Cara menggunakan mesin basuh dekat kedai dobi
  • Masukkan pakaian ke dalam mesin.
  • Tutup pintu mesin
  • Masukkan syiling dekat lubang yang disediakan! Tengok betul-betul ye karang tertukar mesin hikhik (rm4.50 untuk 30minit tapi tengok kategori ia juga la. Untuk kategori biasa 'sejuk' camni rm4.50 je). Bukan semua syiling dia terima! Ia nak duit syiling 50sen yang baru je. Tapi kalau tak ada jangan risau! Dah ada mesin tukar duit dah kat sini.


  • Tekan start 
  • Bila dah siap cuci ia akan berbunyi! Tapi sesetengah mesin ada juga bila dah siap pintu ia tu akan terbuka sikit.
  • Keluarkan pakaian anda dan masukkan ia dalam mesin basuh untuk dryer pula. 
  • Masukkan duit pada lubang yang disediakan dan tekan start! Tunggu 30minit untuk ia selesaikan tugasannya.

Senang je kan??

Harga untuk kategori 10kg (rm4.50) ada sejuk/suam/panas! 

Tapi kalau untuk 14kg harga ia adalah berbeza-beza. (rm6- sejuk/suam rm7/ panas rm8)


Ok, siap dah !! Jom balik

Share this :

Previous
Next Post »

7 ulasan

  1. lama tak g dobi kain..hihihihi

    BalasPadam
  2. selalu juga guna dobi self service ni. dulu pernah sekali , dah masukkan duit dah tapi angka dkt mesin tu tak bergerak. rupanya hari tu semua mesin basuh free.

    Aerill Hassan

    BalasPadam
  3. cik nor mmg jakun bab guna selfservice ni..haha

    BalasPadam
  4. Petang esok zumal pun kena pergi mendobi juga

    BalasPadam
  5. kedai dobi ni dah macam cendawan tumbuh selepas hujan. banyak sangat.. tapi x pernah nak mendobi hii

    BalasPadam
  6. Betul seperti yg diterangkan oleh Wani, banyak betul kedai dobi sekarang ni... beza jenama dan kadang lain-lain token yang digunakan dan cara penggunaan mesin pon beza... terima kasih kongsikan untuk jenama yang diatas :)

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com